Demam piala dunia datang lagi. Walapun pasukan
Malaysia tidak menyertai kejohanan kali ini, namun
bahang kehangatan piala dunia semakin dirasai. Dalam
media elektronik, media cetak heboh diperkatakan
mengenai piala dunia. Iklan juga apa kurangnya, dengan
makan bola, tidur bola, semuanya bola. Siapa yang
tidak minat bola, dari kanak-kanak pra sekolah
sehinggalah imam-imam masjid.

Namum dalam keghairahan kita meraikan kemeriahan Piala
Dunia 2006 ada pihak yang terlepas pandang, tindakan
mereka mempromosi iklan piala dunia tidak mengambil
kira sensitiviti umat Islam di Malaysia ini.

Apa yang diperkatakan di sini ialah iklan syarikat
telekomunikasi Maxis yang mengiklankan di media cetak
dan di papan-papan pengiklanan gambar
penyokong-penyokong bolasepak England. Dalam iklan ini
penyokong-penyokong bolasepak England ini
mencontengkan muka mereka dengan lambang bendera
England iaitu salib berwarna merah dan
berlatarbelakangkan warna putih. Salah satu iklan
tersebut terpampang dengan besarnya di tengah-tengah
bandar Seremban berhampiran dengan perhentian bas dan
teksi Terminal 1 dan berhampiran juga dengan Bangunan
Wisma Umno Negeri Sembilan.

Agak pelik sedangkan di England sendiri orang Kristian
di sana begitu berhati-hati apabila menggunakan
lambang bendera mereka sendiri apabila berinteraksi
dengan umat Islam di sana untuk menjaga sensitiviti
umat Islam negara meraka. Ini adalah kerana asal usul
bendera England ini ialah sempena kejayaan tentera
mereka menewaskan tentera Islam dalam perang salib
pada kurun ke 12.

Dalam sebuah laporan media World Net Daily yang
diterbitkan pada Oktober 2005, pegawai-pegawai penjara
di Wakefield sebuah bandar di utara England yang
memakai pin bendera England telah diarahkan
menanggalkan pin tersebut oleh pihak pengurusan
penjara kerana untuk menjaga hati banduan yang
beragama Islam. Sedangkan pegawai-pegawai penjara tadi
memakai pin bendera England tadi bukannya bertujuan
untuk menghina umat Islam tetapi untuk tujuan tabung
kebajikan barah yang dikendalikan oleh Persatuan
Palang Merah di sana. (Sila ke link ini untuk artikel
lanjut
http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=46663
)

Jika di England sebuah negara bukan Islam mereka
begitu menjaga sensitiviti umat Islam di sana termasuk
banduan-banduan Islam, mengapa kita di Malaysia sebuah
negara Islam yang mempromosikan konsep Islam Hadhari
golongan-golongan bukan Islamnya ini tidak dapat
menjaga sensitiviti umat Islam di sini ? Mengapa harus
diagung-agungkan bendera England walhal Malaysia
terletak dalam Asia, sepatutnya meyokong
pasukan-pasukan bolasepak dari Asia iaitu Jepun, Korea
Selatan, Iran dan Arab Saudi yang menyertai kejohanan
Bola Sepak Piala Dunia 2006.

Lebih teruk lagi tidak mustahil ada penyokong-peyokong
bolasepak England di Malaysia ini yang beragama Islam
akan terikut-ikut promosi iklan Maxis tersebut lalu
mencontengkan muka mereka dengan lambang salib merah.

Satu persoalan timbul, bagaimana pihak berkuasa
tempatan serta pihak kementerian dalam negeri yang
majoriti kakitangannya beragama Islam boleh meluluskan
permit pengiklanan tersebut yang jelas menyentuh
sensitiviti umat Islam.

Atau mungkin umat Islam di Malaysia ini tidak sensitif
lagi, umat Islam di Malaysia ini sudah buta sejarah,
hanyalah orang Kristian di England yang sensitif
terhadap umat Islam ? Apakah orang Kristian di England
dianggap kolot dan tidak mengamalkan konsep kebebasan
beragama kerana menghormati umat Islam di sana ?

**********************************************
English flag offensive to Muslims? Officials worry
prisoners might associate red cross with Crusades

Posted: October 5, 2005 1:00 a.m. Eastern

Prison officials in Britain are concerned that tie
pins worn by officers featuring the St. George's Cross
– the symbol on England's flag – could offend Muslims
who might associate it with the Crusades of the 11th,
12th and 13th centuries.

In a report on "race" in a jail in the northern
English city of Wakefield, Chief Inspector of Prisons
Anne Owers said the banner of St. George, the red
cross of a martyr on a white background, could be
"misconstrued," CNN reported.

English soldiers adopted the symbol during the
military expeditions by European powers to recapture
the Holy Land from Muslims. It later became the
national flag of England.

Owers' report said her staff was concerned to see a
number of prison officers wearing the pin.

"While we were told that these had been bought in
support of a cancer charity there was clear scope for
misinterpretation, and Prison Service Orders made
clear that unauthorized badges and pins should not be
worn," she said, according to CNN.

The red cross is an insensitive reminder of the
Crusades, said Chris Doyle, director of the Council
for the Advancement of Arab-British Understanding.

Doyle thinks England needs to find a new flag and
patron saint "not associated with our bloody past and
one we can all identify with."

"A lot of Muslims and Arabs view the Crusades as a
bloody episode in our history," he told CNN. "They see
those campaigns as Christendom launching a brutal holy
war against Islam.

But as Robert Spencer shows in his book "The
Politically Incorrect Guide to Islam (and the
Crusades), the aggression was not unprovoked. In
obedience to core teachings of the Islamic faith,
Muslims armies overran the predominantly Christian
Middle East, then drove deep into Europe long before
any Crusade was even contemplated.

Doyle insisted, however, that "Muslim or Arab
prisoners could take umbrage if staff wore a red cross
badge."

"It's also got associations with the far-right," he
said. "Prison officers should be seen to be neutral."



    
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
  
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




<<attachment: WorldCup2.jpg>>

Kirim email ke