Hutang Sabah meningkat jadi RM1 bilion
Oleh Faisal Mustaffa

Baki hutang kerajaan Negeri Sabah yang berakhir pada hujung tahun 2004 berjumlah RM1 bilion berbanding RM787.98 juta pada tahun sebelumnya.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak RM212.24 juta yang berpunca daripada pembiayaan projek Perumahan Awam Kos Rendah dan Bekalan Air.

Menurut sumber yang diperolehi daripada Laporan Audit Negara, Kerajaan Sabah telah meluluskan 15 pinjaman baru berjumlah RM225.87 juta bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun, semua pinjaman tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah itu disalurkan sepenuhnya kepada Jabatan Air.

Selain itu, baki bagi 12 pinjaman yang dijadual semula menjadi lima pinjaman, meningkat sejumlah RM3.31 juta berikutan tunggakan faedah yang ditambah kepada baki pinjaman.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari Negeri Sabah, selain daripada pinjaman Negeri Sabah, hutang-hutang lain yang ditanggung oleh kerajaan Negeri ialah dari aspek Pembangunan Ekonomi Negeri yang meningkat dari RM120.37 juta (2004) ke 126.17 juta (2005).

Perbelanjaan pembangunan Negeri Sabah meningkat dengan ketara hasil daripada dua projek Bekalan Air di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur berjumlah RM260.98 juta berbanding dengan RM76.95 juta pada tahun 2004.

Selain itu, Laporan Audit Negara juga melaporkan peningkatan bagi pengambilalihan tanah di bawah Jabatan Ketua Menteri sebanyak RM4.96 juta menjadi RM23.50 juta berbanding dengan RM14.04 juta pada tahun 2004.

Namun, terdapat juga penurunan dari segi perbelanjaan Negeri Sabah iaitu di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna yang menurun sebanyak RM7.42 juta menjadi RM126.899 berbanding RM7.55 juta pada tahun 2004.

Selain itu, penurunan juga berlaku di bawah Projek Pekan Baru di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan perumahan serta Projek Rancangan Tebatan Banjir yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan masing-masing yang mengalami penurunan sejumlah RM3.67 juta dan RM2.21 juta.

--
Posted by Raja Petra Kamarudin to Berita Komentar at 9/13/2006 08:24:00 AM


Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy and free. Do it now... __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Reply via email to