Salam....

Entah laa ek??  Pusat sukan yang ada dalam negara ni
saya rasa belum terurus, malah ada sekali sekala tu
terasa macam takde calon yang layak masuk ke situ, nak
bukak kat London laa plak...siaper jer yang dapat ke
sana ye? Berapa pulak KOS yang kena bayar utk
melayakkan diri ke sana? Dan berapa pulak KOS yang nak
diperuntukkan oleh KERAJAAN untuk MENYARA Pusat Sukan
tu ye?? 

Ok laaa, kerajaan kita mampu, TAPI, apa kata kalau
PERUNTUKAN tu diguna untuk support SKIM PINJAMAN BUKU
TEKS di dalam negara, saya rasa lagi BERFAEDAH!

Wassalam.


--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

> >
> >Pusat sukan di London suatu pembaziran atau agenda
> Myteam?
> >
> >Pada hemat saya ,mereka yang sedang berkira-kira
> >dan mencadangkan Pembinaan Pusat Kecemerlangan
> >Sukan di London ini adalah kerana, peluang untuk
> >memajukan dan meneruskan agenda seperti Myteam
> >yang telah terbantut. Dikuatiri agenda ini
> >bukanlah berdasarkan kepada agenda Nasional
> >tetapi segelintir individu yang ketandusan
> >projek untuk dimajukan. Akhirnya menjadi projek
> gajah putih.
> >
> >Ini adalah kerana mereka-mereka ini tidak diberi
> >peluang oleh badan-badan sukan di Malaysia yang
> >telah banyak dipolitikkan seperti kongkongan
> >dari F.A.M. untuk mereka lakarkan hala tuju
> >sukan negara mengikut gaya mereka sendiri. Jadi
> >mereka mewujudkan satu platform baru yang tidak
> >akan diterajui oleh peneraju-peneraju sukan yang
> >ada sekarang ini, kerana dikatakan gagal membawa
> >kecemerlangan sukan Negara ini. Memang
> >seolah–olah fokus tulisan ini menjurus terhadap
> perkembangan sukan bola.
> >
> >Kerana apa yang saya dapat dilihat dari segi
> >lokasi pusat kecemerlangan ini diLondon itu
> >sendiri adalah disebuah tempat, yang acara sukan
> >paling menguntungkan adalah sukan bola.
> >Sehinggakan syarikat penerbangan Air Asia
> >Sendiri dapat manfaat dengan mengambil salah
> >satu pasukan Red Devil (setan merah) ataupun
> >Mancherster United sebagai pasukan untuk
> >dipromosi oleh mereka. Dengan ini nama Air Asia
> >begitu gah sekali bila dapat mempromosi pasukan
> terkenal seperti itu.
> >
> >Walaupun mungkin ada acara-acara sukan yang
> >lainnya untuk dicemerlangkan disini. Umum
> >sendiri tahu kemampuan acara sukan yang lain itu
> >apalah sangat yang hendak ditonjolkan. Badminton
> >sebagai contoh, apakah acara ini boleh
> >menguntungkan sebagaimana acara bola sepak, yang
> >rata-rata hampir keseluruhan bahan dalam acara
> >sukan itu dapat dikomersialkan. Jangan salah
> >anggap bahawa kita ada pasukan bola yang mantap
> >dengan adanya pusat kecemerlangan ini kelak. Itu
> >hanyalah sekadar mimpi yang sangat sukar untuk
> dijadikan kenyataan.
> >
> >Mewujudkan pasukan yang mantap itu mungkin satu
> >dari matlamatnya. Tetapi keuntungan yang dapat
> >dijana dengan menyediakan satu pusat latihan
> >yang akan menghasilkan manusia sukan yang boleh
> >dijual dan boleh dibeli. Kerana trend sekarang
> >ini bermain untuk kelab-kelab lebih menguntungkan
> dari bermain untuk negara.
> >
> >Duit, kerana duit pasir, malah negara sanggup
> dijual inikan pula..?
> >
> >Sedangkan telah banyak kompleks sukan di dalam
> >negara yang menjadi usang tanpa dijaga. Itu
> >sahaja sudah dikira satu kerugian yang besar.
> >Bayangkan 'maintainance' di London kelak.
> >Lainlah kalau syarikat yang menjalankan
> >kerja–kerja maintainance itu nanti, akan diberi
> >kepada kroni-kroni untuk dibuat duit.
> >
> >Saya menulis dengan harapan tidak mahu membuat
> >tuduhan melulu atau apatah lagi nak memfitnah
> >tetapi sekadar memberi peringatan kepada mereka
> >yang akan memajukan projek mega ini, dengan
> >mengambil kira sejarah projek-projek bermasalah
> >sekarang dan sebelum ini oleh Kerajaan Barisan
> Nasional.
> >
> >Rekod projek bermasalah yang masih banyak belum
> >diselesaikan masih ada hati nak tanggung beban
> >baru. Berilah peluang kami rakyat nak bernafas
> >sedikit. Sesak nafas kami dibuatnya bila
> >Kerajaan ini sewenangnya guna hasil negara yang
> >dijana dari duit rakyat. Cubalah selesaikan
> >dahulu masalah rumah terbengkalai rakyat yang
> >teraniaya dengan mengambil peruntukan yang ada
> >itu. Pastinya rakyat akan berterima kasih. Jika
> >sekiranya benar projek ini ,untuk membangunkan
> >agenda MY TEAM yang telah pun senyap dan nasib
> >pemain-pemain yang masih belum diserap oleh
> >mana-mana pasukan.Jadi kemungkinan besar ada
> >kebenaran kenyataan sesetengah pihak bahawa
> >orang ditingkat 4 di Jabatan Perdana Menteri itu
> >,ada memainkan peranannya. Wallahualam.
> > ----------------------------------------- (on
mail)
> 
> email-body was scanned and no virus found
> email-body was scanned and no virus found
>
---------------------------------------------------------
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke