Assalammualaikum wrwb,

Tahniah kepada Saudara Ruzaihan, pengalaman saudara
mengingatkan saya ketika menyambut & menyaksikan
kelahiran 2 daripada 4 orang anak saya. Satu
pengalaman yang paling indah yang dilalui, yang tak
dapat digambarkan dengan kata-kata....syukur,
Alhamdulillah.

Teringin berjumpa saudara Ruzaihan, memang saya kagum
dengan tulisan2 saudara. 

Kepada Kak Kamisah Siraj, saya doakan hasrat akak
tercapai hendaknya..semoga sentiasa dirahmati Allah.

Wassalam.


--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

> Assalammualaikum wrwb,
> 
> Tahniah saudara atas kelahiran anak yang kedua. 
> Syukur alhamdulillah,
> kedua-dua ibu dan bayi selamat...doakan saya juga
> ya, KAMISAH SIRAJ.  Anak
> pertama masuk 10 bulan, InsyaAllah, kami merancang
> untuk menambah bilangan
> lagi satu kerana usia kami berdua lepasan 35
> tahun....InsyaAllah.
> 
> Jazakallahu khairan kasiro..
> 
> ----- Forwarded by Kamisah Siraj/OPS/CLPHQ/CLP on
> 13/12/2006 11:37 AM -----
>                                                     
>                                                     
>  
>                       @                             
>                                                     
>  
>                       Sent by:                 To:  
>     "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
>  
>                       [EMAIL PROTECTED]        cc:  
>                                                     
>  
>                       roups.com               
> Subject:  Help Palestine [hidayahnet] Kelahiran Anak
> Kedua  
>                                                     
>                                                     
>  
>                                                     
>                                                     
>  
>                       09/12/2006 05:13              
>                                                     
>  
>                       AM                            
>                                                     
>  
>                       Please respond to             
>                                                     
>  
>                       hidayahnet                    
>                                                     
>  
>                                                     
>                                                     
>  
>                                                     
>                                                     
>  
> 
> 
> 
> 
> Assalamualaikum warahmatullahâ€|
> 
> Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku
> bersaksi bahawa tiada
> Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada
> sekutu bagiNya dan aku
> bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan
> pesuruhNya. Selawat
> berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
> saw yang memiliki akhlaq
> terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat
> orang2 yang beramal soleh
> dan kesekalian dari kita.
> 
> Bismillahir Rahmanir Raheemâ€|
> 
> 21 November yang lepas saya kembali ke darat selepas
> bertugas selama 14
> hari di tengah lautan. Saya tiba di Johor Bahru
> kira-kira jam 8 malam.
> Dijadualkan untuk menghadiri satu mesyuarat
> jawatankuasa kerja kesatuan
> pada hari Khamis, maka pada malam keesokan harinya
> saya berangkat pula ke
> Kuala Lumpur. Pada rancangannya, saya akan ke
> Tanjung Karang selesai
> mesyuarat untuk mengambil kereta saya yang baru siap
> selepas kemalangan.
> 
> Disebabkan saya mahu ke Tanjung Karang, maka isteri
> saya mahu menyertai
> saya kerana baginya inilah peluang untuk dia pulang
> ke kampung sempena cuti
> sekolah. Lagipun, isteri saya sedang sarat dan
> dijangka melahirkan anak
> kedua kami pada 20 Disember nanti. Saya hanya
> bersetuju kerana pada fikiran
> saya tidak ada bahaya yang boleh berlaku walaupun
> tidak digalakkan oleh
> doktor untuk berjalan jauh dalam keadaan sarat
> sebegitu.
> 
> Keesokan paginya (Khamis, 23 November), kami tiba di
> Kelang dengan menaiki
> bas ekspress. Mengikut rancangan kami, isteri dan
> anak saya akan ke rumah
> kakak ipar saya di Teluk Panglima Garang dan
> menunggu saya di sana sebelum
> kami bersama bergerak ke kampung di Tanjung Karang.
> Selepas mendapatkan
> teksi untuk membawa anak dan isteri saya ke Tanjung
> Karang, saya bergegas
> mendapatkan bas ke Kuala Lumpur.
> 
> Mesyuarat pada hari itu agak panas kerana
> membabitkan pelan yang memberi
> kesan kepada keseluruhan golongan pekerja selain
> sedikit briefing berkenaan
> kejadian helikopter terhempas tempohari (insyaAllah
> akan saya ceritakan
> dalam artikel berasingan). Oleh kerana panasnya isu
> dan banyaknya perkara
> yang diperbincangkan, mesyuarat gagal ditamatkan
> sebelum jam 5 petang.
> 
> Melihat waktu sudah hampir pukul 6, saya
> meninggalkan mesyuarat sebelum
> ianya tamat kerana tidak mahu sampai ke rumah kakak
> ipar saya terlalu
> lewat. Dan malam itu saya tiba di rumah kakak ipar
> saya sekitar jam 9
> malam. Naqibah masih belum tidur. Kami menukar
> rancangan untuk pulang ke
> kampung pada keesokan harinya memandangkan hari
> telah larut malam dan
> kesukaran untuk mendapatkan kenderaan untuk ke rumah
> mertua saya.
> 
> Pada pagi Jumaat (24 November), kami bergerak ke
> kampung dengan menaiki
> teksi. Waktu kami tiba, imam masih belum memulakan
> khutbahnya. Lalu saya
> bergegas ke masjid dan Alhamdulillah, sempat
> menunaikan solat Jumaat tanpa
> meninggalkan khutbah. Pulang dari masjid, isteri
> saya mengadu kesakitan
> pada tempat peranakannya dan ada kesan darah.
> “Mungkin sebab letih jalan
> jauh agaknya� tutur isteri saya cuba menenangkan
> saya.
> 
> Kebetulan, kereta saya pula tidak dapat dikeluarkan
> dengan segera.
> Kerja-kerja baik pulih telah beres hanya kelulusan
> dari pihak insurans yang
> belum selesai. Akhirnya, pada petang itu pihak
> bengkel membenarkan saya
> mengambil kereta dan memberitahu bahawa saya perlu
> datang lagi ke bengkel
> itu untuk menandatangani dokumen pelepasan dari
> insurans. Jadi pada malam
> itu juga kami berangkat ke Johor Bahru.
> 
> Dalam pada itu, keadaan isteri saya tetap dipantau.
> Katanya, kesan darah
> sudah mula berkurangan tetapi pergerakan bayi di
> dalam perut juga menjadi
> semakin perlahan. Akhirnya kami mengambil keputusan
> untuk berjumpa dengan
> doktor pada pagi keesokan harinya (Ahad, 26
> November) bagi mendapatkan
> pengesahan dan mendapatkan nasihat apa yang terbaik
> harus kami lakukan.
> 
> Setelah menceritakan apa yang berlaku kepada Dr.
> Noraini, beliau segera
> melakukan imbasan pada perut isteri saya. “Bayi
> normal. Berat dan besarnya
> juga normal.� kata doktor membuatkan saya sedikit
> lega. Kemudian saya
> katakan kepada doktor bahawa semenjak pagi bayi kami
> sudah tidak bergerak
> lagi. Dr. Noraini berfikir sekejap sebelum berkata
> “Masuk wadlah. Nampak
> normal tapi kita tak tahu keadaan dia di dalam
> tu�.
> 
> Waktu itu baru jam 1 tengahari. Isteri saya
> dimasukkan ke dalam satu bilik
> yang saya tidak tahu apa namanya. Di situ, perut
> isteri saya dililit dengan
> sejenis tali yang lebar yang kemudiannya dihubungkan
> kepada satu mesin yang
> mencetak graf yang juga saya tidak tahu apa
> maknanya. Jururawat yang
> bertugas memerhatikan graf tersebut kemudian berkata
> “Eh! Ada sakit niâ€|â€?
> membuatkan saya bertambah keliru.
> 
> Ketika itu Naqibah ada bersama saya. Saya bertanya
> kepada jururawat yang
> bertugas tentang keadaan isteri saya dan dia
> menasihatkan saya untuk pulang
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Reply via email to