Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam artikel saya sebelum ini saya ada menyentuh tentang Verb Tenses dan saya ulangi semula apa yang telah saya tulis sebelum ini.

Verb tenses ataupun Kala Kata Kerja amat penting dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris kita.

Apakah itu verb tenses? Verb tenses ialah secara mudahnya peraturan yang perlu anda gunakan bila anda menggunakan verb atau kerja dalam ayat kita. Ini adalah kerana verb dalam bahasa Inggeris bertukar-tukar bentuknya mengikut jenis perbuatan iaitu :-

1. Berlaku

2. Sedang Berlaku ( in Progress)

dan juga masa bila perbuatan  itu berlaku samaada :

1. Present

2. Past

3. Future


Oleh itu anda akan lihat bagaimana Verb dalam bentuk asas STUDY boleh wujud dalam bentuk2 berikut:-

1. Study

2. am/is/are studying

3. will study/ going to study

4. studied

5. was studying

6. have studied

7. had studied

8. will have studied

9. will be studying

10. will have been studying

11. will have studied

12. have been studying

Cuba lihat perbezaan dalam tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di bawah ini dengan menggunakan kata kerja ‘belajar’ atau ‘study’ sebagai contoh:-
 
       Aktiviti                                    Tatabahasa              Tatabahasa
                                                     bahasa Melayu       bahasa Inggeris
 
1. Perbuatan yang sedang berlaku   sedang belajar            studying
 
2. Perbuatan yang akan berlaku      akan belajar               will study/going to study
 
3. Perbuatan yang sudah berlaku      sudah  belajar           studied
 
Dalam contoh di atas, cuma tiga jenis kala atau tenses sahaja yang digunakan. Jika anda lihat perbezaan yang amat ketara dari segi tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ialah dalam bahasa Inggeris kata kerja atau verb ‘study’ itu akan ditukar berdasarkan bila perbuatan itu berlaku dan ianya bertukar dari studying kepada will study dan kepada studied.
Dalam bahasa Melayu pula, kata kerja ‘belajar’ itu tidak ditukar tapi kita cuma menggunakan ‘sedang’ untuk menunjukkan yang ianya sedang dilakukan, ‘akan’ untuk menunjukkan yang ianya akan dilakukan dan ‘sudah’ pula digunakan untuk menunjukkan yang ianya telah dilakukan. Inilah sebenarnya yang sering mememeningkan kita dan juga kanak-kanak dalam proses pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah dan ianya boleh membuatkan mereka  tidak menggemari matapelajaran bahasa Inggeris dan akhirnya boleh mengakibatkan mereka makin ketinggalan dan akhirnya menjadi amat lemah dalam bahasa Inggeris.

  Aktiviti                                             Tatabahasa
                                                        bahasa Inggeris
 
1. Perbuatan yang sedang berlaku               studying
 
2. Perbuatan yang akan berlaku                 will study/going to
 
3. Perbuatan yang sudah berlaku                studied
Jika anda perhatikan kesemua Verb itu datang dari perkataan Asal STUDY dan ini  merupakan Kata Kerja yang dalam bentuk Asas atau Simple Form of Verb.

JIka dalam kamus ini merupakan catatan pertama untuk Perkataan itu.

Oleh itu

1. Study - Simple Form of Verb / Kata kerja Asas

2. Studying - Verb + Ing -
Digunakan untuk menunjukkan yang perbuatan itu sedang dilakukan

3. Studied  - Verb + ed -
Digunakan untuk menunjukkan yang perbuatan itu sudah berlaku di masa lepas or happens in the Past.


Dalam artikel-artikel saya yang lepas, saya sudah menerangkan kepada anda bila masa kita perlu menggunakan Study, Studying dan Studied.Dalam artikel ini saya akan ulangi semula penggunaan Study atau Verb dalam Simple Form.

Anda perlu gunakannya bila :-

1. Membuat kenyataan - eg I live in Puchong.

2. Membuat kenyataan Fakta - Ipoh is in Perak.

3. Membuat ayat tentang perbuatan yang kerap berlaku dengan penggunaan penunjuk masa seperti always, often, everyday dan sebagainya - He always drives to work.

Jadi, untuk 3 situasi di atas, anda perlu gunakan Verb dalam bentuk Simple Form.

Bentuk ayat:

 
Penyata               :   I / you / we / they          +  verb  asas 
                              He / She / It / Haziq       +  verb  asas  +   s
 
Contoh                 :   I / you / we / they  meet        Cikgu Sabran.
                             He / She / It / Haziq       meets       Cikgu Sabran.
 
Nafi                    :  I / you / we / they     do not      +  verb  asas
                            He / She / It / Haziq      does not      +  verb  asas 
 
Contoh              :   I / you / we / they    do not  meet     Cikgu Sabran.  
                           He / She / It / Haziq  does not  meet      Cikgu Sabran.
 
Tanya                  : Do    +     I / you / we / they     +    verb  asas  ?
                          Does +    He / She / It / Haziq      +     verb  asas  ?
 
Contoh         :   Do      I / you / we / they       meet      Cikgu Sabran?
                       Does  He / She / It / Raaodah  does not  meet   Cikgu Sabran?
 
**  Untuk kenyataan negatif dan juga pertanyaan perhatikan yang verb untuk singular He / She / It / Haziq   tidak perlu ditambah –s dihujungnya.


Diharap anda boleh faham dengan penerangan saya kali ini.


Yusoff

=======================================================

Iklan sikit:


Dapatkan buku tulisan saya

Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris - RM14

dan Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 -Perbualan Telefon RM16.

Beli kedua2 buku pada harga cuma RM28 termasuk harga pos.

Yusoff
019-3090711


Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls. Great rates starting at 1¢/min. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to
http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke