A;km,
jawapan dan penyelesaiannaya senang shj, ikut manhaj al-Quran.
1. menegakkan solat jamaah melibatkan semua guru dan murid
2. berpegang teguh dgn al-Quran sebg ideologi, imam dan perlembagaan. (al-Quran, surah al-A'raf: 170).
adakah org yg ingin menyahut??????!!!!!
puak jahiliyyah tetap menentang!!
 
Imam MAsjid asSiddiq,
YArmouk University. Jordan.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Hari Guru dicemari dengan gejala moral yang kian buruk PDF Cetak
Tue | May 16, 06 | 01:38:07 PM
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Hari ini warga pendidik meraikan Hari Guru. Sewajarnya semua guru bergembira tetapi seorang guru sekolah berasrama penuh dengan rela hati mendedahkan kepada Harakahdaily bahawa gejala moral di sekolah semakin buruk bagai bisul yang mahu meletup.

Beliau yang meminta namanya dirahsiakan kini bertugas di sebuah sekolah ternama di selatan tanah air, berkata sesuatu mesti dilakukan segera sebelum masyarakat dan negara hancur.
"Soal moral pelajar sekolah asrama sekarang amat mencemaskan. Merokok adalah perkara biasa di kalangan pelajar lelaki tetapi yang lebih teruk daripada itu pun ada. Saya malu untuk mendedahkannya," katanya.

"Pelajar perempuan pun ada yang merokok dan masalah disiplin usah dicakaplah," katanya yang sudah hampir 20 tahun menjadi guru.
Jika masalah di sekolah berasrama penuh meruncing, tidak dapat saya bayangkan apa yang berlaku di sekolah harian," katanya.

Beliau mendakwa apa yang terjadi di sekolah hari ini adalah manifestasi daripada apa yang berlaku dalam masyarakat.

"Masyarakat semakin hilang nilainya. Aneka maksiat dan gejala moral semakin menjadi-jadi. Jenayah berat seperti bunuh, rogol, rompak, ragut dan sumbang mahram begitu lumrah.
Natijahnya budak-budak sekolah pun terheret sama. Ada yang menjadi samseng dan gengster dan ini sungguh menakutkan," katanya.
Image
Sesuatu mesti dilakukan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk yang akan menjerumuskan negara ke lembah kehancuran.
"Di luar sana kerap juga berlaku jenayah kolar putih seperti rasuah dan penipuan oleh pemimpin termasuk cakap tak serupa bikin yang kerap didedahkan oleh akhbar. Ini menyebabkan pelajar terikut-ikut sama," katanya.
Guru itu juga bimbang apa akan jadi pada generasi akan datang jika tiada langkah berkesan diambil dalam memulihkan kembali integriti dunia pendidikan.

"Kebanyakan murid tidak hormat langsung pada guru. Apabila guru menasihati mereka, mereka boleh telunjuk tangan dan berkata; 'boleh jalanlah!'," katanya.

Sementara itu seorang lagi guru yang juga enggan namanya disiarkan, mendedahkan bagaimana pihak pentadbir sekolah menyembunyikan kes-kes besar seperti pelajar mengandung.

Katanya, pihak sekolah menyelesaikan isu itu secara sendiri-sendiri seperti memberi cuti kepada pelajar terbabit untuk bersalin tetapi membenarkan mereka menduduki peperiksaan awam kemudiannya.

Beliau juga mengakui soal disiplin amat sukar ditangani di sekolah malah diperburukkan lagi dengan tindakan sesetengah ibu bapa 'orang besar' yang bertindak 'menyerang guru dan sekolah jika ada kes membabitkan anak mereka.

Beliau berharap sesuatu mesti dilakukan segera bukan saja dalam dunia pendidikan tetapi masyarakat dan negara sebelum keadaan menjadi lebih buruk yang akan menjerumuskan negara ke lembah kehancuran.

Isu Yang Sama, Perpektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


Yahoo! Messenger with Voice. Make PC-to-Phone Calls to the US (and 30+ countries) for 2¢/min or less.


How low will we go? Check out Yahoo! MessengerÂ’s low PC-to-Phone call rates.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to
http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke