Utusan Malaysia 14 Jun 2006 . Ulama mahu amalan kongsi
raya dikaji semula
IPOH 13 Jun - Para ulama yang menghadiri satu
muzakarah di sini meminta kerajaan mengkaji semula
beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah
terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan
hukum syarak. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006
Datuk Seri Harussani Zakaria berkata kajian semula itu
perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah
membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain
merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan
syirik. 

“Perkara ini (keputusan Jawatankuasa Fatwa)
bagaimanapun masih dalam bentuk penulisan dan belum
lagi diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan,"
katanya pada majlis penutupan muzakarah berkenaan di
sini hari ini. 

Muzakarah itu turut merumuskan 22 resolusi lain yang
akan diserahkan kepada Sultan Perak, kerajaan negeri,
kerajaan pusat serta Majlis Raja-raja. 

Harussani, yang juga Mufti Perak, berkata antara
resolusi yang diluluskan ialah meminta semua Majlis
Fatwa negeri menubuhkan jawatankuasa bertindak khusus
bagi menangkis sebarang hujah penganut fahaman
liberalisme dan pluralisme yang menyerang akidah umat
Islam. 

Kerajaan juga diminta menubuhkan badan pemantau
dianggotai ahli akademik dan ulama bagi menyekat
penyebaran fahaman Islam liberal terutama menerusi
Internet. 

“Saya juga difahamkan pengikut fahaman Islam liberal
sedang menunggu resolusi ini supaya mereka dapat
merangka strategi baru bagi menyerang balik keputusan
ini,” kata Harussani. 

Muzakarah itu juga mencadangkan dialog diadakan
melibatkan pelbagai pihak termasuk pengikut aliran
Islam liberal dan agama lain untuk membetulkan salah
tafsiran mengenai agama Islam serta memahami pandangan
penganut agama lain. 

–       Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0614&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_06.htm&arc=hive


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/Hik1AB/bOaOAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke