Salam sejahtera,

Saya polisi Takaful Keluarga anda.

Saya dan saudara mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia
ini.

Sekarang ini anda sedang melaksanakan tugas anda --- menyediakan
makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu
anda juga menyadiakan pendidikan, kesihatan dan juga kebajikan
kepada
mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara itu
saya
sedang lena dipeti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga
dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda
menggunakan sebahagian kecil daripada pendapatan anda harga untuk
menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah s.w.t iharap
semoga
tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa anda.

Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air
tenang, saya seolah olah tiada gunanya bagi anda sebagaimana bot
penyelamat yang tergantung di tepi kapal persiaran. Tapi tanpa
diduga
pada suatu hari (hanya Allah s.w.t yang mengetahui bila) anda dan
saya
mungkin bertukar tempat.

Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan
pantas --- untuk menyambung dan menyempurnakan apa jua tugasan yang
telah anda mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan
tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi.
Saya juga menyediakan peluang pendidikan kepada anak tersayang
sebagaimana yang anda cita citakan selama ini. Kebajikan dan
kesihatan
yang anda sediakan kepada isteri tersayang tidak akan terhenti
secara
tiba tiba lebih-lebih lagi pada saat mereka benar-benar
memerlukannya.

Apabila tugas anda selesai, tugas saya baru bermula. Melalui saya,
tangan anda akan terus berbakti dan melalui saya cinta anda terhadap
keluarga tetap menyerlah.

Setiap kali anda rasakan harga yang anda simpan saya sebagai satu
bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih baik untuk
anda dan keluarga anda daripaa apa yang anda lakukan untuk saya.

Jika anda melaksanakan tanggung jawab anda, saya akan melaksanakan
tanggungjawab saya.

Yang benar,

Polisi Takaful Keluarga
Takaful Nasional

Surah Al-Baqarah ayat 180 berbunyi
" Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati,
hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum keluarga sebagai
satu
kewajipan atas orang orang yang bertaqwa"

Sabda Nabi S.A.W
"Tinggalkan anak dan ister kesenanganlebih baik dari tinggalkan
mereka dalam keadaan meminta minta"

Untuk keterangan lanjut mengenai Takaful keluarga dari Takaful
Nasional sila hubungi Wakil TN pada bila bila masa. Kami akan
melayan
pertanyaan dari seluruh negara.

Ahmad   013-353 3618
Jumali  019-221 0976









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke