Astaghfirullah hal aziim..apa lagi muslihat Mahathir kalau dulu Anwar kini Abdullah...
 
Ya Allah berikan petunjukMu pada mereka2 yang sesat dan menganiaya sesama sendiri..amiin ya Allah

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Dr M akan dedahkan segala-galanya November ini - RPK
Sat | Sep 16, 06 | 10:24:52 PM
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Hrkh) - Banyak lagi isu mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijangka akan dibongkarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika membayangkan perkara itu, editor laman web berita Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (RPK) berkata: "Adakah anda percaya jambatan bengkok begitu bermakna kepadanya (Dr Mahathir)? Tidak sedikitpun. Hanya muqaddimah sahaja. Kesemua isu lain juga hanyalah muqaddimah sahaja. Abdullah sudah kehabisan isu untuk menyerang. Mahathir belum pun lagi bermula".

Dr Mahathir, kata RPK, "masih lagi belum mendedahkan dokumen Oil For Food yang dengan jelas menyenaraikan nama Abdullah sebagai penerima keuntungan berjuta-juta tong minyak Iraq.

"Pernahkah kita melihat dokumen itu? Ya, kita pernah mendengar perkara itu disebut. Tetapi pernahkah kita melihat dokumennya? Tunggulah sehingga Mahathir mencampakkan dokumen itu ke atas meja yang juga termasuk nama beberapa ahli keluarga Abdullah".

Abdullah pernah didakwa sebagai antara orang yang mendapat keuntungan (beneficiary) dalam skandal yang berlaku ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaksanakan program yang bertujuan membantu rakyat Iraq di zaman Saddam Hussein, iaitu program Oil for Food (penukaran minyak untuk makanan).

Abdulah terus berdiam diri apabila Dr Mahathir secara terus-terang menyarankan supaya sebuah badan bebas ditubuhkan untuk menyiasat adakah Abdullah terlibat dengan skandal itu.

Penglibatan orang yang bernama "Abdullah Badawi" dari Malaysia mula dibangkitkan dalam laporan Charles Duelfer yang mengetuai U.S. Iraq Survey Group.

Laporan itu menyatakan Saddam mengeluarkan baucer rahsia untuk pembelian minyak yang boleh dijual semula bagi mendapatkan keuntungan besar.

Antara pihak yang disenaraikan sebagai penerima baucer itu ialah "Abdullah Badawi" dari Malaysia. "Abdullah Badawi," menurut laporan itu, telah menerima baucer untuk menjual dua juta tong minyak Iraq melalui syarikat bernama Tradeyear.

Tidak lama selepas itu, Perdana Menteri telahpun dilepaskan dari tuduhan itu.

Bagaimanapun, Abdullah berdiam diri terhadap apa yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu dan tindakan membisu beliau dianggap boleh menyebabkan dirinya kelihatan tidak bersih.

RPK seterusnya menyatakan, Dr Mahathir masih belum mendedahkan kediaman keluarga Abdullah di Perth.

"Ia berharga 25 juta. 25 juta dolar Australia (satu dolar Australia bersamaan kira-kira RM2.80) atau RM25 juta? Saya tidak tahu. Oleh itu kita perlu menanti Mahathir mendedahkannya. Dan, apakah yang akan dikatakan oleh Abdullah? Dia akan berkata dia tidak tahu mengenainya dan akan meminta Scomi (syarikat anaknya, Kamaluddin) mengemukakan laporan?

"Bagaimana mungkin dia tidak tahu sedangkan ada gambar beliau dan keluarganya di rumah itu ketika lawatan-lawatannya ke Australia?" RPK mempersoalkan.

29 Jun lalu, Perdana Menteri bercuti ke Perth bersama keluarganya hingga 15 Julai. Ketika beliau sedang bercuti, Perdana Menteri dilaporkan bercuti untuk pembedahan kecil penyakit resdung (sinusitis).

Dr Mahathir juga, kata RPK, belum mendedahkan mengenai kereta-kereta keluarga Abdullah di London.

"Jumlah kesemuanya mencecah 15 juta. 15 juta Pound (satu pound bersamaan kira-kiraRM6.98) atau RM15 juta? Saya tidak tahu. Oleh itu, kita perlu menanti Mahathir mendedahkannya. Dan, apa yang akan dikatakan oleh Abdullah? Dia akan berkata dia tidak tahu mengenainya dan akan meminta Scomi  mengemukakan laporan? Lebih baik mereka menjual kereta-kereta itu secepat mungkin sebelum gambar-gambar kereta itu tersiar dalam media Malaysia," katanya.

RPK seterusnya bertanya mengapakah pentadbiran Abdullah "membunuh Proton"?

"Adakah mereka membunuh Proton untuk mengaibkan Dr Mahathir dan menunjukkan kepada dunia bahawa ia adalah idea bodoh dan hanya Perdana Menteri yang bodoh sahaja yang akan mencadangkannya?

"Tidak, ia lebih dari itu. Mereka tidak fikir Proton adalah idea bodoh atau orang yang mencadangkan idea itu adalah bodoh. Malah mereka menganggap ia adalah idea yang baik dan mereka mahu Proton menjadi milik mereka."

"Proton berada di kawasan yang luas serta tinggi nilainya di sisi bank dan mereka mahu memiliki kawasan itu. Dan, untuk mendapatkannya, mereka mesti membunuh Proton supaya mereka dapat melucutkan aset-aset Proton," kata RPK.

Beliau seterusnya mendakwa, orang yang menanti dengan ghairah untuk mengambil kekayaan Proton itu ialah "orang yang kini memerintah Terengganu dan menentukan bagaimanakah Wang Ehsan berjumlah RM1 bilion setahun untuk negeri itu dibelanjakan".

Orang itu, dakwa RPK, ialah Datuk Patrick Lim, rakan perniagaan anak Abdullah, Kamaluddin.

Kamaluddin pula, menurut RPK, telah menikmati lebih dari RM1.5 bilion kontrak kerajaan Malaysia dan beliau juga adalah pemilik rumah di Perth dan kesemua kereta di London yang dinyatakan oleh RPK itu.

Sebelum ini, RPK pernah menceritakan, pernah ketika Abdullah melawat Terengganu untuk mempengerusikan mesyuarat di negeri itu untuk "membincangkan bagaimana RM800 juta wang Terengganu hendak dibelanjakan (yang maha hari ini jumlah RM1 bilion berikutan kenaikan harga minyak," Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh menunggu Abdullah di Lapangan Terbang Kuala Terengganu untuk mengambil Abdullah.

"Tetapi belumpun sempat keretanya (Idris) bergerak, kereta Patrick memotong di hadapan kereta Idris. Abdullah terus keluar dari kereta Idris dan masuk ke dalam kereta Patrick. Idris sepatutnya sedar siapa yang sebenarnya memerintah Terengganu," cerita beliau.

RPK juga pernah mendakwa sebelum ini, Abdullah mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat negeri Terengganu bagi pihak menantunya, Khairy Jamaluddin dan mengikut perancangan bagaimana Patrick hendak membelanjakan RM1 bilion setahun itu.

"Idris tidak boleh berkata apa-apa mengenai bagaimana wang tersebut dibelanjakan. Dan, jika beliau enggan menandatangani dokumen-dokumen (mengenai perbelanjaan itu), beliau akan mendapat panggilan telefon dari Abdullah," dakwa RPK.

Mengenai pendedahan yang menurutnya akan dibuat oleh Dr Mahathir, RPK bertanya, adakah Umno akan terus berdiri di belakang Abdullah ketika itu?

"Ya, banyak lagi isu di tangan Mahathir. Mahathir belumpun lagi mula mendedahkan kesemua itu. Dan beliau akan mendedahkannya apabila tiba masanya, satu demi satu. Dan, akan didedahkan hakikat sebenarnya Abdullah yang pada mulanya digembar-gemburkan sebagai Perdana Menteri terbaik yang pernah dilihat oleh Malaysia, seorang ....... di dalam jubah ulama," katanya.

Ketika kesemua itu didedahkan, RPK bertanya, adakah Umno masih lagi berdiri di belakang Abdullah?

"Adakah Umno akan terus memberikan sokongan tidak berbelah-bagi kepada Abdullah apabila terdedah bahawa beliau bukanlah orang yang seperti digambarkan selama ini? Adakah Abdullah akan terus dapat mengekalkan kuasanya apabila Umno dengan meluat berpaling tadah darinya?"

"Atau Umno akan mengemukakan undi tidak percaya ke atas Abdullah dan menuntut beliau berundur dari jawatannya sebagai Presiden parti itu dan Perdana Menteri Malaysia?" tanya beliau.

RPK membayangkan sesuatu yang menggemparkan akan berlaku.

"Dan, ia bukannya akan berlaku dalam masa dua tahun. ia akan berlaku dalam masa dua bulan. November akan menjadi masa yang menceritakan segala-galanya."

"Abdullah sama ada akan terus menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri seberapa lama yang ia mahu, atau beliau akan terpaksa merangkak pergi... Pada bulan November, Abdullah sama ada akan disahkan sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang tidak boleh digugat dan terus berada di serambi kuasa atau beliau akan disenaraikan sebagai bekas Perdana Menteri," katanya.

RPK juga begitu yakin "orang yang menentukan perkara itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad" -ah

**************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke harakahdaily@gmail.com. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Try the all-new Yahoo! Mail . "The New Version is radically easier to use" – The Wall Street Journal


All-new Yahoo! Mail - Fire up a more powerful email and get things done faster. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke