BN hidupkan semula hiburan maksiat
Thu | Aug 17, 06 | 02:52:58 PM
Oleh Azmi Yusof
MARANG, 17 Ogos (Hrkh) - PAS mengingatkan rakyat negeri ini supaya menjauhi hiburan maksiat yang dihidupkan semula oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) setelah mengambil alih pemerintahan negeri.

Sehubungan itu, Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat negeri ini hendaklah menyedari bahawa PAS telah mengharamkan hiburan seperti itu semasa memerintah negeri sebelum ini.

"Kita kena sedar, masa kita perintah, kita haramkan hiburan maksiat, yang bercanggah dengan Islam yang menyebabkan anak muda kita menjadi rosak, kita haramkan," ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Kepada Golongan Miskin di pekrangan Masjid Ru Muda, dekat sini, petang semalam.

Seramai 200 orang daripada 180 keluarga menerima sumbangan yang disampaikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Adun Rhu Rendang pada majlis yang dianjurkan oleh Muslimat Dun Rhu Rendang itu.

Bagaimanapun, katanya BN menghidupkan semula hiburan maksiat yang telah diharamkan oleh PAS itu yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan.

"Bila BN perintah, dia buat balik hiburan maksiat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas, hiburan yang kita haramkan dia buat balik," ujarnya.

Secara kebetulan, malam tadi diadakan konsert anjuran kerajaan negeri yang melibatkan juara Akademi Fantasia musim keempat, Mohamad Faizal Ramly di Pantai Peranginan Kelulut, dekat sini.

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga mantan Menteri Besar menyeru rakyat supaya mengambil iktibar dengan apa yang dilakukan oleh kerajan BN negeri sekarang.

Jelasnya, berhibur tidak menjadi kesalahan dengan mengikuti batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam.

Bagaimanapun, katanya apabila berlakunya percampuran tanpa batas antara lelaki dan perempuan serta meninggalkan sembahyang, maka hiburan seperti itu adalah haram.

"Hiburan tak menjadi salah tapi sembahyang tak boleh tinggal, percampuran bebas antara lelaki dan perempuan tak dibenarkan. Dia (BN) buat hiburan bercampur lelaki dan perempuan, waktu sembahyang tak peduli," ujarnya lagi.

Menurutnya, kemungkaran dan hiburan seumpama itu perlu dielakkan kerana ianya akan menghanyutkan manusia.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada ibu bapa supaya menjaga anak-anak daripada terpengaruh dengan hiburan dan kemungkaran yang melalaikan itu.

"Jadi kita kena jaga anak-anak kita, dalam masa yang sama, sembahyang jangan tinggal kerana ia menjadi penolong kepada kita," katanya.

**************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" – The Wall Street Journal __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke