Surat khas: Akhbar Kristian guna nama Allah    
Tue | Jun 20, 06 | 12:47:36 PM 
Oleh Abdullah Abdul Rahman  audara Pengarang,
Tuan, saya seorang petugas di Menara Petronas, KLCC.
Hari ini (20 Mei) saya menerima senaskhah akhbar
HERALD The Catholic Weekly bertarikh 21 Mei yang
diedarkan secara percuma, tetapi di akhbar itu
dinyatakan harganya RM1.00. Akhbar ini mempunyai KDN -
PP 8460/12/2006, ISSN: 1394-3294.

Apa yang memusykilkan saya, mengapa akhbar ini
diedarkan secara bebas. Selain berbahasa Inggeris, di
dalam terdapat seksyen bahasa Melayu, Cina dan Tamil.
Apa yang memeranjatkan saya, ada artikel dalam bahasa
Melayu yang menggunakan nama Allah secara bebas. Saya
bimbang anak-anak muda akan mudah terpengaruh dengan
propaganda ini.

Turut menulis dalam akhbar ini pada keluaran ini ialah
Marina Mahathir. Beliau menulis mengenai orang Islam
yang 'akan mengamuk' jika ada pihak cuba membuat karya
mempertikai Islam seperti buku dan filem Da Vinci Code
yang mempersoal ajaran Kristian.

Tajuk tulisannya, The Followers, dengan satu gambar
kumpulan orang membantah sesuatu dengan caption: "If
anyone tried to write a similar thriller based around
Islam, they'd be hounded and pilloried and threatened
with death, thousands would riot in protest and people
who would never have been able to read the book either
because they are illiterate or can't afford it would
have died."

Bersama-sama ini saya sertakan sebuah rencana di
seksyen bahasa Melayu (muka surat 23, ada tiga muka
surat dalam bahasa Melayu) untuk rujukan semua.

"Kasih Allah; Tidak membeza-bezakan"

Renungan Hari Minggu
Minggu Paskah VI
Bacaan I: Kis 10:25-26, 34-35, 44-48
Bacaan II: 1 Yoh 4: 7-10 Injil: Yoh 15:9-17

Katerina memang luar biasa. Cuba bayangkan. Dia tabah
dan sabar menghadapi tabiat dan perangai anak
perempuannya.

Nama anak perempuannya itu ialah Janet dia berperangai
aneh, dan ganjil bin ajaib, tidak sewajarnya sebagai
anak gadis. Apalagi sebagai puteri dari Katerina,
anggota Kerasulan Wanita Katolik yang terkenal aktif.
Cara hidup Janet benar menghina nama baik namanya.

Janet suka berpakaian yang aneh-aneh. Baginya
berpakaian di tempat umum dan di rumah itu sama saja.
Cara berpakaian menjadi sumber pertengkaran di antara
dia dan mamanya. "Mamanya terlalu kuno, tidak ikut
perkembangan zaman," kata Janet setiap kali
bertengkar.

Katerina selalu mencuba menyakinkan Janet dengan suara
yang lemah lembut. Tetapi sia-sia belaka. Setiap kali
diberi nasihat Janet membunyikan radio atau CD dengan
suara yang kuat. Dan suara mamanya tenggelam dalam
bunyi muzik.

Itu baru soal pakaian. Pergaulan Janet dengan lelaki
lebih teruk lagi. Janet sering berganti-ganti teman
lelaki. Sering keluar rumah dengan lelaki yang
berlainan. Sudah menjadi kebiasaan Janet  untuk
berteriak memanggil nama lelaki yang dikenalnya
apabila melintas di jalan. Kalau sudah begitu, mamanya
lari ke dalam bilik menyembunyikan rasa malu.

"Ke manakah nak kusimpan mukaku ini," dan ia sering
menjadi pertanyaan Katerina kepada Janet. Tanpa sopan
Janet menjawab, "Biarkan di kepala."

Janet memang tidak asing lagi sebagai seorang yang
rajin ke gereja pada hari minggu. Hanya yang menjadi
persoalan ialah caranya berpakaian. Banyak umat lain
yang terganggu kerana melihat cara Janet berpakaian
yang tidak sesuai dengan pakaian untuk masuk ke rumah
Allah. Hampir telanjang!

Itulah Janet yang selayaknya dibenci oleh mamanya
Katerina, kerana memalukan dan mencemarkan nama
keluarga. Tetapi Katerina selalu berkata, "tidak apa,
biarlah dia begitu, dia tetap anak saya. Saya tetap
mencintainya." Kalau saja Katerina berkata; "saya
membenci Janet, biar dia itu anak saya," orang tidak
mempermasalahkannya. Ada ramai orang berbuat begitu.
Orang hanya mencintai orang yang baik dan balik
membencinya kalau dia berubah menjadi jahat. Contoh
tentang hal itu terlalu banyak. Tetapi sangat sedikit
orang yang bersikap seperti Katerina.

Bagi orang Kristian, ajaran Cinta Kasih yang
ditegaskan Yesus sudah bukan barang dan hal baru.
Bahkan rumusannya  seperti tertulis dalam Injil sudah
dihafalkan. Hanya dalam Injil Yohanes, ajaran Cinta
Kasih diberi dasar yang lain "supaya 
kamu saling mencintai seperti Aku telah mengasihi
kamu."  Pertanyaan kita ialah bagaimana Yesus
mencintai kita?

Seperti Aku mencintai kamu, bukan kerana kamu baik,
suci, dan  tidak berdosa. Kalau Tuhan mencintai kita
tunggu sampai kita  baik dan benar maka manusia tidak
bakal menikmati cinta Tuhan.

Cinta Tuhan memamng lain. Biar pun manusia berdosa
Tuhan tidak berubah jestru tindakan penebusan ada
kaitannya dengan dosa  manusia  dan cinta Tuhan.
Jestru di mana  ada dosa di sana cinta Tuhan semakin
tampak.

Dengan tetap mencinta Janet, Katerina sudah mewujudkan
kata-kata Tuhan. Seperti Aku mencintai kamu. Janet
tetap dicintai walapun dia berlaku aneh dan
mengundang emosi.

Memang mencintai orang atau selama orang itu baik
lebih mudah daripada mencintai orang yang tidak baik.
Apalagi kalau kejahatan seseorang langsung merugikan
kita.

Ada orang tua yang secara tegas mengatakan putus
hubungan dengan anaknya kerana anaknya begitu dan
begitu. Atau sebaliknya. Ada anak yang bersumpah tidak
mahu berbaik dengan orang tuanya kerana sesuatu hal
tertentu.

Ada pemimpin di pejabat yang membenci orang bawahan
kerana dia jahat. Nasibnya, pengkatnya tidak pernah
diperhatikan. Ada guru atau pensyarah yang membenci
murid atau mahasiswa/winya. Keputusan peperiksaan
mereka selalu rendah bahkan sehingga mereka gagal.
 
Allah adalah kasih, dan setiap orang yang mengaku diri
mengenal Allah dan menjadi milik-Nya hanya terbukti
kalau hidupnya memancarkan penghayatan cinta kasih.
Sebaliknya, segala hal yang kita lakukan, yang
bertentangan dengan penghayatan cinta kasih, tidak
berasal dari Allah. Kerana itu, tinggal dalam kasih
Allah menjadi usaha pertama yang perlu diperjuangkan.
Selanjutnya, kasih Allah yang sudah kita rasakan akan
menggerakkan diri kita untuk mencintai sesama.

Itulah tugas perutusan kita; menjadi nabi cinta kasih
sayang di zaman ini. Melalui tugas perutusan tersebut,
kita turut serta dalam karya Allah, yakni menanamkan
cinta kasih Allah dalam hati setiap orang dalam
masyarakat di mana pun kita berada.

Seperti Roh Kudus juga dicurahkan Allah kepada setiap
orang dari bangsa mana pun yang takut akan Dia dan
yang berkenan kepada-Nya kerana mengamalkan kebenaran
Allah; demikian cinta kasih Allah diharapkan dapat
dirasakan oleh semakin ramai orang di dunia ini.

Kita adalah duta-duta kasih. Marilah kita berusaha
bersama agar cinta kasih menjadi menjadi suasana yang
boleh dinikmati oleh semua orang di dunia ini; suasana
kasih yang memberikan kehidupan dan kesegaran. Yesus
minta supaya kita saling mencintai seperti Aku
mencintai kamu. Manusia berbuat sebaliknya; seperti
kamu mencintai aku. Amin  - Paderi Valentine Gompok,
OFM Cap

Akhirnya, bagi pengetahuan semua akhbar ini
diterbitkan oleh 'The Archbishop of Kuala Lumpur' bagi
pihak 'The Bishops of Penisular Malaysia, yang
beralamat di Petaling Jaya. - Abdullah Abdul Rahman,
KLCC.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=2777&Itemid=1



     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/mDk17A/lOaOAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to