Mohon pandangan...

Sumber ;  http://www.surau.ladang.net/modules.php?name=News&file=article&sid=442

Surat terbuka seorang budak kepada Mufti Perlis Friday, December 22 
Assalamualaikum wrkt Yang Berbahagia Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin. Di 
harap sihat dan masih berada di dalam landasan ALLAH SWT. Pertama sekali jangan 
pedulikan siapa hamba. Hamba tiada nilai dan taraf di sisi Dr. Hamba kenal Dr 
(dari rupa semata) manakala Dr tidak mengenali hamba walau sudut apa sekalipun.
Surat terbuka seorang budak kepada Mufti Perlis
Friday, December 22 


Assalamualaikum wrkt Yang Berbahagia Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin.

Di harap sihat dan masih berada di dalam landasan ALLAH SWT. Pertama sekali 
jangan pedulikan siapa hamba. Hamba tiada nilai dan taraf di sisi Dr. Hamba 
kenal Dr (dari rupa semata) manakala Dr tidak mengenali hamba walau sudut apa 
sekalipun.

Cuma kerana ALLAH kita adalah sama, hamba terpanggil mencoretkan surat secara 
terbuka ini untuk kebaikan umat Islam semuanya. Insyaallah. 

Keduanya, walau agak lambat, hamba mengucapkan tahniah atas perlantikan Dr 
sebagai mufti Perlis yang baru dan muda. Ilmu itu terbahagi kepada 2. Teori dan 
praktikal (pengalaman). Rupa-rupanya usia bukan bukti ilmu seseorang itu (dari 
segi pengalaman).

Mufti Melayu. 

Yang berbahagia mufti yang dihormati. Walaupun Dr. berada di dalam ‘ahli 
agama’, manakala hamba berada di dalam bukan ‘ahli agama’, tetapi Dr. tetap 
berbangsa Melayu. Bangsa yang mempunyai saiz otak dan IQ yang kecil berbanding 
bangsa-bangsa utama dunia lain (Yahudi, Parsi, Rom, China dan lain-lain) 

Dan kita sebagai bangsa yang bo-doh ini amat bergantung kepada petunjuk dari 
ALLAH. ALLAHlah yang menunjuki kita. Semoga kita dipelihara oleh ALLAH dari 
kebodohan semulajadi kita.

Be muslim, not Malay. Islam is universal. 

Jadi, jika kita masih mempunyai isme-isme ciptaan manusia yang disekutukan 
dengan Islam kita, maka, ALLAH tidak akan memberi kita petunjuk. Ini kerana 
ALLAH tidak mahu mereka yang mengaku muslim itu, terbukti berjaya apabila 
mengambil / menyekutukan / menambah, satu ajaran ciptaan manusia. ALLAH yang 
menjaga kesucian / keagungan agamaNYA. 

Mudah katanya, jika Dr. masih tidak mampu membuang fahaman isme nasional yakni 
perjuangan Melayu, Dr. tidak akan mendapat keistimewan dari ALLAH yakni, 
petunjuk.

Wallahualam. 

Mengapa hamba berkata demikian. Mari kita lihat.

Perkara kurang enak. 

Sebelum itu, hamba terpaksa memberitahu Dr. sesuatu yang sememangkan 
mendatangkan satu perasaan kurang enak. Walau kepada Dr. sendiri, mahupun 
kepada mereka yang membacanya. 

Ini adalah penting bagi membuatkan Dr. tidak memandang rendah terhadap surat 
hamba ini. Dan perkara yang kurang enak itu ialah, hamba dianugerahkan ALLAH 
nilai IQ yang tinggi sehingga 3 kali ganda syarat menjadi agen CIA. 
(Nauzubillah. Lindungiku dari riak) 

Dengan anugerah ALLAH ini, hamba rasa bertanggungjawab menjelaskan kepada semua 
mengenai apa yang berlaku dari kaca minda hamba ini. Bagaimanapun, hamba tidak 
menolak, hamba melakukan kesilapan. Hamba akan jelaskan 2 sebab. 

1. Siapa yang melantik? 

Yang Berbahagia Mufti. Mungkin Dr. sudah membuat keputusan berdasarkan satu 
penilaian yang paling tepat yakni solat istikarah. Sudah tentunya Dr. lebih 
arif.

Tetapi, hamba cuba bawa Dr. dari sudut hamba. Sudut ini sememangnya tidak mampu 
difikirkan oleh Dr. atau Melayu standard Melayu itu tidak mampu membuang 
fahaman nasionalis mereka (tiada pentunjuk / dihijabkan)

Siapa yang melantik adalah satu perkara penting bagi menilai sesuatu keadaan. 
Mari kita lihat petikan ini.
_________________________________________ 

Bush mohon Abdullah selesaikan perbalahan di Iraq, Lebanon
CARACAS 19 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan Presiden Amerika 
Syarikat, George W. Bush menghubunginya minggu lalu untuk meminta beliau 
membantu membaiki keadaan konflik antara mazhab Sunah dan Syiah yang semakin 
buruk di Iraq dan Lebanon.
_________________________________________

Siapa yang melantik?

UMNO telah difatwakan murtad / kafir oleh sekumpulan ulama dan sehingga kini 
tidak ditarik balik fatwa tersebut. Jangankan kata ditarik balik, malah, cuba 
mempertikaikan secara ilmiah pun tidak berani.

Siapa yang melantik?

Jika seorang gila melantik Dr. menjadi sesuatu, setiausaha orang gila 
contohnya, apa status perlantikan tersebut?

Siapa yang melantik?

Jika Ayah Pin melantik Yusuf Al-Qadrawi menjadi mufti kumpulan / gerakannya, 
apa status mufti tersebut?

Siapa yang melantik?

Bangsa Melayu adalah bangsa yang bo-doh.

Terkejut? Baru menyedari?

: )

Yang Berbahagia Mufti. Walaupun mempunyai Dr. dihadapan nama, Melayu itu adalah 
rendah IQnya secara standard. Kita lihatlah filemnya. Walaupun dibuat oleh 
Profesor. Kita lihatlah lagunya. Lihatlah sukannya. Lihatlah pemerintahannya. 
Lihatlah ekonominya.

Sebab itu kita memerlukan Islam. Masuklah Islam itu sepenuhnya. Bagaimanapun 
jika kita solat istikarah 4000 rakaat sekalipun, tetapi jika kita masih 
menyekutukan Islam itu dengan fahaman kebangsaan (Melayu), maka, ALLAH sahaja 
yang lebih tahu.

Be muslim, not Malay. Islam is universal.

: )

2. Strategi membina imej / nama.

Yang Berbahagia Mufti. Hamba bahagikan ilmu itu kepada 2. Satu, ilmu agama 
pokok. Dua ilmu agama cabang (Sains / Mate / dan sebagainya).

Dan hamba bahagikan orang yang memiliki ilmu agama cabang itu kepada 2. Satu, 
belajar. Dua, menemuinya.

Manakala Dr. pula, hamba andaikan berada dalam kategori satu, yakni belajar. 
Mungkin Dr. sudah membaca buku-buku strategi dunia. Dan mendapat ilmu 
daripadanya.

Bagaimana dengan hamba? Di atas beberapa sebab, hamba kongsikan zaman jahiliah 
hamba semasa berada dalam tingkatan 4.

Zaman jahiliah.

Hamba adalah anak yang lasak / nakal. Hamba belajar di salah sebuah sekolah 
teknik. Tinggal di asrama. Di asrama, segala jenis manusia sebaya, dari seluruh 
pelusuk negara berhimpun. Siapa yang mendominasi maka orang itu mempunyai 
ketahanan yang paling tinggi.

Seperti tajuk 2, strategi membina imej, hamba merangka strategi bagaimana 
mendominasi sekumpulan sebaya. Langkah pertama ialah membina nama / imej.

Bagaimana? Inilah bezanya mereka yang belajar ilmu dan mereka yang menjumpai 
ilmu. Hamba namakan strategi ini : TKTS. Tangkap Kepala, Tangkap Semua.

Dipendekkan cerita, hamba dan kumpulan (rakan-rakan yang telah diikatjanji), 
telah mencabar (dengan isu yang dipilih) kumpulan yang mendominasi keseluruhan 
pelajar asrama, tingkatan 4 dan 5, lelaki dan wanita, selepas bermulanya 
penggal kedua. Terjadilah pergaduhan.

Walaupun hamba dan kumpulan tewas secara fizikal, tetapi hamba menang secara 
imej. Kumpulan senior dihukum pihak sekolah. Dan ianya melibatkan kes polis. 
Hasilnya?

Imej hamba meningkat. Tidak perlu beratur mendapatkan makanan. Menguasai 
pasaran rokok pelajar tingkatan 4, memegang lessen ‘fly’ / ‘runner’, bagi 
tingkatan 4, menentukan ketua asrama (bagi blok hamba sahaja) dan pelbagai 
perkara lain tanpa berani ditegur oleh pelajar senior.
Soalnya ialah bagaimana mahu mengelakkan diri daripada diketahui warden atau 
guru sahaja.

Dan inilah strategi anda, Yang Berbahagia Mufti.

1. Untuk mendapatkan imej sebagai hero Islam tulen, maka kamu menggunakan 
tektik TKTS (nama mungkin berbeza jika Dr. belajar dari buku Inggeris). Kamu 
tangkap kepala Islam tiruan bernama Astora Jabat. Wah! MAZA berdebat dengan 
Astora tuuuuu. Hebat. Bravo.

2. Kamu melaung-laungkan isu-isu seperti Wahabi, Sunnah, Bidaah. Wah! MAZA 
hebat mempertahankan Islam.

3. Kemuncaknya, kamu dilantik oleh Nasionalis bernama Datuk Seri Shahidan 
sebagai mufti. (Nasionalis melantik ketua Islamis?)

4. Saat gemilangnya kamu membina nama ialah mengeluarkan kenyataan media 
terhadap khalwat. Macam Najib dengan istilah Glokalnya, Paklah dengan istilah 
Hadharinya. Semuanya ini adalah strategi membina imej.

Jika Dr. tidak mencari nama.

1. Dr. tidak akan menjadi orang yang mencari publisiti murahan. Tidak memilih 
menyampaikan kalam ALLAH yang 'kontroversi' di dada akhbar, sebagai jalan 
paling utama. Tidak mungkin IQ Dr. terlalu rendah untuk menilai kebebasan / 
kejujuran akhbar di zaman sekarang. Tidak mungkin IQ Dr. terlalu rendah untuk 
mempertimbangkan akhbarkah jalan terbaik / utama / nombor satu bagi 
menyampaikan teguran. Tidak mungkin IQ Dr. terlalu rendah untuk menilai sesuatu 
yang boleh mencetuskan kontroversi atau tidak.

Malangnya, ini tidak membantu publisitiku.

2. Dr. sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa agama terlebih 
dahulu. Rendahkan diri dengan menemui mereka, bukannya memanggil mereka. Demi 
ALLAH tercinta. Bincang elok-olok. Kemudian kumpulkan mufti-mufti dan ahli 
agama membincangkan perkara ini. Dan dapatkan jalan penyelesaian. Semuanya 
dilakukan secara tertutup terlebih dahulu.

Malangnya, ini tidak membantu publisitiku.

3. Tidak membincangkan perkara-perkara furu' di situasi genting sebegini. 
Hormati gerakan Islam yang berbeza dari segi furu', dalam pada masa yang sama 
mengikat anak-anak murid Dr. ketegasan Dr. mengenai furu'. Bukan berkokok di 
sana-sini.

Malangnya, ini tidak membantu publisitiku.

Perkara yang boleh diandaikan melalui keterangan di atas.

Sebenarnya hamba tidak mahu memasuki perkara yang paling rumit. Melayu ini 
semakin pening, dan bertambah pening. Tetapi, ambillah ini sebagai pengetahuan 
sahaja. (jangan percaya)

Cuma tujuannya, hasil tindakan 'IQ tinggi' Dr. ini, inilah hasilnya :

1. Kes kesilapan membabitkan pelancong itu adalah sesuatu yang terancang. 
Mengapa pelancong Amerika?

1.1 Pelancong Amerika kita pilih kerana mereka menguasai dunia dari segi media. 
Dengan perkara yang amat dinantikan ini, maka, imej Islam akan diserang lebih 
hebat.

Sebenarnya, apa pun kita buat, buatlah dengan apa yang ALLAH turunkan. 
Pedulikan imej yang dilemparkan mereka. Cantik pun salah, tak cantik pun salah. 
Yang kamu sibuk-sibuk dengan pandangan kuffar ini mengapa? Kamu ditundukkan 
dengan mudah sebenarnya. Mereka lebih penting dari kita mengikut acuan ALLAH.

1.2 Pelancong Amerika dipilih kerana ekonominya. Dengan jumlah dagangan dua 
hala Malaysia-Amerika yang berbilion, tambahan pula dalam sektor perlancongan, 
tambah pula Menteri Perlancongan berjantungkan duit, inilah pilihan yang sesuai.

Sebenarnya, umat Islam itu terkena penyakit cintai dunia dan takutkan mati. 
Agak-agak Dr. lah, jika Dr. diuji ALLAH tanpa air-cond, tanpa pejabat, tanpa 
pendapat mewah, tanpa nama, tanpa publisiti, berubahkah nada Dr.?

: )

Tidakkah bo-doh Melayu itu?

Patutlah berzina bertubi-tubi oleh Kerajaan Hindu Lama, Siam, Portugis, Belanda 
(Nusantara),British, individu pon boleh juga (James Brooke / Francis Light), 
syarikat pon boleh (Syarikat Hindia Timur), Jepun, komunis, Bintang 3 dan 
British semula.

Eh, belum habis lagi Dr. Singapura dan yang terbaru Pulau Batu Putih dan yang 
akan datang Pulau Pinang. Masuk-masuk sahaja (ketua Islam yang dilantik oleh 
Nasionalis), Dr berkokok bab khalwat. Dr. memang 'Dr.'

2. Suara Dr. yang mendapatkan tempat serta-merta di media Islam Liberal, dan 
dijadikan 'dalil' oleh Sister In Islam, boleh 'menghidukan' mereka ini 
terlibat. Malah Dr. sendiri adalah seakan-akan pelakon utama masa ada sengaja 
atau tidak sengaja. (pembaca jangan percaya. Cuma hamba mahu memberitahu Dr. 
ini supaya bijak sedikit. Anda ibarat membawa Islam di kepala kamu)

Yang Berbahagia Mufti. Inilah tanggungjawab hamba dengan anugerah ALLAH, hamba 
menegur Dr supaya kelak Dr. pula menegur hamba. Janganlah dipandang umur hamba 
yang berusia 25 tahun untuk dibandingkan dengan umur Dr. Jika hamba ini 
berfahaman seperti Dr, yakni belajar tinggi-tinggi kemudian kerja kerajaan, 
hamba boleh buat sehingga super duper tahap gaban Profesor pun. (secara 
manusia).

Nasihat kepada Yang Berbahagia Mufti.

Janganlah kita melanggar segalanya termasuk ALLAH dalam kita membina imej. 
Janganlah dikejar imej itu. Jawatan mufti (Nasionalis melantik ketua Islamis) 
itu adalah peperiksaan dari ALLAH. Syurga dan neraka.Menjadi mufti (Nasionalis 
melantik ketua Islamis) itu kerana imej atau ALLAH?

******************************************************

Sajak buat Yang Berbahagia Mufti. 

IMEJ

Kini ilmuku penuh di dada
Malangnya imejku secebis di dada
Apalah ertinya ilmu di mata
Jika tiada imej yang terbina 

Lihatlah imej Islam di saat ini
Apakah ertinya semua ini
Dimanakah ilmu di sana sini
Tatkala imej semakin menghantui 

Ah! Islam itu diimejkan melalui pedang
Perlu diubahsuai mengikut pandangan orang
Jihad itu bukan perang, bukan pedang
Ubahsuai Islam asalkan hati senang 

Ah! Islam itu diimejkan berlebai malang
Perlu diubahsuai mengikut pandangan orang
Kini songkok, kot, Mercedes mata berlalang
Mana yang tidak Islamnya temberang

Ah! Islam itu diimejkan mengintip orang
Perlu diubahsuai mengikut orang
Kini yang maksiat tertutup jangan dilarang
Imej itu perlu dimata orang

****************************************************** 

Wallahualam
AdukaTaruna"

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke