Serah kuasa logo halal kepada Jakim sedang disiapkan KUALA LUMPUR 11 Dis. Satu memorandum berhubung penyerahan kuasa pengeluaran logo halal oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang disiapkan dan akan dihantar kepada jemaah menteri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, menurut apa yang telah diputuskan pada mesyuarat Menteri-Menteri Besar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Mac lalu, JAIN semua negeri telah bersetuju menyerahkan kepada Jakim untuk mengeluarkan sijil halal yang standard. Setakat ini kuasa itu masih belum diberi sepenuhnya kepada Jakim, katanya ketika menjawab soalan daripada Senator Wan Ubaidah Omar pada persidangan Dewan Negara hari ini. Berhubung penguatkuasaan logo halal kedua-dua badan itu, Abdullah berkata, ia dilakukan berdasarkan pengaduan dan juga pemeriksaan berkala. Katanya, bagaimanapun penggunaan logo halal adalah pilihan dan bukan paksaan. Jadi, kalau ada permohonan, kita akan pergi dan jika pegawai berpuas hati dengan operasi sesuatu premis menurut standard yang ditetapkan, kita akan keluarkan sijil halal, katanya. Ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Dayang Mahani mengenai logo halal yang diklon, Abdullah berkata, logo halal Jakim mempunyai ciri-ciri tertentu untuk memastikan bahawa ianya tidak mudah diklon atau disalahgunakan. Tetapi menurutnya, dalam Akta Perihal Dagangan seseorang itu masih boleh menggunakan logo halal mereka sendiri. ???? Ini merupakan suatu kebebasan atau lompang dalam undang-undang. Mereka boleh menggunakan (logo sendiri) asalkan barang-barang yang dikeluarkan itu benar-benar halal. (Ini satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.. macam mana dia boleh hidup aman dengan terlalu banyak kes pemalsuan logo juga penipuan barangan yang tidak halal dilabel hala) Sekiranya tidak, tindakan boleh diambil di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, katanya.
Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com