PAS Terengganu ajak rakyat pertahan Kusza PDF Cetak
Thu | May 25, 06 | 09:02:25 AM
Oleh Khairul Azlam Mohmad
KUALA TERENGGANU, 25 Mei (Hrkh) - PAS Negeri Terengganu mengajak rakyat negeri ini bersama-sama bangkit mempertahankan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza).

Sehubungan itu, pesuruhjayanya, Dato’ Mustafa Ali menegaskan pendirian PAS negeri bahawa Kusza perlu dihidupkan semula.

“Sedangkan Barisan Nasional (BN) sudah terbukti tidak boleh diharapkan untuk memelihara institusi pendidikan agama ini,” ujarnya pada persidangan media di Pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini, hari ini. Katanya, PAS negeri melahirkan rasa kesal dan terkilan di atas tindakan kerajaan BN negeri membubarkan Kusza.

Tambahnya, rang undang-undang enakmen pembubaran Kusza telah dibentang dan diluluskan pada persidangan Dun 19 April lalu dengan persetujuan semua Adun BN.
“Kami berpendapat bahawa kehilangan Kusza akan merugikan bangsa dan agama,” ujarnya.

Ini, katanya kerana objektifnya untuk melahirkan generasi muslim yang berilmu dan mampu menyebarkan Islam mengikut al-Quran dan as-Sunnah kini tinggal catatan sejarah.

Menurutnya, walaupun pembubarannya bakal digantikan dengan penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), namun ia adalah suatu institusi yang sama sekali berbeza dengan kolej agama itu dari segi objektif, operasi dan pemikiran.

Katanya, pembubaran Kusza sekaligus mengikis RM150 juta nilaian aset kekal milik negeri yang turut melenyapkan beberapa nilaian dan pengiktirafan akademik yang telah diperolehinya selama lebih suku abad.

PAS negeri juga, tambahnya menganggap kegagalan kerajaan negeri memastikan kelangsungan Kusza adalah bukti sikap sambil lewa mereka dalam membiayai institusi pendidikan negeri.

Beliau berkata, sebuah kerajaan yang berwibawa sepatutnya memperjuangkan suasana menang-menang (win-win situation), iaitu memperjuangkan penubuhan universiti tanpa mengorbankan apa yang telah dimiliki kerajaan negeri.
“Bukankah perkara itu telah dibuat oleh rakan Umno di dalam BN?
MCA berjaya dalam tuntutannya menubuhkan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) tanpa mengorbankan Kolej Tunku Abdul Rahman yang ditubuhkannya sebagai perintis,” ujarnya.

Baginya, alasan kerajaan negeri untuk menjimatkan kira-kira RM80 juta setahun kos pembiayaan operasi Kusza juga tidak munasabah.

Ini, katanya kerana sewaktu ia ditubuhkan 25 tahun lalu, terimaan royalti petroleum negeri hanya tidak sampai RM200 juta setahun.

Tambahnya, kerajaan pada waktu itu tidak pula menganggap kewujudan Kusza sebagai suatu bebanan kewangan.

Anehnya, kata beliau dengan kedudukan kewangan yang didakwa sangat kukuh sekarang dan Bajet 2006 yang dibentangkan kerajaan negeri mencecah RM1.7 bilion, mengapa pula perbelanjaan RM80 juta itu berbangkit.

PAS negeri juga, ujarnya terkilan dengan kenyataan boros oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh yang menuduh PAS sebagai parti yang hanya tahu membangkang dan mendakwa PAS telah membantah hasrat kerajaan BN menubuhkan Kusza 25 tahun lalu.

“Ingin ditegaskan di sini bahawa PAS selama-lamanya tidak pernah membantah penubuhan mana-mana institusi pendidikan termasuk Kusza, malah menyokong penuh segala usaha positif kerajaan untuk mempertingkatkan pendidikan rakyat,” ujarnya.

Jelasnya, enakmen penubuhan Kusza dibentang dan diluluskan di Dun Terengganu pada tahun 1981.

“Bagaimana dikatakan wakil kami (PAS) membangkang enakmen tersebut sedangkan pada penggal 1978-1982 itu tiada walau seorang pun wakil PAS di Dun Terengganu. Bagi kami dakwaan MB itu bukan sahaja tidak teliti, malah tidak berasas,” ujarnya. - mks.

Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke