Isu Khairy bayar RM9.22 juta kuasai ECM Libra diungkit di Parlimen
Thu | Jul 06, 06 | 08:41:55 PM
Oleh Abu Bakar Rahman
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Kelemahan kerajaan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam memerangi rasuah menjadi lebih malang lagi, apabila menantunya, Khairy Jamaluddin, membeli 3 peratus saham ECM Libra Berhad pada 27 Disember lalu pada harga 71 sen sesaham dan membayar RM9.22 juta serta penguasaan penuh penguasaan ECM Libra ke atas Revenue Capital Resources Bhd dalam tempoh yang singkat selepas Khairy memiliki saham dalam ECM Libra.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub membangkitkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan penangguhannya mengenai isu rasuah yang melanda negara di Parlimen.

 
"Kekayaan segera yang diperolehi oleh Khairy itu berlaku ketika tidak ada penjelasan yang memuaskan dibuat mengapa anaknya (Perdana Menteri) Kamaluddin disenaraikan sebagai antara individu yang terkaya di Malaysia, dengan pegangan kira-kira RM320 juta dalam masa hanya kira-kira 4 bulan selepas Perdana Menteri menerajui pemerintahan negara."

 
"Hari ini rakyat semakin tertanya-tanya, adakah pemilikan harta sebanyak itu oleh anak dan menantu Perdana Menteri dibuat dengan cara yang 100 peratus bersih daripada unsur rasuah dan menyalahgunakan kedudukan?" kata beliau.

 
Lebih buruk lagi, rakyat juga hilang keyakinan dengan janji Perdana Menteri untuk membanteras rasuah sampai ke akar umbi, kata Salahuddin.

 
Beliau juga membangkitkan janji Abdullah ketika mula mengambil alih pentadbiran negara pada 31 Ogos 2003 di mana beliau berjanji akan memerangi rasuah sampai peringkat ke akar umbi.

 
"Ramai pihak yang merasa lega dengan kenyataan itu," katanya.

 
Berikutan janji itu, katanya, perkara pertama yang dinantikan oleh rakyat adalah apakah tindakan Perdana Menteri mengenai pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, bahawa 18 kes rasuah yang membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri telah memasuki peringkat akhir siasatan.

 
"Namun selepas itu, menteri berkenaan seolah-olah cuba melunakkan kenyataannya. Apa yang didedahkan tidak lagi kedengaran," kata Salahuddin.

 
Selepas itu, katanya lagi, laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, pula mendedahkan rasuah dan salah guna kuasa di kalangan pegawai-pegawai polis.

 
Menurut laporan itu, katanya, seorang pegawai polis senior telah mengisytiharkan asetnya pada nilai sehingga RM34 juta.

 
"Tiada tindakan diambil ke atasnya dan tidak juga disiasat," katanya.

 
Suruhanjaya juga mendapati pegawai polis merasuah pegawai tinggi untuk dipindahkan ke lombong emas seperti Jabatan Nakortik Jenayah dan Perjudian, katanya lagi.

 
Ketika itu isu rasuah polis tidak ditangani, kata beliau, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu pula mendedahkan industri pembinaan negara dilanda dan dibelenggu oleh masalah rasuah.

 
"Tidak hairanlah mengapa Malaysia jatuh lagi dalam indeks persepsi Rasuah Transparency International. Malaysia berada di tempat 39 daripada 146 negara yang disenaraikan selepas berada di tempat 34 daripada 102 negara pada tahun 2004," kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

***************************************
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Artikel akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Reply via email to