Ruj. Kami : amns / 2006 / (346) , Tarikh : 14 Julai
2006
Kepada :  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM),
Tingkat 29, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, 50350
Kuala Lumpur.

Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia, Polis
Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 50560
Kuala Lumpur.
 
Saudara ;
SALAH GUNA KUASA POLIS DAERAH PORT DICKSON (TIMBALAN
KETUA POLIS DAERAH).
 
Adalah dengan ini perkara diatas dirujuk.
 
Pada 10 Julai 2006 yang lepas Angkatan Muda Negeri
Sembilan telah mengadakan program menonton Final Piala
Dunia Fifa 2006 bersama pemimpin keADILan. Program ini
diadakan dengan kami menyewa tapak e-stadium yang yang
di miliki oleh Mohd Nor.
 
Bukan sedikit wang dan tenaga yang kami peruntukan ke
arah menjayakan program tersebut. Untuk menampung
segala perbelanjaan tersebut kami terpaksa mengenakan
tiket kepada setiap pengunjung.
 
Malangnya selepas perkara ini dihebahkan telah
beberapa kali pemilik tapak program dikunjungi oleh
pihak polis yang bertanyakan pelbagai perkara mengenai
program ini, yang kami jangkakan ini bertujuan jahat
untuk menakutkan beliau. (Perkara ini diberitahu
kepada kami oleh pemilik sendiri).
 
Pada 10 Julai program dijadualkan bermula jam 12.30
pagi namun anggota polis beruniform dan tidak
beruniform telah hadir dengan jumlah yang ramai seawal
 9 julai 9.00 malam. Kehadiran polis ini telah
menyebabkan orang ramai berasa kurang selesa untuk
hadir. Malah tidak sampai 350 meter dari tapak program
juga di buat sekatan jalanraya.
 
Namum atas niat baik untuk bekerjasama dengan polis
kami menyediakan tempat duduk untuk pihak polis dalam
khemah program.
Antara kepimpinan keADILan dan tokoh yang hadir ialah
Tian Chua (Ketua Penerangan, keAdilan Pusat) ,
Hishamuddin Rais (Pengarah filem) dan che’GuBard
(Timbalan Ketua Penerangan) selain dari kepimpinan
peringkat Negeri Sembilan.
 
Dengan keadaan polis yang ramai dan sekatan jalan raya
tapak program seolah dalam kepungan polis.
Walaubagaimanapun program tersebut tetap berjaya
menarik kira – kira 400 orang lebih penonton (walaupun
pada peringkat awal penganjur menjangkakan 1000 orang
akan hadir). Ada juga penonton yang pulang awal kerana
berasa kurang selesa kerana polis menggunakan kamera
merakam gambar hampir ke semua penonton.
 
Kami menjadualkan Tian chua dan beberapa orang tokoh
yang hadir untuk menyampaikan hadiah bagi kuiz dan
cabutan bertuah ketika rehat separuh masa pertama. 
 
Namum 5 minit sebelum waktu rehat tersebut kami
didatangi pemilik tapak program merayu agar Tian Chua
atau mana – mana pemimpin keADILan tidak naik ke
pentas. Menurutnya pihak polis telah mengugut akan
menangkap beliau jika sesiapa pemimpin keADILan naik
ke pentas walaupun untuk menyampaikan hadiah. Ketika
ditanya siapa pegawai yang membuat ugutan tersebut
beliau menamakan Timbalan Ketua Polis Daerah Port
Dickson DSP Md Sham Abdullah.
 
Respon dari itu Hj. Ramlan Roes, Ketua Angkatan Muda
Negeri dan Norazizi Abd Aziz, Setiausaha keADILan
Teluk Kemang terus berjumpa dengan seorang pegawai
beruniform dan bertanya siapa pegawai paling kanan
yang berada di situ. Pegawai polis tersebut
memperkenalkan kami dengan seorang lelaki berpakaian
biasa yang bernama DSP Sham Abdullah, Timbalan Ketua
Polis Daerah.
 
Ketika ditanyakan mengapakah beliau mengugut pemilik
tapak program, beliau tidak menjawab sebaliknya beliau
terus menyatakan beliau mendapat arahan Ketua Polis
Daerah untuk tidak membenarkan sesiapa pemimpin
keADILan untuk naik ke pentas walaupun untuk
menyampaikan hadiah. 
 
Ketika ditanyakan apakah wujud peruntukan undang –
undang membenarkan beliau membuat ugutan sebegitu ?
Beliau menyatakan beliau hanya menjalankan arahan.
Beliau memberikan kad nama dan tidak mahu berbincang
lagi.
 
Oleh kerana pemilik tapak ketakutan diugut polis dan
merayu kepada kami agar tidak memanggil mana – mana
pemimpin keADILan untuk naik ke pentas, maka kami
terpaksa akur.
 
Di sini kami ingin membuat aduan ke atas Polis Dareah
Port Dickson khususnya Timbalan Ketua Polis Daerah
Port Dickson DSP Md Sham Abdullah kerana salah guna
kuasa.
 
Jelas dari tindakan tersebut beliau bertindak di luar
bidang kuasa. Hampir semua pasti akan mengatakan polis
pagi tersebut bertindak atas arahan demi menjaga
kepentingan politik parti politik pemerintah.
 
Kami dengan ini menuntut pihak polis mengambil
tanggung jawab atas kejadian malam tersebut, tindakan
tatatertib harus dikenakan kepada Timbalan Ketua Polis
Daerah Port Dickson. 
 
Pihak yang bertanggungjawab juga harus memikirkan
ganti rugi kepada penganjur yang telah banyak
mengeluarkan tenaga dan wang untuk menjayakan program
dan akhirnya digagalkan oleh polis atas arahan politik
pihak tertentu.
 
Kami amat kesal dengan kejadian tersebut, dan jika
tiada tindakan diambil atas kejadian tersebut maka
imej polis akan terus buruk dan hanya dilihat sebagai
alat tunggangan politik pemerintah. Kejadian ini juga
sebagai bukti polis digunakan untuk mengancam ruang
demokrasi dalam negara.
 
Untuk pengetahuan pihak saudara juga kami dalam
pertimbangan untuk membuat laporan polis dan
menfailkan saman di mahkamah ekoran peristiwa
tersebut.
 
Sekian.
 
“Ke arah memperkasakan kedaulatan rakyat’

AMIRUDIN ABD WAHAB
Setiausaha Angkatan Muda Negeri Sembilan
 
s/k  :
Ketua Polis Negara - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Ketua Polis Negeri Sembilan -   Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Negeri Sembilan
Ketua Polis Daerah -  Ibu Pejabat Polis Daerah Port
Dickson
Media dalam dan luar negara.
                        


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke