>
>Air Jampi Vs holly water ?
>
>
>Assalammualaikum.
>
>Salam bang! Semoga kita selalu dirahmati Allah.
>
>Jangan takut pada air. Takutlah pada yang menjadikan air.  Apa sebenarnya
>Holy Water? Ianya tidak lebih daripada air yang sering digunakan oleh umat
>Kristian dalam sembahyang mereka. Kalau saudara perhatikan ketika umat
>Kristian memasuki gereja untuk upacara sembahyang, mereka akan mengambil
>Holy Water dengan menyentuh satu 'takungan air' lalu melakukan tanda salib
>dengan menyebut, " In the name of the Father, and of The Son and of the
>Holy Spirit, Amen".  Kalau kita perhatikan, wudu' merupakan salah satu
>hukum yang telah ditinggalkan oleh Bani Israil. Maka tidak hairan bilamana
>umat Kristian mengambil jalan mudah dengan mengambil Holy Water sebagai
>pengganti " wudu' " yang telah ditinggalkan, sebelum upacara sembahyang
>mereka. Selain dari itu, Holy Water juga digunakan untuk tujuan lain
>seperti 'pendinding' dari gangguan hantu, ketika sakit dan pada bila-bila
>saat dan ketika seseorang itu merasakan perlunya penggunaan Holy Water.
>
>Saya kurang pasti sama ada penelitian saya terhadap Holy Water tidak
>menyeluruh, namun saya tidak mendapati adanya ayat tentang Holy Water dalam
>bible. Kalau ada saudara-saudara yang pernah terbaca dalam bible, tolong
>khabarkan pada saya di bab yang mana. Saya tidak percaya bahawa Holy Water
>mempunyai satu kekuatan atau kemampuan yang luarbiasa sehingga mampu
>mengugat akidah seseorang. Kalau boleh saya mahu berkongsi pengalaman
>dengan saudara tapi saya minta tidak akan ada yang menyalah tafsir
>kenyataan saya.
>
>1) Saya pernah minum Holy Water yang diambil dari gereja. Berbekalkan
>kalimah 'Bismillah' saya minum, ternyata sekarang saya masih lagi Islam.
>Saya sependapat dengan saudara Rozi bahawa Holy Water  yang 'ada di
>pasaran' sekarang merupakan air yang dijampi. Kalau Holy Water yang
>terdapat di gereja-gereja, memang tidak ada kemampuan luarbiasa. Air
>longkang itu lebih luarbiasa. Kalau diminum, barangkali bisa mati........
>
>2) Pernah suatu hari, anak saudara saya (Kristian) mengalami sakit misteri.
>Saudara saya telah menjemput saya ke rumah. Ketika saya sampai, anak kecil
>itu sedang terlantar dan ada seorang yang saya tidak kenal sedang
>sembahyang dan merenjis-renjis Holy Water ke badan anak itu. Saya hanya
>memerhatikan dan selepas itu beredar. Keesokan hari saya datang lagi,
>ternyata anak itu masih tidak sembuh. Kerana kasihan, lalu saya minta
>kebenaran saudara saya untuk bersendirian bersama anak kecil itu buat
>seketika. Lalu saya baca ayat-ayat Al-Quran dan saya sentuh kaki anak itu
>sambil berdoa dalam hati semoga Allah mengasihani dan menyembuhkan anak
>kecil yang tidak mengerti apa-apa. Saya bukan bomoh tapi anak kecil itu
>sembuh pada sebelah petangnya.
>
>3) Tempat saya tinggal merupakan sebaris rumah yang terdiri dari 5 buah
>bilik. Bilik saya di hujung dan bilik sepupu saya di hujung yang lagi satu.
>Rumah ini agak 'panas' kerana ada 'pengganggu'nya. Kalau saudara perhatikan
>setiap pintu bilik itu ada tergantung benda-benda sama ada kertas atau
>tangkal penghalau hantu. Sepupu saya seorang Kristian, udah kahwin, punya
>anak umurnya kurang dari setahun. Di biliknya itu selalu didatangi
>pengganggu dan anaknya itu kalau menangis, nangisnya sampai ke subuh.
>Sepupu saya menggunakan Holy Water setiap kali dikunjungi pengganggu.
>Kerana hantunya tidak pandai lari,lalu dia meminta pertolongan saya. Lalu
>saya berikan segelas air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan saya tambah
>dengan satu doa yang diajarkan oleh seorang Syed kepada saya. Ternyata
>biliknya itu aman dan anaknya tidak lagi diganggu. Kalau nangis, ya.....
>mahu susu.
>
>Makanya saya berharap saudara-saudara tidak keliru dengan Holy Water.
>Sesunggunya ia hanya air biasa yang tidak pernah terbukti kehebatannya.
>Kita harus ingat bahawa umat Kristian itu sangat cemburu dengan kelebihan
>dan kemampuan luarbiasa ayat-ayat Al- Quran. Pernah seorang Kristian
>mengatakan kepada saya bahawa ilmu kebatinan orang Kristian juga
>menggunakan doa-doa 'Our Father', 'Hail Mary' dan sebagainya. Lalu saya
>cabar dan kami ketemu seorang Kristian yang berkebolehan dalam ilmu batin.
>Beliau mengakui banyak amalan-amalannya menggunakan kalimah 'Bismillah...'
>dan 'Kun Faya Kun' dan menafikan penggunaan doa-doa agama Kristian.
>
>Kerana akidah umat Islam terlalu mantap, maka umat Kristian tidak ada cara
>lain untuk mengugat akidah orang Islam melainkan dengan taktik kotor
>seperti yang diutarakan oleh Saudara Rozi. Satu cara ialah dengan
>menggunakan air jampi dukun-dukun keparat, lantas mereka mengatakan air itu
>Holy Water. Ya.. barangkali sekadar mahu memperbesar-besarkan kemampuan
>Holy Water kerana segala amalan mereka itu tidak ada hebatnya. Biasa dong
>pak. Kalau memperbesar-besarkan satu usul, umat itu terlalu arif.
>
>Jadi, tidak perlu takut pada air, takutlah pada yang menciptakan air untuk
>manusia. Sekian. Mohon permisi.
>
>Wassalam.
>
>Pengirim: Charles Rundi <[EMAIL PROTECTED]>





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/tamadun/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/   
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to