SEMINAR PENGUKUHAN PENDIDIKAN ISLAM DI ERA GLOBALISASI

ANJURAN

ABIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


TARIKH

27 JAMADIL AWAL 1427 H / 24 JUN 2006

(Sabtu), 8:00 pagi - 4:00 petang

TEMPAT

Dewan Besar, Anjung Rahmat Gombak




LATAR BELAKANG : PENDIDIKAN ISLAM: AGENDA SURVIVAL UMAT ISLAM

Sebagai sebuah pertubuhan yang mendasari pendekatan “dakwah dan tarbiyyah” ABIM
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (AWP) amat yakin bahawa formula pendidikan Islam berupaya untuk mengatasi pelbagai isu dan masalah yang berlaku pada masa kini di kalangan masyarakat.

Pendidikan Islam di kalangan masyarakat khususnya melalui pengukuhan institusi-institusinya dilihat mampu untuk melahirkan generasi yang berupaya menangani masalah sosial-budaya masyarakat negara sekaligus menepati ciri-ciri insani yang diperlukan untuk memimpin masyarakat dan negara di era globalisasi.

ABIM WP percaya melalui pembinaan generasi Muslim yang berakhlak dan beradab tinggi masyarakat Islam dapat mendepani segala cabaran ummat di era globalisasi. Seminar sehari ini diharapkan dapat merintis jalan ke arah hasrat memperkukuhkan kembali formula pendidikan Islam.


ATURCARA SEMINAR


08:00 : Pendaftaran
09:00 : Majlis Perasmian
09:15 : Slot Pertama : Pendidikan Generasi Kanak-kanak & Remaja di Era Globalisasi” oleh: Dr. Mastura Badzis (UIAM)

10:30 : Jamuan Ringan
11:00 : Slot Kedua : Universiti Ummah: Konsep Pembelajaran Terbuka Sepanjang Hayat Dalam Islam”
oleh: Dato' Dr. Siddiq Fadzil (KDH)

12:30 : Makan Tengah hari & Zuhur
02:00 : Slot Ketiga : Institusi-institusi Pendidikan Islam di Era Globalisasi”
Oleh: Prof. Dr. Sidek Baba (UIAM)
4:00 : Majlis Penutup



BIODATA PENCERAMAH

Dr. Mastura Badzis

Beliau adalah pensyarah Institut Pendidikan (INSTED), UIAM Gombak. Kini
menyandang jawatan Naib Presiden ABIM Pusat (Ketua Hal-Ehwal Wanita).

Dato' Dr. Siddiq Fadzil

Beliau merupakan Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 2006. Kini beliau adalah Presiden Kolej Dar al-Hikmah (KDH) Kajang dan pernah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selain menjadi Presiden ABIM ke-3.

Prof. Dr. Sidek Baba

Beliau adalah pensyarah di Institut Pendidikan (INSTED), UIAM Gombak dan sering
dijemput mengisi ceramah di radio IKIM.fm dan menulis di media tempatan. Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Rektor (HEP) UIAM dan bertugas di Institut Aminuddin Baki.



YURAN PENDAFTARAN


Wakil Persatuan : RM 100.00
Orang Perseorangan : RM 50.00
Ahli ABIM : RM 40.00
Pelajar : RM 30.00

Maklumat lanjut mengenai seminar dan pendaftaran boleh diperolehi di:

ABIM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Urusetia Seminar Pengukuhan Pendidikan Islam di Era Globalisasi
d/a SERI al-Huda, KM10 Jalan Gombak
53300 Kuala Lumpur
e-mel: [EMAIL PROTECTED]

Tel/Faks (03) 6188-7504
(Cik Suryani Alias)

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke