Dari segi tradisinya PAS dan Umno adalah merupakan
musuh politik sejak sebelum negara merdeka lagi.
Masing-masing berpegang kepada dasar dan pendekatan
perjuangan yang berbeza.

Namun kedua-dua buah parti ini dianggotai rata-rata
oleh orang-orang Melayu yang beragama Islam. Oleh itu
suka tak suka di sana samada disedari atau tidak pasti
akan ada titik pertemuan dan persamaan.

Malahan dari segi pertalian darah kita lihat lantaran
berasal dari satu rumpun pasti akan ada orang-orang
PAS dan Umno yang mempunyai kaitan darah dan
keturunan. Abangnya PAS adiknya Umno atau sebaliknya.
Sehinggakan isteri Umno dan suaminya PAS pun ada.

Lalu apabila akhbar THE SUN hari ini melaporkan yang
kedua-dua Pergerakkan Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS
Johor membantah penganjuran forum oleh Kumpulan
Artikel 11 yang dijadual diadakan di JB pada hari
Sabtu ini, ianya tidak menghairankan.

Kumpulan Artikel 11 yang mempelopori liberalisma dan
pluralisma dalam beragama ini dijadualkan menganjurkan
forum yang akan disertai anatara lain oleh Shad Faruqi
dan Malik Imtiaz Sarwar dijangka membincangkan tajuk
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: PERLINDUNGAN UNTUK SEMUA.

Menurut Khalid Mohammad Ketua Pemuda Umno Johor
bantahan dibuat oleh kerana adalah dipercayai
perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam forum itu
kelak akan melibatkan isu-isu sensitif khasnya yang
melibatkan Islam yang jika tidak dihalang akan pasti
mencetuskan huru-hara.

Manakala menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Johor,
Pemuda PAS akan membuat laporan polis dan juga laporan
kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) agar majlis
itu nanti dibatalkan dan penyiasatan dibuat terhadap
penganjurnya.

Jelas kumpulan ini bertegas mahu meneruskan agenda
mereka walaupun ditentang oleh masyarakat Islam.

Besar kemungkinan kumpulan ini akan menganggap
tentangan dari parti-parti politik ini sebagai
menyekat hak kebebasan mereka. Dalam hal ini kerajaan
perlu bertegas dengan menyatakan adakah majlis-majlis
forum yang membincangkan isu Islam sempama ini dengan
maksud mahu memberikan pentafsiran semula Islam dengan
menyuntik idea liberalisma dan pluralisme boleh
diteruskan ataupun tidak.

Saya kira jika benar kumpulan ini ikhlas dan mahu
mencari penyelesaian mereka sepatutnya mengambil
inisiatif untuk duduk dan berbincang dengan
pakar-pakar agama. Dengan menjaja dan menaja individu
seperti Shad dan Malik yang tidak memiliki AUTHORITY
tentang Islam (walaupun mereka mungkin penganut Islam)
hanyalah akan mencetuskan seribu-satu kekeliruan dan
kekusutan.

Mungkin selepas ini satu lagi titik persamaan boleh
diteroka. Mungkin mereka boleh pula bersama-sama
berarak ke Kedutaan AS bagi menuntut AS agar jangan
memberikan sokongan dan bantuan kepada Regim Haram
Israel yang pada saat ini sedang teruk melanyak dan
membunuh umat Islam di Palestin dan Lubnan.

Biar umat Islam di Palestin dan Lubnan melihat
sokongan secara terbuka Pemuda-pemuda Islam di
Malaysia yang sanggup berarak menyatakan sokongan
terbuka mereka
Kepada rakyat kedua-dua buah negara itu.

posted by Roslan SMS


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke