kat umah ambe..bil letrik tak penah 40 kebwh...slalunye dlm 50-60 sbln...so mmg tak kn dpt pengecualian kadar kenaikkn tarif letrik tersebut...nk jimat cm mane lagi...adik beradik ramai..sekolah plak tu sume...nk kata tgk tv...tak de la sgt..sbb bkn nye da astro...cuma mgkin kipas2 yang adik saya guna ( xda plak econ) tok mereka blaja... yela ambe tgk mereka blaja smpai larut malm...rumah atap tak ber siling..so tgh ari panas kene bkak kipas lg...so electrik abes kat kipas n lmpu jek...tak kan nk jimat punye pasal ambe soh adik2 ambe bace buku kt luar umah di terangi cahaya lilin plak...tak kan nk soh ahli kluarga saya berkipas tangan di waktu tgh ari plak?? sedangkn pemimpin2 kita, kulitnye tidak sedikit pun terasa panas...pej econ....umah econ...dlm kete econ..dlm tandas pn econ...sejuk blaka...tak kan nk  soh rakyat kepanasan demi berjimat sbb tarif telah dinaikkan olleh pemimpin2 yang dok kt ruang yang sejuk2?..memang pemimpin2 kita zalim...ambe sdih sgt...kesian ayahnda..kerana menampung kos hidup yans semakin naik, tak penah turun2...

Dah naik dah pun....
Kat opis saya ni tiap2 pagi sebelum ni (sebelum tarif elektrik naik)... saya
beli nasik goreng & terul goreng biasanya cuma RM1.70. The moment je
berita announced yang tarif naik... esok paginya saya beli seperti biasa...
tau berapa mereka caj??? RM2.00...
 
Saya agak terkejut... bukan terkejut sebab mahal.. sebab saya tahu harga
ni agak murah berbanding dengan harga2 ditempat lain contohnya dikedai
mamak...
 
Yang saya kesalkan kenapa naik sampai 30sen (naik 18% kalo tak silap)
sedangkan letrik cuma naik 12% sahaja.. itupun untuk sebuah rumah, bukan
untuk tiap2 kepala dalam rumah..
 
Katakanlah penggunaa elektrik dirumah saya kurang RM40 sebulan (ye ke??
rasa macam mustahil) & saya dikecualikan daripada beban kenaikan tarif
tersebut... tapi dengan kena menambah 30sen pada setiap pagi saya makan..
tidak ke bebanan tarif letrik tu dikenakan kepada saya secara tidak lansung??
 
Syabas kepada pemimpin kita yang berjaya membuatkan rakyat tersepit
dicelah2 pembangunan yang pesat.. macammana nak berjimat sedangkan
nak menyimpan pun tak mampu????


"Arshad Omar"@yahoo.com wrote:

Lepas ni "Sure" barang-barang keperluan lain naik lagi dengan alasan "Letrik dah naik"..... yang terima beban tak lain rakyat.... "maka jewablah para yang bertanggung jawab, "Kita tak boleh buat apa-apa"
----- Original Message -----
Sent: Saturday, May 27, 2006 4:41 AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Lepas Minyak Elektrik Pula...

Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Beberapa hari lepas, tariff baru kenaikan harga letrik telahpun diluluskan
oleh kabinet. Hm... Tidak ada apa yang mengejutkan. Kenaikan memang sudah
dijangka. Yang pasti, kita mulai kenal dengan sifat PM kita dan barisan
kabinetnya yang tidak memandang berat kepada janji untuk mengekang kenaikan
harga lain² selepas kenaikan harga minyak awal tahun dahulu.

Nampaknya memang kita sudah tidak boleh berbuat apa lagi. Semua igauan
buruk mengenai kenaikan harga barangan keperluan termasuk minyak dan letrik
telah pun menjadi kenyataan. Suka atau tidak, hendak atau tidak, nasi sudah
menjadi bubur. Ini bukan keputusan orang lain. Ini keputusan majoriti
rakyat Malaysia yang sukarela melantik mereka yang meluluskan kenaikan
harga ini memerintah.

Ops... Ini bukan artikel politik yang berusaha untuk menukar syahadah
politik anda. Tidak. Saya tidak berminat untuk itu. Juga bukan untuk
menunjuk pandai mengajarkan cara² untuk berjimat cermat. Tidak. Juga bukan
untuk itu. Lain keluarga lain situasi. Tidak semestinya cara berjimat yang
kita amalkan akan berkesan kepada orang lain. Bukan begitu?

Sebaliknya ini hanyalah luahan hati seorang insan biasa di bumi yang
kononnya bertuah ini. Hanya sekadar menceritakan apa yang terlintas di
benak ini berikutan kenaikan yang didakwa sebagai tidak membebankan. Tidak
membebankan? Mungkin. Mungkin buat mereka yang gajinya sebanyak RM24,000
sebulan seperti Perdana Menteri kita atau RM18,000 sebulan seperti
timbalannya.

Dan seruan yang akan kita dengar ialah, berjimat cermatlah. Allahu Akbar.
Hendak berjimat bagaimana lagi agaknya? Hingga tidak perlu nyalakan lampu
walaupun di malam hari yang gelita? Biar anak² kita belajar di dalam gelap
ditemani cahaya malap lilin? Atau berjimat dengan memasak air menggunakan
dapur arang kerana hendak digunakan dapur gas pun, harga gas sudah naik
juga?

Atau mungkin sehingga kita tutup semua televisyen dan berhenti dari
menonton televisyen? Tidak boleh juga begitu. Jika nanti TV3 mencatat
rating yang rendah, kerajaan perlu bantu juga kerana UMNO mempunyai
sebahagian saham di dalamnya. Dan jika kerajaan membantu, kitalah yang
membayarnya. Akhirnya, beban kembali kepada kita dengan kenaikan harga bagi
menampung kos tersebut. Sama juga...

Lalu? Hm... Biarlah saya bercerita tentang diri saya. Saya ini anak ke enam
daripada enam orang adik beradik. Seperti kebanyakan keluarga lain, ibu
bapa saya tinggal bersama saya selaku anak bongsu. Memandangkan ibu bapa
ada bersama saya, maka rumah saya akan menjadi tumpuan semua adik beradik
saya pada sekurang²nya sebulan sekali kerana mereka hendak melawat ibu bapa
kami.

Kadangkala (selalu juga) adik beradik saya akan tidur di rumah kami. Jika
sudah tidur di situ, tentu sahajalah mereka akan menggunakan air, api waima
makan juga di rumah kami. Jadi, 10 kilogram beras belum tentu mencukupi
untuk kami setiap bulan. Begitu juga dengan bekalan api dan air. Walaupun
isi rumah saya kecil, tetapi bil elektrik dan air tetap tinggi.

Dalam situasi seperti saya ini, bagaimanakah agaknya hendak berjimat? Saya
hanya terpandang satu cara. Iaitu dengan melarang adik beradik saya datang
ke rumah atau menghalau mereka untuk segera pulang. Supaya nanti mereka
tidak dapat 'membazirkan' bil elektrik dan air rumah saya. Begitu? Ya
Allah. Kalau saya buat begitu, memang saya golongan terlaknat.
Wana'uzubillah...

Inilah yang saya maksudkan. Hendak sebut perkataan berjimat itu memang
mudah tetapi hendak melaksanakannya? Apakah, kerana hendak menanggung
kebodohan segelintir manusia yang gila harta, saya perlu menjadi orang yang
membuang keluarga dan sahabat handai demi sebuah perkataan 'jimat' seperti
yang disarankan oleh menteri² kita yang kaya² belaka?

Tidak pelikkah, TNB yang dikatakan bankrup itu sebenarnya masih banyak
tabung. Tabung yang berbentuk hutang di dalam syarikat² gergasi. Dan
tentunya kes yang popular adalah Perwaja. Kenapa agaknya kerajaan tidak
mengejar syarikat² gergasi ini dengan gergaji agar mereka membayar hutang²
mereka kepada TNB? Mengapa agaknya rakyat terbanyak dijadikan mangsa?

Apabila TNB rugi, rakyat harus tanggung bersama. Apabila untung, rakyat
dapat apa? Dapat tengok? Seperti mana kita berbangga apabila Petronas
digolongkan sebagai salah sebuah dari 200 syarikat yang mempunyai pelaburan
paling tinggi dalam dunia? Bangga! Bangga! Sedangkan untung Petronas
berbilion ringgit tahun lepas entah ke mana disalurkan, tidak sampaipun
kepada kita!

Bangga? Masih mahu bangga? Teruskanlah. Mungkin anda seorang yang kaya
raya. Tetapi harus diingat, taukeh babi pun akan menjual kandangnya jika
terlalu banyak sangat belanja maintenance yang terpaksa dilakukan. Rugi!
Ah... Biarlah rakyat rugi asalkan semua GLC (Gerenti Lingkup Companies)
dapat meneruskan survival mereka dalam arus globalisasi ini.

Sebenarnya kenaikan tariff ini memang tidak begitu membebankan saya. Tetapi
saya yakin kenaikan yang tidak membebankan ini akan diikuti dengan kenaikan
barangan lain yang berasakan elektrik (termasuklah kek yang dibakar
menggunakan ketuhar) yang akhirnya akan membebankan juga. Hm... Tentu
kerajaan akan kata kepada peniaga agar jangan menaikkan harga barangan.
Bukan?

Habis tu? Hendak suruh peniaga ini rugi? Rasionallah sikit. Kalau kerajaan
betul² simpati dengan rakyat, jangan naikkan harga minyak. Bila minyak dah
naik, kos TNB pun bertambah. Hutang tak kutip, naikkan tariff. Terbebanlah
peniaga² kecil ini! Peniaga ikan bilis biar mati kebulur. Yang meniaga ikan
paus ni biar terus terlena di kerusi empuk mereka? Ewah... Ewah... Banyak
cantik?

Tetapi... Sudahlah. Jangan risau. Kita ada Allah. Jika kita yakin kita
dizalimi, marilah kita sama² berdoa. Mari kita tunaikan solat sunat 2
rakaat dan sama² berdoa semoga Allah menyelamatkan kita dari kesusahan ini.
Dan kita berdoalah, jika benar kita dizalimi, agar yang menzalimi kita
diberikan taufiq dan hidayah. Agar mereka sedar kesilapan dan kezaliman
yang telah mereka lakukan. Kemudian memperbetulkannya sementara masa masih
ada. Namun jika mereka masih ingkar, kita serahkanlah kepada Allah akan
balasan yang sebaik²nya.....

Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik
adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah…

-Abu Naqibah-

Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED]
atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/

*****************************************
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by TrendMicro Interscan Messaging Security.
For any enquiries, please contact FRIM IT Department.
*****************************************


YAHOO! GROUPS LINKS




*****************************************
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by TrendMicro Interscan Messaging Security.
For any enquiries, please contact FRIM IT Department.
*****************************************

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke