Allahu Akbar! mana pergi nya haq mutlaq ulama' islam di M'sia...kalau agama dah boleh dijual beli...nauzubillah min zaliik...
 
Ya Allah selamatkan islam tercinta dibumi M'sia amiin ya robbal alamiin...kabulkan ya Allah...

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Idris Ahmad meneliti sebahagian daripada lebih 700,000 tandatangan umat Islam yang diserahkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia oleh gabungan lebih 90 NGO Islam di bawah nama Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam(PEMBELA) di Kuala Lumpur pagi tadi.Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Idris Ahmad meneliti sebahagian daripada lebih 700,000 tandatangan umat Islam yang diserahkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia oleh gabungan lebih 90 NGO Islam di bawah nama Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam(PEMBELA) di Kuala Lumpur pagi tadi.


Pembela serah 701822 tandatangan bantah IFC dan kumpulan Artikel 11
Fri | Sep 29, 06 | 01:03:45 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Hrkh) - Gabungan Petubuhan Pembela Islam (Pembela) telah meneruskan usaha mempertahan kedudukan dan kesucian Islam di Malaysia dengan menyerahkan 701822 tandatangan umat Islam yang membantah usaha kumpulan Artikel 11 memburukkan imej Islam dan kewujudan kumpulan Interfaith Commision (IFC) kepada pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu di Jalan Bukit Petaling hari ini.

Tandatangan yang dikepil dalam salinan beberapa jilid buku bertajuk 'Tandatangan Sokongan Rakyat Mempertahan Kesucian Islam' itu diserah kepada wakil Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Dato' Sabtu Awab di pejabatnya jam 11.00 pagi tadi.

ImageTurut hadir ialah, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad; Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Khairul Arifin Mohd Munir; Pengerusi Persatuan Cina Muslima Malaysia (Macma), Dato' Mustapha Ma; Presiden Persatuan Peguma Syarie Malaysia, Zainur Rijal; Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah, Anuar Tahir dan Wakil Peguam Pembela Islam (PPI), Kamar Ainiah.

Dalam sidang media selepas pertemuan dengan wakil Penyimpan Mohor Besar Raja-raja itu, Pengerusi Pembela, Yusri Mohamad berkata, tandatangan itu dikumpul sejak 16 Julai lalu ketika isu IFC dan Artikel 11 hangat diperkatakan.

Pembela telah memulakan inisiatif mengumpul tandatangan bagi membantah penularan fahaman kebebasan agama secara total oleh kumpulan tersebut dan mahu kerajaan serta pihak Majlis Raja-raja Melayu secara serius mempertahan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini, katanya.

"Kita tidak mahu ada pihak yang bukan mewakili Islam dan bukan Islam mempertikai kedudukan Islam kerana hak dan kedudukan Islam telah dipersetujui secara bersama dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

ImageSementara itu beliau turut menyatakan Pembela akan menyerahkan tandatangan yang sama serta memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di pejabatnya petang ini.

Beliau menyeru umat Islam berkumpul di hadapan pejabat Perdana Menteri jam 3.00 petang ini bagi menyokong tindakan Pembela dan NGO yang bergabung di bawahnya.

Sementara itu Ustaz Idris pula semasa ditanya mengenai penyerahan tandatangan tersebut berkata, usaha itu menunjukkan betapa majoriti Islam di negara ini peka terhadap pencabulan dan penghinaan terhadap Islam.

"Semua ini berlaku kerana pemimpin terutamanya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak tegas dalam menghentikan fahaman kumpulan IFC dan Artikel 11 sejak awal lagi.Isu ini tidak timbul sewaktu pemerintahan pemimpin terdahulu, kerana ketegasan pemimpin terdahulu, tetapi ianya timbul kini kerana kelemahan Abdullah," katanya lagi.

***********************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat harakahdaily.[EMAIL PROTECTED]com. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.

Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke harakahdaily@gmail.com. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

Yahoo! Messenger - with free PC-PC calling and photo sharing.


Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls. Great rates starting at 1ยข/min. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to
http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke