http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_06.htm

IBNU al-Baythar dilahirkan di Malaga pada akhir abad keenam dan meninggal dunia di Damsyik pada 646H/1248M. Nama lengkapnya ialah Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad ad-Din bin al-Baythar al-Malaki. Beliau terkenal sebagai doktor haiwan, ahli botani dan farmakologi serta sarjana ilmu tumbuh-tumbuhan.

Al-Baythar menuntut ilmu di Seville, Sepanyol dan mengumpul pelbagai jenis tumbuhan di kota tersebut bersama beberapa gurunya seperti Abu al-Abbas an-Nabati, Abdullah bin Shaleh dan Abu al-Hajjaj.

Ketika berada di Mesir, beliau dilantik oleh al-Malik al-Kalim Ayyubi sebagai Ketua Ahli Meramu Ubat. Setelah meninggalkan Kaherah, beliau banyak melakukan ekspedisi ilmiah. Misalnya di Damsyik, al-Baythar bersama muridnya, Ibnu Abi Ashayhi'ah mengumpul pelbagai jenis tumbuhan sebagai bahan penelitian dan perubatan.

Antara karya penting al-Baythar ialah;

1. Al-Mughnifi al-Adwiya' al-Mufradat adalah sebuah buku mengenai contoh ramuan ubatan untuk setiap jenis penyakit yang pernah dipersembahkan kepada al-Malik ash-Shalih Najm ad-Din Ayyuh.

2. Al-Jami' li Murradat al-Adwiya' wa al-Aghdhiya (Kumpulan ubat-ubatan mudah) dicetak di Kaherah pada 1291H/1874M. Terjemahan dalam bahasa Perancis oleh L.Leclerc terdapat dalam Notices et Extraits (1877-1883) manakala terjemahan dalam bahasa Jerman dibukukan oleh J.Sontheimer (Stuttgart, 1840-1841M). Buku tersebut disusun berdasarkan hasil penyelidikan al-Baythar dan rujukan daripada Yunani purba dan pengetahuan tradisional Arab. Ia turut memuatkan sejumlah daftar secara abjad tidak kurang 1,400 contoh-contoh ubat dan 300 daripadanya adalah hasil penemuan beliau. Semua bahan-bahan ramuan diperoleh di negara sepanjang Laut Tengah, Sepanyol dan Syria. Secara umum, ramuan-ramuan ubat tersebut berasal daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan mineral. Di dalam buku tersebut juga terdapat 150 penulis yang merupakan sumber pustaka daripada karyanya seperti Zakariyya ar-Razi, Ibn Sina, al-Idrisi, al-Ghafiki, Galen dan sebagainya. Dua orang sarjana Barat iaitu Meycrhof dan Sobhy menganggap buku ini adalah karya ciplak daripada Farmakope al-Ghafiki dan beberapa bahan tambahan daripada guru-gurunya. Bahkan ada juga kritikan yang menyatakan 1,000 contoh ramuan yang dijumpai sebenarnya telah dikenal pasti oleh penulis-penulis Yunani. Bagaimanapun, telah diakui bahawa al-Jami' li Murradat al-Adwiya' wa al-Aghdhiya mempunyai pengaruh besar dalam dunia Islam dan Barat.

3. Mizan at-Tabib

4. Risalah fi al-Aghdiya wa al-Adwiya

5. Makalah fi al-Limun

6. Sebuah buku yang memuatkan komentar terhadap Dioscorides. Kemudiannya buku ini menjadi manuskrip yang berisi daftar 550 jenis ubat-ubatan yang terdapat dalam buku pertama Dioscorides. Istilah-istilah teknik yang terdapat di dalamnya disertai dengan bahasa Latin dan Berber.

7. Al-Adwiyat al-Basyithah (Ramuan-ramuan sederhana) dicetak dalam bahasa Latin dengan tajuk Simplicia dan diterbitkan di Cremona pada 1758M.

Menurut George Sarton, al-Baythar telah menulis banyak karya dalam disiplin ilmu yang dikuasainya dan merupakan karya terbesar sejak zaman Dioscorides hingga pertengahan abad ke-16M.



--
Posted by Pak Ngah to Bicara Bersama Pak Ngah at 6/02/2006 01:42:00 PM


--


"Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam"

Bicara Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/ __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke