Kenikmatan bulan Ramadhan selalu berubah menjadi kegelisahan dan keresahan. Persoalan muncul ketika menetapkan bila awal dan akhir Ramadhan dan bila pula berakhirnya. Akibat yang ditimbulkanya adalah perselisihan pendapat dalam menetapkannya. Umat yang awam menjadi ragu, bingung, dan bimbang. Fenomena ini selalu terjadi dari tahun ke tahun, seakan tidak ada lagi cara bagi kaum muslimin untuk menjalani awal dan akhir Ramadhan secara bersama-sama, serentak pada tarikh yang sama.

Bila dicermati, perbezaan awal dan akhir Ramadhan tersebut disebabkan adanya perbezaan hukum syara’ yang menjadi pedoman berikut masalah teknik operasionalnya, disamping perbezaan orientasi dan loyaliti umat Islam mengenai lembaga mana yang memiliki autoriti dipercaya dan diikuti.
Antara Ru’yat Tempatan dan Ru’yat Global

Ketiga imam madzhab (Abu Hanifah, Maliki, Ahmad) berpendapat bahawa awal Ramadhan ditetapkan berdasarkan ru’yat global, tanpa mempertimbangkan perbezaan mathla’. Sementara pengikut Imam madzhab Syafi’i, mengatakan bahawa awal Ramadhan didasarkan pada ru’yat tempatan, mengikuti perbezaan mathla’. Abdurahman Al-Jaziri menerangkan hal ini sebagai berikut: “Apabila ru’yatul hilal telah terbukti (terlihat) di salah satu negeri, maka negeri-negeri yang lain (juga) wajib berpuasa. Dari segi pembuktiannya tidak ada perbezaan lagi antara negeri yang dekat dengan yang jauh, jika (berita) ru’yatul hilal itu memang telah sampai kepada mereka dengan cara (terpercaya) yang mewajibkan puasa. Tidak diperhatikan lagi disini adanya perbezaan mathla’ hilal (tempat terbitnya bulan) secara mutlak. Demikianlah pendapat tiga imam madzhab (Abu Hanifah, Malik, Ahmad). Para pengikut madzhab Syafi’i berpendapat lain. Mereka mengatakan, “Apabila ru’yatul hilal di suatu daerah telah terbukti, maka atas dasar pembuktian ini, penduduk yang terdekat di sekitar daerah tersebut wajib berpuasa. Ukuran kedekatan di antara dua daerah dihitung menurut kesamaan mathla’, iaitu jarak keduanya kurang dari 24 farsakh (sekitar 120km). Adapun penduduk daerah yang jauh, maka mereka tidak wajib berpuasa dengan ru’yat ini, kerana terdapat perbezaan mathla’.” (Abdurahman Al-Jaziri, Al-Fiqh ‘Ala Al-Madzhahib Al-Arba’ ah, Jilid I, hlm. 550).

Dalam masalah ini, pendapat ketiga imam terbukti lebih tepat. Pendapat madzhab Syafi’i kurang tepat, kerana dua alasan. Pertama, pendapat itu bersandar kepada ijtihad Ibnu ‘Abbas r.a. Dalam hal bolehnya berpuasa bagi setiap daerah berdasarkan ru’yatnya masing-masing, dan bahawa ru’yat suatu daerah tertentu tidak berlaku bagi daerah yang lainnya. Kedua, belum jelasnya manathul hukmi (fakta yang menjadi objek penerapan hukum) pada zaman itu. Dengan kata lain pemahaman mengenai fakta kedudukan atau posisi tempat terbitnya bulan belum sempurna seperti masa sekarang.

Imam Asy-Syaukani, seorang mujtahid mutlak, telah mendiskusikan dengan baik ijtihad Ibnu ‘Abbas ini, yang menurut sebahagian ulama dianggap sebagai nas dari Nabi SAW. Imam Asy-Syaukani menjelaskan ketidaktepatan pendapat madzhab Syafi’i yang menyandarkan pendapatnya pada ijtihad Ibnu ‘Abbas. Hadis yang menjelaskan ijtihad Ibnu ‘Abbas ini adalah :
“Diriwayatkan dari Quraib, bahawa Ummul Fadl telah mengutusnya untuk menemui Muawiyah di Syam. Quraib berkata: ‘Aku memasuki Syam lalu menyelesaikan urusan Ummul Fadl. Ternyata bulan Ramadhan tiba, sedangkan akan masih berada di Syam. Aku melihat hilal (bulan sabit) pada malam Jum’at. Setelah itu aku memasuki kota Madinah pada akhir bulan Ramadhan. Ibnu ‘Abbas lalu bertanya kepadaku dan menyebut persoalan hilal. Dia bertanya, ‘Bila kalian melihat hilal?’ Aku jawab: ‘Kami melihatnya pada malam Jum’at. Dia bertanya lagi, ‘Apakah kamu sendiri melihatnya?’ Aku jawab lagi, ‘Ya, dan orang-orang juga melihatnya. Lalu mereka berpuasa, begitu pula Muawiyah’. Dia berkata lagi: ‘Tapi kami (di Madinah) melihatnya pada malam Sabtu. Maka kami terus berpuasa hingga kami menyempurnakan bilangan tigapuluh hari, atau hingga kami melihatnya.’ Aku lalu bertanya, ‘Tidak cukupkah kita berpedoman pada ru’yat dan puasa Muawiyah?’ Dia menjawab, ‘Tidak, (sebab) demikianlah Rasulullah SAW. memerintahkan kepada kami.” [HR. Jama’ah, kecuali Bukhari dan Ibnu Majah].

Mengomentari hadis ini, Imam Asy-Syaukani berkata: “Ketahuilah, bahawa yang layak menjadi hujjah itu tidak lain adalah riwayat yang marfu’ dari Ibnu ‘Abbas, bukan ijtihad Ibnu ‘Abbas itu sendiri.”

Kemudian Imam Asy-Syaukani melanjutkan : “Apabila penduduk suatu negeri telah melihat hilal, maka (dianggap) seluruh kaum muslimin telah melihatnya. Ru’yat penduduk negeri itu berlaku pula bagi kaum muslimin lainnya.”

Lalu beliau menguraikan lebih lanjut : “Dengan demikian, seorang ‘alim tentu tidak akan ragu lagi, bahawa dalil-dalil syara’ yang ada menunjukkan bahawa penduduk suatu negeri bertindak sesuai dengan khabar/berita yang telah sampai kepada mereka satu sama lain. Demikianlah pula tindakan mereka terjadi kesaksian di antara mereka satu sama lain, dan hal ini mencakup seluruh hukum-hukum syara’. Sedangkan masalah ru’yat termasuk dalam keseluruhan hukum syara’ itu.”

Imam Asy-Syaukani menutup penjelasannya dengan menyatakan : “Pendapat yang layak dijadikan pegangan adalah, apabila penduduk suatu negeri telah melihat bulan sabit (ru’yatul hilal), maka ru’yat ini berlaku pula untuk seluruh negeri-negeri yang lain.” (Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, Jilid III, hlm. 125).

Mengenai manathul hukmi terhadap mathla’, sesungguhnya pemahaman para imam-imam madzhab saat itu belum sejelas pemahaman kita di zaman sekarang. Ertinya pendapat ketiga Imam Madzhab tersebut lebih sesuai untuk fakta-fakta astronomi masa kini, daripada pendapat Imam Syafi’i. Terbukti misalnya, lahirnya bulan sabit (di luar angkasa) terjadi pada waktu yang sama di seluruh penjuru bumi. Hanya saja memang terjadi perbezaan dalam melihat bulan (dari bumi), tergantung perbezaan letak masing-masing negeri.

Imam Al-Mashfaqi dalam Kitab Ad-Durul Mukhtar wa Raddu Mukhtar, jilid II, hlm. 131-132, menyatakan bahawa “Perbezaan mathla’ tidak dapat dijadikan sebagai pegangan. Demikian pula melihat sabit disiang hari, sebelum zuhur atau menjelang zuhur. Dalam hal tersebut, penduduk negeri Timur Madinah harus mengikuti ru’yat kaum muslimin yang ada di belahan Barat Madinah apabila ru’yat mereka dapat diterima (sah menurut syara’).”

Seiring dengan kecanggihan sarana komunikasi dan penyebaran informasi, kini telah diusulkan sebuah metod yang bernama horizon bebas (free horizon). Metod ini, menurut A. Komara Mulyana, MSc. Staf peneliti pada BAKOSURTANAL, menyatakan bahawa penentuan awal bulan didasarkan pada ru’yat global, bukan ru’yat tempatan. (Republika, 04/01/1997).

Oleh kerana itu, di era globalisasi dan perkembangan alat komunikasi dan transportasi yang sedemikian canggih saat ini, isolasi dan ketertutupan diri apabila fanatisme kedaerahan atau kebangsaan (ashabiyah) di setiap kaum muslimin sudah bukan masanya lagi.
Hisab Sekadar Membantu Ru’yat
Para fuqaha berbeda pendapat dalam masalah ini. Dahulu para imam madzhab tidak membolehkan penggunaan hisab sebab hisab tidak memberikan hasil perhitungan yang meyakinkan bahkan tidak menghasilkan perhitungan yang rajih.

Imam Nawawi, dalam kitabnya Syarah Shahih Muslim, jilid VII, hlm. 192 dan dalam kitab Fathul Bari Bisyarhi Shahih Al-Bukhari karya Ibnu Hajar Al-Asqalani, jilid V, hlm. 126-127 terdapat hadis Nabi SAW : Kami adalah umat yang ummi. Kami tidak dapat menulis atau menghitung. Satu bulan ada begini, begini, begini (seraya menunjukkan kesepuluh jari tangan tiga kali, dengan menekuk jari jempol pada tunjukkan ketiga) dan satu bulan adalah begini, begini, begini (dengan membuka semua jari pada ketiga tunjukan). [Lafazh hadis menurut Imam Muslim].

Imam Ibnu Hajar kemudian memberi komentar (Syarah) hadis ini sebagai berikut : Yang dimaksud dengan hisab dalam hadis ini adalah hisabun nujum (perhitungan ilmu falak) dan peredarannya. Orang-orang dahulu belum mengetahui ilmu itu kecuali sedikit dan pengetahuannya pun amat sederhana. Dikaitkan dengan puasa dan (perkara) lainnya dengan ru’yat adalah untuk menghilangkan kesukaran dari mereka dalam menggunakan hisab peredaran bulan.

Dari penjelasan di atas nampak bahawa Imam Ibnu Hajar hanya menggunakan ru’yat saja, tidak menggunakan hisab. Pendapat ini juga dipegang oleh jumhur fuqaha pada masa itu.

Ilmu hisab dapat dimanfaatkan, misalnya untuk meramalkan waktu yang tepat untuk melakukan ru’yat. Akan tetapi, hisab tidak dapat menggantikan posisi ru’yat secara mutlak, dalam erti menggunakan hisab sebagai satu-satunya cara penetapan awal-akhir Ramadhan dan meninggalkan ru’yat sama sekali. Sebab syara’ telah menetapkan –berdasarkan nas-nas yang shahih- bahawa penetapan awal-akhir Ramadhan dengan ru’yat adalah WAJIB, sementara mempergunakan hisab hukumnya MUBAH. Jadi posisi Hisab Astronomi adalah membantu untuk menentukan tempat-tempat yang strategik dalam melakukan ru’yatul hilal.

Mengawali Ramadhan yang akan datang pada waktu yang serempak sama dan bersamaan merupakan satu langkah awal menuju persatuan dan kesatuan ummat Islam di seluruh dunia.

Wallahu a’lam


Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/tamadun/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke