Sebagai rakyat yang hanya dapat memerhatikan isu ini dari jauh, tetapi tidak punya apa apa kuasa untuk mengubah keadaan, saya melihat isu ini sebagai satu amalan/perlaksanaan Islam Had-hari yang dicadangkan oleh Perdana Menteri kita.

Dalam isu ini, pelajaran yang kita dapat dari perlaksanaan Islam Had-hari ialah :-

1. Dalam apa jua keadaan, pihak pemerintah adalah maksum dan tidak ada keupayaan untuk membuat kesilapan.
2. Dalam apa jua keadaan, pembangkang mesti salah dan tidak ada keupayaan untuk membuat sesuatu yang betul.

Sekian adanya.
 

>>> Amir Hamzah  08/05/2006 20:33:59 >>>
Assalamualaikum.

Ah! Alangkah egonya diri mu wahai pemerintah, terutama parti yang tidak bertangan itu - armno. Walaupun kesalahan yang besar atau salah tindaklaku oleh sekaum mu didedahkan, tetap kamu menidakkan nya. Adakah ini bererti kamu mengaku bahawa tuduhan itu benar, dan diri mu wahai pemerintah, melindung dan membenarkan salah tindaklaku itu berlaku, mengenepikan kepentingan rakyat dan negara, mengenepikan kata kata pemimpin mu untuk memerangi rasuah? Bukankah ini sejenis rasuah?

Ramai penyokong pemerintah mengapikan orangramai mengatakan bahawa pembangkan hanya tahu membangkang. Kini, apa kata mu bila pemimpin mu membangkang kepada cadangan untuk memerangi rasuah? Adakah kamu juga bersetuju untuk membangkang?




From: Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Ahli Parlimen BN dilarang sokong usul pembangkang

  Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html

        Malaysia Today

Bernama telah melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima perletakan jawatan ahliParlimen Johor Baru Datuk Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi Kelab Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) selepas mesyuarat 20 minit di Putrajaya pada 5 Mei lalu.

New Straits Times juga melaporkan kemungkinan Shahrir akan menghadapi tindakan disiplin kerana menyokong usul pembangkang apabila beliau menyokong usul Lim Kit Siang, agar seorang ahli Parlimen dihadapkan ke Jawatankuasa Keistimewaan mengenai salahguna kuasa dalam meminta Jabatan Kastam dan Eksais â€*menutup sebelah mata† dalam sebuah kes yang melibatkan import balak di Melaka.

Agak menghairankan, isu yang lebih mendesak, bukan mengenai kedudukan Shahrir sebagai pengerusi BNBBC tetapi sama ada ahli Parlimen Jasin, Mohd Said Yusuf wajar dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan bagi mempertahankan maruah dan kewibawaan Parlimen.

Jika Shahrir boleh didisiplinkan kerana menyokong usul pembangkang, yang sebenarnya prihatin terhadap maruah dan kewibawaan Parlimen dan semua ahli Parlimen dan tiada kena-mengena dengan pendirian kerajaan mengenai polisi dan isu-isu, Parlimen tidak akan mampu mewujudkan negara dan rakyat yang mempunyai mentaliti kelas pertama.

Keengganan atau kegagalan Parlimen merujuk Mohd Said Yusuf kepada Jawatankuasa Keistimewaan, seolah-olah Parlimen menolak ikrar dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mempertahankan maruah dan memerangi rasuah. Malah, Pelan Integriti Nasional (PIN) yang telah dilancarkan dua tahun lepas oleh PM, sudah dirobek-robek disebabkan kes Mohd Said Yusuf.

Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN â€" Larut) akan memangku tugas Pengerusi BNBBC.

Datuk Shahrir Abdul Samad telah meletakkan jawatan atas dasar prinsip bahawa integriti sepatutnya bermula di Parlimen dan Parlimen wajar menunjukkan ia mampu menangani disiplin dan integriti ahli-ahlinya tanpa melibatkan mana-mana pihak luar.

Perkara tersebut telah mendapat maklum balas daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN â€" Larut) untuk menerima penolakan oleh ahli-ahli BN terhadap usul daripada Lim.

Kedua-dua Nazri dan Raja Ahmad mendakwa bahawa ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional tidak dibenarkan menyokong mana-mana usul pembangkang, tanpa melihat merit atau kandungannya. Hal itu hanya mempamerkan ketidakmatangan dan tiada pertanggungjawaban Menteri-menteri dan ahli-ahli Parlimen BN dalam membangkang hanya kerana dia pembangkang.

--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-Berita at 5/08/2006 10:37:00 AM


     
---------------------------------
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke