Assalamu'alaykum.. semoga ada manfa'at insha ALlah...

    SAMBUTAN MAULIDUR RASUL RIBAT & HAUL KEWAFATAN 101 TAHUN SYEIKH AHMAD AL-FATHANI SERTA ULAMA JOHOR(SIRI III)

  • Tarikh: 5 Jumadil Akhir 1427/1 Julai 2006
  • Tempat: Dewan Utama RIBAT, Parit Perupok, Muar, Johor
  • Masa: 8.00 pagi – 11.30 malam
  • Pendaftaran percuma (kertas kerja, makan & minum disediakan insha ALlah)

    Anjuran bersama: RIBAT, Muar, Johor dengan PENGKAJI Kuala Lumpur

    Pameran/Jualan: Bermula 1-2 Julai 2006(Sabtu-Ahad) oleh PENGKAJI

      ATURCARA MAJLIS

    • SESI 1: PEMBENTANGAN MAKALAH

      8.00 – 8.45 pagi : Pendaftaran Peserta Seminar

      8.45 – 8.55 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat

      8.55 – 9.05 pagi : Kata Alu-aluan oleh Pengerusi Majlis,
      YBhg. Ustaz Abd Rashid bin Md Akib

      9.05 – 9.15 pagi : Bacaan Ayat Suci Al-Quran

      9.15 – 9.30 pagi : Kata Alu-aluan oleh Mudir RIBAT, YBhg. Ustaz Baharuddin bin Md Saman

      9.30 – 10.00 pagi : Ucapan Perasmian Sambutan Maulidur Rasul RIBAT & Haul Kewafatan 101 Tahun Syeikh Ahmad al-Fathani Serta Ulama Johor disusuli Istiadat Penyerahan Bingkisan Haul akan disempurnakan oleh YB. Datuk Haji Mohd Ismail bin Haji Mohd Shah, Adun Kawasan Maharani, Muar, Johor diiringi dengan Syair Syeikh Ahmad al-Fathani

      10.00 – 10.20 pagi : Tayangan Klip Video Sejarah Penubuhan dan Latar Belakang RIBAT & PENGKAJI

      10.20 – 10.40 pagi : Jamuan ringan

      10.40 – 12.40 tgh : Pembentangan Makalah I dan Sesi Soal Jawab

      Pembentang :YBhg. Al-Ustaz Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah
      (Penyelidik dan Penulis Sejarah Ulama dan Tokoh
      Dunia Melayu & Pengasas Persatuan Pengkajian
      Khazanah Klasik Nusantara Malaysia-PENGKAJI)

      Tajuk : Jalinan Keilmuan Syeikh Ahmad al-Fathani Dengan
      Para Ulama Johor

      Pengerusi : YBhg. Ustaz Muhammad Azman bin Mohsin
      Pegawai Tadbir Agama Daerah Segamat
      (Qadi Daerah Segamat)

      12.40 – 1.00 ptg : Kunjungan Ke Pameran Koleksi Karya-karya Ulama Dunia Melayu oleh PENGKAJI

      1.00 – 2.30 ptg : Makan Tengahari dan Sembahyang Zuhur

      2.30 – 4.30 ptg : Pembentangan Makalah II dan Sesi Soal Jawab
      Pembentang :YBhg. Ustaz Haji Ahmad Shukri bin Haji Ghazali (Penyelidik Manuskrip & Khazanah Klasik dan
      Imam Masjid Kampung Sungai Udang, Klang,
      Selangor)
      Tajuk : Syeikh Ahmad al-Fathani Mujadid Alam Melayu
      Pengerusi : Encik Saifulrizan bin Haji Said(Pendidik K.Lumpur)

      4.30 – 4.45 ptg : Penutup dan Bacaan Doa

      4.45 – 5.00 ptg : Sesi Bergambar dan Bersurai

    • SESI 2: SELAWAT DAN TAHLIL ARWAH

      6.15 – 6.30 ptg : Ketibaan Tetamu
      6.30 – 7.30 ptg : Pengisian dengan Selawat Nur Al-Anam Syeikh Ahmad al-Fathani
      Pimpinan : Encik Mohamad Saifulrizan bin Hj.Said

      7.30 – 8.30 mlm : Sembahyang Maghrib dan Selawat & Tahlil Arwah Untuk Syeikh Ahmad al-Fathani iaitu Sebagai Perlambangan Kepada Seluruh Ulama Dunia Melayu

      Pimpinan : YBhg. Ustaz Atha’illah

    • SESI 3: CERAMAH KHAS

      9.15 – 9.25 mlm : Ketibaan Tetamu

      9.25 – 9.35 mlm : Kata Alu-aluan oleh Pengerusi Majlis

      9.35 – 11.05mlm: Ceramah: Memperteguh Benteng Pertahanan Ulama
      Dunia Melayu

      Penceramah: YBhg. Al-Ustaz Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah

      11.05–11.20mlm: Ucapan Penutup oleh Mudir RIBAT
      YBhg. Ustaz Baharuddin bin Md Saman

      11.20–11.30mlm: Penutup dan Bacaan Doa oleh YBhg. Ustaz Hj. Ahmad Shukri bin Hj. Ghazali

      11.30–11.45mlm: Sesi Fotografi dan Bersurai



    LAMPIRAN II:

    KELAS PENGAJIAN KITAB MELAYU JAWI/KLASIK DI MASJID AL-HIDAYAH, SENTUL, KUALA LUMPUR

    Kelas Pengajian Kitab Melayu Jawi/Klasik telah dirasmikan pada 30 Zulhijjah 1427/30 Januari 2006 oleh Timbalan Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Sentul yang juga Ketua Bahagian Dakwah, Tuan Haji Hamid bin Ngah.

    Beliau menolak tanggapan bahawa golongan muda kurang berminat dalam aktiviti dakwah di masjid dan dapat dibuktikan dengan kehadiran lebih separuh adalah golongan yang berusia bawah dari 40 tahun.

    Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Tuan Haji Jamaluddin bin Ali dalam ucapannya mengharapkan semoga program seumpama ini dapat membantu golongan muda mendekati masjid sekaligus menyemarakkan aktiviti dakwah di masjid khususnya dan Malaysia amnya.

    Beliau juga menyatakan kelas pengajian menggunakan kitab seumpama ini adalah sangat baik dan mudah-mudah ia adalah satu hijrah dalam bentuk mencari dan menambah ilmu penetahuan kita.

    Ceramah tersebut telah dihadiri lebih dari 200 orang walaupun dalam suasana cuti panjang. Menurut Pengerusi Masjid dengan pengalaman dan ilmu yang ada pada tenaga pembimbing, YBhg. Al-Ustaz Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah, Masjid Al-Hidayah akan menjadi satu contoh dan Pusat Pengajian Kitab Melayu/ Jawi di Kuala Lumpur.

    Kesungguhan AJK Masjid al-Hidayah untuk menjayakan kelas pengajian menggunakan kitab ini dapat dibuktikan dengan adanya majlis perasmian dan sekaligus Ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh YBhg. Al-Ustaz Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah.

    Dalam ceramahnya beliau sangat gembira dengan sambutan yang luar biasa pada malam tersebut dan menunjukan kelas pengajian menggunakan kitab seumpama ini mempunyai peminatnya yang tersendiri dan publisiti perlu dipergiatkan lagi untuk menyampaikan kepada masyarakat umum. Semua pihak perlu terlibat bagi menjayakan usaha dakwah serperti ini.

    Majlis Kelas Pengajian

    Kelas pengajian menggunakan kitab bagi lelaki telah bermula pada 1 Muharram 1427/31 Januari 2006. Dalam muqadimah YBhg. Al-Ustaz Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah menyatakan betapa besarnya pengaruh pengarang kitab yang diajar pada malam ini iaitu Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani pada zamannya, bukan saja di dunia Melayu malah pengaruhnya dalam penyebaran Islam sampai ke peringkat antarabangsa termasuk Mekah, Beirut, Mesir, Turki dan banyak lagi.

    Al-Ustaz Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah juga menjelaskan bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani telah melahirkan dan mengkaderkan ramai murid di dunia Melayu seperti Tok Kenali, Tok Khurasan, Tok Selehor, Tok Bermin, Tok Kelaba, Haji Abdullah Fahim dan lain-lain. Pertikaian khilafiah antara Syeikh Yusuf Nabhani dengan Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Ahmad al-Fathani telah dihantar ke Beirut untuk menyelesaikannya.

    Beliau juga menyatakan bahawa pengaruh dan jasa Syeikh Ahmad al-Fathani juga tidak dapat dinafikan kerana Syeikh Ahmad juga adalah penasihat agama kepada kerajaan Turki Utsmaniyah. Syeikh Ahmad al-Fathani telah berjaya mengusulkan kepada kerajaan Turki Utsmaniyah, di bawah pemerintahan Sulthan Hamid Khan Ash Tsani supaya mencetak kitab Melayu Jawi, bererti bermulalah penerbitan kitab-kitab Islam secara besar-besaran yang dimodali oleh pemerintahan Turki Uthmaniyah.

    Serentak dengan itu kitab-kitab Melayu Jawi dicetak secara besar-besaran setiap sesuatu judul untuk cetakan awal adalah 10,000 naskah. Hampir semua kitab Melayu Jawi yang pernah diterbitkan di Timur Tengah adalah ditashhih oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mushthafa al-Fathani. Namun kenyataan seperti tersebut yang masih kekal pada cetakan mutakhir hanya beberapa buah kitab saja, antaranya ialah: Sabilal Muhtadin, Hidayatus Salikin, Mauriduz Zham-an, dan lain-lain.

    Al-Ustaz Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah juga menyatakan kelebihan pengajian menggunakan kitab dapat dibuktikan dengan kehadiran melebihi 150 orang pada minggu pertama dan sekarang minggu ke empat bertambah sehingga 300 orang lebih. Kami akan mensasarkan sehingga 500 orang yang akan menjadikan kelas pengajian berkitab teramai di masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
  • Kelebihan pengajian secara berkitab adalah seperti di bawah:
    1.  
    2. Semua murid/jemaah dimestikan menggunakan kitab untuk mendapatkan berkat ilmu dan cara seumpama ini telah dilakukan oleh para ulama terdahulu dalam kelas pengajian. Sebelum bermula pengajian dihadiahkan terlebih dahulu Surah al-Fatihah kepada Rasulullah S.A.W, para ulama terdahulu seperti Imam al-Ghazali dan seterusnya kepada pengarang sesuatu kitab.
    3. Setiap perkataan dan baris ayat akan dihurai satu persatu dan memastikan hukum tidak berubah tetapi ditinjau dari pelbagai displin ilmu dan menyentuh ilmu asas seperti nahu, sharaf dan juga dilihat dari segi bahasa(bahasa kasar atau bahasa halus), sastera dan sebagainya.
    4. Kitab yang diajar ialah Kitab Unwanul Falah Wa Unfuwanus Shalah dan Bahjatul Mubtadin Wa Farhatul Mujtadin karya Syeikh Ahmad al-Fathani. Kitab ini memenuhi tiga asas ilmu jumhur ulama yang terpenting iaitu aqidah Ahlis Sunnah wal Jamaah berimamkan Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi, fiqhi mengikut Mashab Syafie dan tasawuf berimamkan Syeikh Junaid al-Baghadadi, Imam al-Ghazali dan lain-lain.
    5. Murid/jemaah dikehendaki menumpukan perhatian dalam kelas pengajian dan disarankan supaya duduk memenuhi ruang hadapan serta tidak bercakap-cakap supaya tidak menggangu orang lain yang datang semata-mata untuk menimba ilmu dan ramai diantaranya yang datang dari jauh luar Kuala Lumpur seperti Bangi, Kajang, Petaling Jaya Klang dan lain-lain.
    6. Murid/jemaah terbuka kepada semua golongan dan tidak dikenakan bayaran. Mereka digalakkan bertanya setelah selesai pengajian iaitu sebelum doa dibacakan supaya segala permasalahan dapat dibahas dan dihuraikan satu persatu dan ditinjau dari pelbagai displin ilmu.
    7. Pengajian adalah tertumpu kepada kalimat pada kitab dan tidak menyimpang dari tajuk dan mengambil konsep tidak menyalah dan menuduh satu pihak yang lain dengan sewenang-wenangnya. Ia mesti berpijak kepada semua displin ilmu untuk mencari keadilan dalam ilmu.
    8. Pengajian seumpama ini dapat menyatukan bangsa Melayu dan umat Islam seluruhnya kerana kehadiran tidak tertakluk kepada satu golongan sahaja atau perbezaan perjuangan kepartian.
    9. Menyedarkan umat Islam khususnya di dunia Melayu bahawa kita mempunyai ramai ulama tersohor yang perlu diketengahkan seumpama Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Syeikh Abdus Shamad al-Palembani, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fahani, Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani dan lain-lain. Ramai ulama dari dunia Melayu yang mengajar, menjadi Imam dan ada juga yang menjadi Hakim Makhamah Syarie di Masjidil Haram Mekah. Kitab-kitab ulama dunia Melayu ini perlu diajarkan dimerata tempat supaya kita dapat mengingat dan mengenang jasa ulama terdahulu dalam pengembangan ilmu agama. Ramai antara pemimpin-pemimpin negara adalah berketurunan dari ulama besar dari pelbagai keturunan termasuk Fathani, Aceh, Minangkabau, Mandalaing, Jawa dan lain-lain.

MAKLUMAT KELAS PENGAJIAN

“Kelas Pengajian Kitab Melayu Jawi/Klasik, Kitab Unwanul Falah Wa Unfuwanus Shalah dan Bahjatul Mubtadin Wa Farhatul Mujtadin karya Syeikh Ahmad al-Fathani di Masjid al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.
 
Kelas Pengajian Mingguan dibimbing oleh Al-Ustaz Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah pada setiap hari Selasa, 8.00 malam(Lelaki) bermula 31.1.2006 dan Ahad 2.30 petang(Perempuan) bermula 5.2.2006.
 
Maklumat lanjut sila hubungi 013-356 4496(Abd Halim Muhamed), 019-273 7034(Mohd Kofli Shafie)”


Dikeluarkan dari Pejabat PENGKAJI, Kuala Lumpur
Abd Halim Muhamed
Setiausaha PENGKAJI


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage! __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke