Pada 19 April 2006 yang lalu Dewan Undangan Negeri
Terengganu telah bersetuju untuk membubarkan KUSZA
(Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin) yang bakal
digantikan dengan penubuhan Universiti Darul Iman.

Sekali lagi institusi pendidikan negara ini bakal
menghadapi episod malang apabila satu demi satu
institusi pendidikan bersejarah yang penun nostalgia
diberi penjenamaan semula atas alasan untuk
meningkatkan mutu pendidikan negara.

Benarkah dengan penjenamaan semula akan meningkatkan
kualiti pendidikan negara justeru meningkatkan lagi
kualiti graduan yang dilahirkan ?

Kita ambil contoh yang paling mudah, sebuah institusi
pengajian tinggi yang terletak di Cambridge,
Massachusetts, Amerika Syarikat yang diberi nama
Massachusetts Institute of Technology yang telah
ditubuhkan pada tahun 1861. Sejak dari tahun 1861
hinggalah sekarang Massachusetts Institute of
Technology atau lebih dikenali sebagai MIT masih lagi
mengekalkan nama yang sama. Malah logo MIT yang
dianggap ketinggalan zaman iaitu logo yang
menggambarkan seorang lelaki dan seorang wanita
berpakaian abad ke 19 itu masih dikekalkan. MIT tidak
pernah ditukar nama ke Massachusetts University of
Technology untuk meningkatkan kualiti para graduan
atau ditukar logonya untuk mengikuti perkembangan
semasa.

Namum MIT pada tahun 2005 telah menduduki ranking
kedua daripada 200 universiti dan menduduki tempat
pertama dari seluruh dunia dalam bidang teknologi,
rangking ini telah dikeluarkan oleh The Times Higher
Education. Banyak lagi kejayaan dan kecemerlangan yang
telah dilahirkan oleh pensyarah, pelajar serta bidang
penyelidikan dan pembangunan MIT.

Akan tetapi berlaku sebaliknya pula di Malaysia, di
mana kita berlumba-lumba untuk menjenamakan semula
institusi pendidikan negara atas harapan ianya dapat
melahirkan graduan yang lebih berkualiti. Kita telah
kehilangan ITM (Institut Teknologi MARA) yang telah
ditukar ke UiTM (Universiti Teknologi MARA). Mengapa
tidak dikekalkan ITM, dan dibina satu universiti dan
kampus baru untuk UiTM ? Kita telah kehilangan UPM
(Universiti Pertanian Malaysia) yang telah ditukar ke
Universiti Putra Malaysia, akibatnya apabila Malaysia
hendak menggalakkan semula projek Buku Hijau , kita
tidak ada universiti yang boleh dikaitkan secara
langsung dengan bidang pertanian. Kita telah
kehilangan Maktab Perguruan Sultan Idris yang telah
ditukar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ,
akibatnya graduan-graduan daripada UPSI sukar untuk
diserapkan sebagai guru dalam Kementerian Pelajaran
kerana UPSI terletak dalam bidang kuasa Kementerian
Pengajian Tinggi sementara penempatan guru ke
sekolah-sekolah kebangsaan dalam bidang kuasa
Kementerian Pelajaran yang semestinya memberi prioriti
kepada graduan tajaan Kementerian Pelajaran sendiri.

Apakah penjenamaan semula KUSZA ini adalah merupakan
satu lagi episod malang dalam sejarah pendidikan
negara. Kenapa tidak dikekalkan sahaja KUSZA dan
dibina satu univeristi dan kampus baru yang diberi
nama Universiti Darul Iman , kerana negeri Terengganu
adalah sebuah negeri yang amat kaya dengan hasil
minyak. Apakan institusi beraja tidak mahu mengekalkan
nama unik yang terdapat pada Kolej Ugama Sultan Zainal
Abidin ? Apakah tidak berlaku pembaziran apabila
lambang dan nama KUSZA ditukar ke Universiti Darul
Iman pada papan-papan tanda, surat menyurat dan
sebagainya ?

Rozmal bin Malakan
Kg Banggol Air Lilih, Kuala Terengganu


    
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
  
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




GIF image

Kirim email ke