Forum 'Abdullah lawan Mahathir' 8.30 malam, 10 Ogos ini
Tue | Aug 08, 06 | 12:12:53 PM
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Krisis Abdullah Ahmad Badawi-Mahathir Mohamad bukan saja menjadi topik hangat di kalangan pemerhati politik, tetapi turut menarik perhatian sebuah institusi penyelidikan.

Sebuah pusat penyelidikan bebas dan penerbit buku serta majalah, 'Strategic Information Research & Development Centre' (SIRD), akan menganjurkan sebuah forum bagi membincangkan topik melibatkan sengketa semasa kedua-dua tokoh tersebut.

Forum 'Abdullah vs Mahathir: Clash of Personalities or Crisis in Governance? (Abdullah lawan Mahathir: Pertarungan peribadi atau krisis dalam kerajaan?)' akan diadakan pada jam 8.30 malam, 10 Ogos ini di Quality Hotel City Centre, Jalan Raja Laut, di sini.

Menurut kenyataan SIRD, ahli-ahli panel yang akan membincangkan topik tersebut ialah P Gunasegaram (Group Executive Editor, The Edge), Sivarasa Rasiah (peguam, Naib Presiden KeADILan) dan A Kadir Jasin (bekas Ketua Pengarang NST).

Ia akan dipengerusikan oleh penulis Malaysiakini, James Wong.

"Penyertaan adalah percuma dan orang ramai dijemput mengambil bahagian membincangkan topik tersebut," kata kenyataan SIRD. - ER / lanh


Beri peluang Mahathir bercakap di TV
Tue | Aug 08, 06 | 06:26:16 PM
Oleh Bashir Ishak
KANGAR, 8 Ogos (Hrkh) - Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi peluang untuk memberikan penerangan di media khususnya di televisyen (TV) dan barulah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjawabnya agar rakyat dapat membuat penilaian.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyarankan demikian agar adanya keseimbangan dalam permasalahan yang timbul antara Perdanan Menteri dan Mantannya pada masa ini.

Beliau yang ditemui Harakahdaily hari ini menegaskan bahawa banyak perkara yang diperkatakan oleh Tun Mahathir hanya diketahui oleh golongan tertentu sahaja.

"Rakyat tidak tahu apa tuduhan Dr Mahathir. Yang tahu cuma orang yang suka dengar ceramah macam kita ni," katanya.

Baginya, apabila Tun Mahathir diberi peluang untuk diwawancara di stesen TV dan Abdullah perlu menjawab sepenuhnya, barulah rakyat dapat memahaminya serta membuat penilaian.

"Sekarang perkara seperti ini tidak berlaku dan media terus terkongkong sepertimana yang berlaku di zaman pemerintahan Mahathir dahulu," katanya lagi

Ditanya tentang cadangan Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin yang mahu mengawal media di internet, Mohamad melihat langkah ini sebagai satu usaha menuju ke arah membendung kebebasan penyebaran maklumat.

"Bukannya untuk membendung tersebarnya lawan web tak sihat yang bersifat lucah atau sebagainya tetapi untuk menyekat maklumat daripada diketahui umum," jelasnya.

************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke