Tragedi di Kampung Benggali, Sungai Puyu, Butterworth membuktikan keangkuhan BN menghalang ceramah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. FRU dikerahkan untuk menggempur ceramah diadakan baru-baru ini. Demokrasi dan kebebasan apa yang dilaungkan?Tragedi di Kampung Benggali, Sungai Puyu, Butterworth membuktikan keangkuhan BN menghalang ceramah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. FRU dikerahkan untuk menggempur ceramah diadakan baru-baru ini. Demokrasi dan kebebasan apa yang dilaungkan?


Minyak, gas punca Umno bermatian 'tawan' Kelantan
Mon | Sep 25, 06 | 04:13:47 PM
Oleh Riduwan Husien PASIR MAS, 26 Sept (Hrkh) – Umno dan Barisan Nasional (BN) bermati-matian mahu merampas Kelantan termasuk mempergunakan Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar memandangkan sumber gas dan minyak banyak terdapat di pesisir pantai negeri ini.

Baru-baru ini, orang kanan universiti awam terbabit difahamkan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Annuar Musa, di sebuah hotel di sini.

Kali kedua pula perjumpaan itu dikatakan diadakan di UiTM Kelantan, di Bukit Ilmu, Machang bagi merangka strategi sebagai persiapan awal menghadapi pilihan raya umum  ke-12 nanti.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, Umno sekarang menggerakkan seluruh jentera kerajaan bagi menghadapi PAS, memandangkan sumber kekayaan gas dan minyak banyak terdapat di luar pantai Kelantan.

“Sebab itulah mereka mencuba sedaya-upaya untuk menghalang sumber berharga ini daripada didaratkan di Kelantan semasa zaman pemerintahan PAS kerana khuatir kebajikan rakyat lebih terbela di bawah kerajaan sekarang,” ujar beliau pada ceramah Selamat Tinggal Umno di Kampung Kolam dekat sini, baru-baru ini.

Gas yang berada di perairan Kelantan sepatutnya didaratkan di Pantai Senok, Bachok. Bagaimanapun sekarang ia didaratkan di Songkhla, Selatan Thailand biar pun melibatkan pembaziran kos begitu banyak.

Kemudian saluran paip dibina dari Songkhla ke Gurun Kedah. Namun projek pendaratan gas di Songkhla mendapat tentangan hebat rakyat tempatan terutamanya pencipta alam sekitar.

Pada program itu seramai 27 ahli Umno mengisytiharkan keluar parti yang mereka dokongi selama ini dan menyertai perjuangan bersama parti Islam.

Wakil kumpulan tersebut Din Mamat, 34 berkata, mereka menyertai PAS kerana tertarik dengan semangat ahli-ahli parti itu yang sentiasa sabar dalam setiap perjuangan mereka.

Katanya, walaupun dikekang dari segenap sudut namun ahli dan penyokong  PAS masih berdaya untuk bangkit semula berdepan dengan asakan tersebut.

"Selain itu berjuang dalam Umno hanya memikirkan soal duit dan pembangunan semata-mata tanpa mengambil berat tentang agama sebagai bekalan mereka di akhirat kelak," katanya.

Husam juga sempat berkunjug ke rumah seorang lagi ahli baru PAS, Mat Yassin di Kampung Kubang Gobek selepas program ceramah selesai. Kampung tersebut sebelum ini merupakan kubu kuat Umno sejak merdeka lagi. PAS tidak pernah memenangi peti undi di kawasan tersebut.

Hadir sama pada program terbabit anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ismail Noh dan Adun Chetok Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

*************************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.

Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


Inbox full of spam? Get leading spam protection and 1GB storage with All New Yahoo! Mail. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/tamadun/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Reply via email to