Perjanjian tol wujudkan ‘mesin buat duit’ Beh Lih Yi - Jan 4, 07 Pembangkang hari ini mendakwa perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Litrak, jelas berat sebelah dan tidak dilakukan demi kepentingan awam.
Perjanjian tersebut didraf sebegitu rupa di mana ia memberi kuasa yang sedikit kepada kerajaan tetapi sebaliknya menjadi Litrak ‘mesin membuat wang’, kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Menurut satu dokumen yang didedahkan oleh Tian yang turut mendakwa perjanjian setebal 200 muka surat itu ditandatangani pada 23 April 1996, antara Kerajaan dengan Litrak, ia membenarkan syarikat konsesi itu meneruskan kutipan tol tidak kira sama ada ia mengaut keuntungan ataupun sebaliknya. Beliau mendakwa, kerajaan tidak mempunyai banyak kuasa dalam perjanjian tersebut, sedangkan syarikat konsesi boleh meneruskan kutipan tol, tidak kira berapa banyak kutipan yang telah dibuat. “Ini sangat berbeza dengan konsep lama pengswastaan di mana syarikat konsesi dibenarkan membuat kutipan dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas itu, plaza tol akan ditutup dan syarikat konsesi perlu menyerahnya balik kepada kerajaan,” tambahnya. Pemimpin DAP, Ronnie Liu yang turut hadir berkata, syarikat Litrak yang ada kaitan dengan Umno itu, telah memperolehi semula kos pembinaan lebuhraya itu tiga tahun selepas ia mula beroperasi dan mencatatkan keuntungan sejak tahun 2002. Menurut laporan tahunan Litrak bagi 2006, syarikat tersebut mencatat rekod baru dengan perolehan kutipannya sebanyak RM243 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2006, dengan keuntungan bersih sebanyak RM80 juta. Kadar tol tetap Sementara itu, Tian juga mendakwa, kerajaan telah ‘berbohong’ apabila mengatakan ia sedang berunding dengan syarikat konsesi untuk mengurangkan kadar tol, sedangkan kadarnya telah ditetapkan di bawah perjanjian untuk keseluruhan tempoh konsesi selama lebih 30 tahun sejak 1998. Sebagai contohnya, di bawah jadual bayaran tol yang dipersetujui, kenderaan kelas 1 yang menggunakan LDP perlu membayar RM1.50 dari tahun 1998 hingga 2006, RM2.10 dari tahun 2007 hingga 2015 dan RM3.10 bagi tahun 2016 hingga akhir tempoh konsesi. Pemimpin PKR itu berkata, cara pengiraan kos yang dibuat adalah tidak telus dan tidak juga diperjelaskan. “Tidak ada ruang untuk membuat penyesuaian dalam perjanjian ini. Ini adalah satu lagi kontrak kerajaan yang tidak memberi faedah kepada rakyat,” kata Tian, sambil berkata, beliau percaya perjanjian konsesi lebuhraya yang lain juga adalah sama dengan perjanjian Litrak yang diperolehinya. Oleh itu, beliau menggesa kerajaan supaya mendedahkan segera baki perjanjian konsesi itu untuk diperiksa oleh rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa kerajaan telah menandatangani perjanjian yang terbaik dengan syarikat konsesi lebuhraya. Gubal akta maklumat Ditanya bagaimanakah dia memperolehi perjanjian tersebut, Tian tidak menjawab secara terus terang. “Orang yang memberikan kontrak itu kepada kami mengambil risiko yang besar. Pihak berkuasa mungkin telah meletakkan cop Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada perjanjian kemudiannya dan OSA boleh dikuatkuasa secara tinjau balik (retrospective). Bagaimanapun, kami terpaksa mengambil risiko itu demi kepentingan awam,” katanya. Dalam hubungan ini, Bendahari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut hadir, menggesa kerajaan supaya menggubal Akta Kebebasan Maklumat untuk melindungi pengaliran maklumat secara bebas dan mereka yang mendedahkannya. Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah barisan pemimpin PKR – Dr Xavier Jeyakumar, Dr Sanusi Osman – Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan anggota gabungan Bantahan Kenaikan Tol di Lembah Klang. Pada 14 Disember lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan kadar baru tol di lima lebuhraya – LDP, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie – yang dinaikkan antara 20 hingga 60 peratus berkuatkuasa 1 Januari lalu. Pengumuman itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional – MCA – yang mengadakan demonstrasi Jumaat lalu di lebuhraya LDP, manakala gabungan parti pembangkang dan pertubuhan sivil merancang mengadakan bantahan besar-besaran Ahad ini. Berita asal English article: Toll agreement: Secret document revealed The opposition today charged that the agreement between the government and Litrak - the concessionaire for the Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) highway - was clearly “lopsided and not done in the best interest of the people”. The agreement was drafted in such a way that it gives the government very little power but turns Litrak into a money-making machine, Parti Keadilan Rakyat (PKR) information chief Tian Chua told a press conference in Kuala Lumpur today. According to a secret document revealed by Chua, it allows the concessionaire to continue collecting toll irrespective of whether the company is reaping profits or making losses. [view video here] “The government has very little power under the agreement. The concessionaire can continue to collect toll irregardless of how much collection it has made. “This is very different from the old concept of privatisation where the concessionaire was allowed to make certain collections over a stipulated period. After that, the toll gates should be closed down and the concession should be handed back to the government,” he added. Chua said that the 200-page agreement signed on April 23, 1996, between the government and Litrak. DAP leader Ronnie Liu who was also present said the Umno-linked Litrak had recovered its highway construction cost three years after it started operation and recording profits from 2002 onwards. According to Litrak’s 2006 annual report, the company had set a new record after collecting RM243 million revenue for its financial year ending on March 31, 2006 while recording a net profit of RM80 million. Fixed toll rates Meanwhile, Chua accused the government of “lying” when it said that it was negotiating with the concessionaire to reduce the toll rates as the rates have been fixed under the agreement for the entire concession period of over 30 years from 1998. For instance, under the agreed toll payment schedule, Class 1 vehicle (passenger car) using the LDP will have to pay RM1.50 from year 1998 to 2006, RM2.10 from year 2007 to 2015 and RM3.10 for the year 2016 to the end of the concession period. The PKR leader said the way the costing was done was not transparent and it was also not explained. “There is no room for adjustment in this agreement. This is another government contract which does not benefit the public,” stressed Chua, adding he believed that other highway concession agreements are similar to the Litrak agreement that he has obtained. He urged the government to immediately disclose the remaining concession agreements for public scrutiny in order to convince the people that the government has striked a ‘good deal’ with all the highway concessionaires. Enact information act Asked on how he has obtained the agreement, Chua did not answer directly. “People who passed on this contract to us take a lot of risks. The authorities might put the seal of the Official Secrets Act (OSA) on this agreement later and the OSA can be enforceable retrospectively. "However, we have to take this risk in the interest of the public,” he said. In this connection, PKR treasurer Khalid Ibrahim who was also present urged the government to enact a Freedom of Information Act to protect a free flow of information and the whistleblower. Also present at the press conference were PKR leaders Dr Xavier Jeyakumar, Dr Sanusi Osman, PAS treasurer Dr Hatta Ramli and other members of the ad-hoc coalition of ‘Protest Toll Hike’ formed to oppose the recent toll hike at five major highways in the Klang Valley. On Dec 14, the government announced that the toll rates for the five highways - LDP, Shah Alam Highway, Cheras-Kajang Highway, Kuala Lumpur-Karak Highway and Guthrie Corridor Expressway - will rise between 20 to 60 percent effective Jan 1 [see chart below]. The unpopular move elicited strong reactions from various groups, including the ruling MCA which has staged a protest last Friday along the LDP while the opposition and civil groups have planned for another mass protest this Sunday. CAP turut desak k’jaan dedahkan syarat perjanjian konsesi tol Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut mendesak kerajaan supaya mendedahkan syarat-syarat dalam perjanjian tol dengan pelbagai syarikat konsesi lebuhraya. Ini berikutan pendedahan mengenai perjanjian tol yang berat sebelah antara kerajaan dengan Litrak dan membebankan rakyat, kata Pengerusinya, SM Mohamed Idris hari ini. Katanya, selaku pembayar cukai, rakyat patut mengetahui semua syarat-syarat dalam sebarang perjanjian yang membabitkan kerajaan. Ini kerana akhirnya rakyatlah yang terpaksa menanggung beban kewangan akibat perjanjian seumpama itu, katanya dalam satu kenyataan. Katanya, sebarang perjanjian yang mengandungi syarat-syarat yang tidak adil dan tidak menguntungkan rakyat harus dipinda segera, sama ada melalui rundingan atau sebaliknya. Oleh itu, Mohamed Idris berkata, kenaikan kadar tol baru-baru ini sepatutnya dihentikan sehingga siasatan penuh mengenainya dijalankan. Semalam, malaysiakini melaporkan dakwaan pembangkang bahawa perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Litrak, adalah berat sebelah dan tidak dilakukan demi kepentingan awam. Mesin wang Laporan itu memetik Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua sebagai berkata, perjanjian tersebut didraf sebegitu rupa di mana ia memberi kuasa yang sedikit kepada kerajaan tetapi sebaliknya menjadi Litrak ‘mesin membuat wang’, kata Menurut satu dokumen yang didedahkan oleh Tian, perjanjian tersebut membenarkan syarikat konsesi itu meneruskan kutipan tol tidak kira sama ada ia mengaut keuntungan ataupun sebaliknya. Beliau mendakwa, kerajaan tidak mempunyai banyak kuasa dalam perjanjian tersebut, sedangkan syarikat konsesi boleh meneruskan kutipan tol, tidak kira berapa banyak kutipan yang telah dibuat. “Ini sangat berbeza dengan konsep lama pengswastaan di mana syarikat konsesi dibenarkan membuat kutipan dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas itu, plaza tol akan ditutup dan syarikat konsesi perlu menyerahnya balik kepada kerajaan,” tambahnya. Tian juga mendakwa, kerajaan telah ‘berbohong’ apabila mengatakan ia sedang berunding dengan syarikat konsesi untuk mengurangkan kadar tol, sedangkan kadarnya telah ditetapkan di bawah perjanjian untuk keseluruhan tempoh konsesi selama lebih 30 tahun sejak 1998. Sebagai contohnya, di bawah jadual bayaran tol yang dipersetujui, kenderaan kelas 1 yang menggunakan LDP perlu membayar RM1.50 dari tahun 1998 hingga 2006, RM2.10 dari tahun 2007 hingga 2015 dan RM3.10 bagi tahun 2016 hingga akhir tempoh konsesi. Pemimpin PKR itu berkata, cara pengiraan kos yang dibuat adalah tidak telus dan tidak juga diperjelaskan. Pada 14 Disember lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan kadar baru tol di lima lebuhraya – LDP, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie – yang dinaikkan antara 20 hingga 60 peratus berkuatkuasa 1 Januari lalu. Pengumuman itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional – MCA – yang mengadakan demonstrasi Jumaat lalu di lebuhraya LDP, manakala gabungan parti pembangkang dan pertubuhan sivil merancang mengadakan bantahan besar-besaran Ahad ini. Litrak’s RM80 mil profit and still counting... Highway concessionaire Litrak is raking in millions of ringgit in profit and as such there is no need for it to seek a rise in the toll rate, charged opposition party DAP today. Litrak - which operates the Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) highway - will be the biggest beneficiary of the Jan 1 toll hike with an increase of 60 sen under the new rates. The company’s 2006 annual report revealed that it recorded a nett profit of RM80 million, an increase of 43 percent from its nett profit at RM56 million in year 2005. The report further showed that Litrak had set a new record after collecting RM243 million revenue for its financial year ending on March 31, 2006, as opposed to RM227 million it collected for the year before. By disclosing these figures today, DAP Selangor chief Ong Chee Keng urged Litrak to reconsider its drastic toll hike from RM1.00 to RM1.60 which will be implemented from next Monday. “They are making profit, not losses,” he told reporters after leading a nine-member delegation comprising DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR) leaders submitting a memorandum to the Litrak headquarters at Petaling Jaya this morning. The LDP, which was completed in December 1999, has four toll plazas. It is also receiving compensation from the government to keep the toll rates down. Put off the new rate Ong urged Litrak to put off the introduction of the new toll rate pending the world oil price to become stable so that it would not have an adverse effect on the road users. He also demanded that concessionaire reduce traffic congestions at the toll plazas along the LDP highway during peak hours. The opposition party also urged the authorities to build alternative roads before the toll plazas or allowing U-turn before these toll plazas along the LDP highway. “Since 10 years ago, the government has stopped building any new highway without toll but on the other hand, we still have to pay the road tax,” noted Ong. The one-page memorandum was received by Litrak communications manager Zuhri Iskandar Kamarzaman. Earlier, the ruling MCA also held a brief protest against the toll hikes at the same venue. The opposition, trade unions and non-governmental organisations are scheduled to hold a mass protest along the LDP on Jan 7 should the government fail to review its decision. On Dec 14, the government announced that the toll rates for five major highways in the Klang Valley will rise between 20 to 60 percent effective Jan 1. The five are: LDP, Shah Alam Highway, Cheras-Kajang Highway, Kuala Lumpur-Karak Highway and the Guthrie Corridor Expressway. --------------------------------- (Berhati-hati..sebab sekarang tengah Kempen Melawat Malaysia, from previous cases.. pihak FRU tidak akan memberi masa yg banyak untuk bersurai.. mereka akan terus belasah samada ada keluarga, budak kecil, kerana rakyat Malaysia sebenarnya bahagia dan gembira dgn kenaikan toll, minyak dsbnya..) Hak rakyat bersuara, Perhimpunan bantahan kenaikan tol Ahad ini Gabungan parti pembangkang, kesatuan dan pertubuhan bukan kerajaan akan mengadakan perhimpunan membantah kenaikan kadar tol di lima tol sekitar Lembah Klang Ahad ini. Gabungan yang dikenali ‘Protes Kenaikan Tol’ akan mengadakan perhimpunan itu pada jam 4 petang di depan Kompleks Membeli-belah Sunway Piramid, Subang Jaya. Sehubungan itu, setiausahanya, Dr Hatta Ramli menyeru orang ramai supaya turun beramai-ramai bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan kerajaan itu. “Gabungan amat kecewa dengan kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas sehingga hari walaupun satu memorandum bantahan kenaikan tol diserahkan kepada Perdana Menteri tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Gabungan juga, tegasnya, telah mengadakan satu ceramah umum untuk membantah kenaikan tol pada hari yang sama. Dedah kontrak “Gabungan berpendapat bahawa sikap kerajaan yang tidak mempedulikan tuntutan rakyat dalam isu kenaikan tol telah bercanggahan dengan pendirian Perdana Menteri yang ingin dengar kata-kata benar daripada rakyat,” tambahnya. Tiga tuntutan yang dikemukakan oleh gabungan adalah: – Pendedahan kesemua kontrak di antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuhraya. – Kenaikan kadar tol yang diumumkan mulai 1 Januari lalu harus digantung. – Pendedahan semua pendapatan yang diaudit, yang dipungut oleh setiap syarikat konsesi lebuhraya. Gabungan itu, kata Dr Hatta, menuntut kerajaan menjawab persoalan dan tuntutan rakyat dengan jujur kerana kenaikan tol itu akan membebankan warga Lembah Klang serta melibatkan kontrak antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuhraya. ------------- Isu jambatan dijangka hangatkan pilihanraya Batu Talam Muda Mohd Noor Isu pembinaan jambatan batu di Kampung Gersing yang tertangguh sejak 20 tahun lalu dijangka menjadi bahan hangat kempen dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam dalam daerah Raub, Pahang hujung bulan ini. Kerusi Batu Talam kosong berikutan kematian wakilnya Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 66, dari Barisan Nasional (BN) akibat kanser paru-paru pada 27 Disember lalu. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 16 Januari ini dan jika berlaku pertandingan, pengundian akan diadakan pada 28 Januari. Menurut ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Raub, Datuk Sulaiman Ahmad, kerajaan negeri telah berjanji untuk membina jambatan tersebut sejak Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) lagi. “Penduduk sangat kecewa kerana jambatan yang dijanjikan itu belum dibina walaupun sudah 20 tahun berlalu...mereka tidak tahu sehingga bila perlu menanti,” katanya. Tanpa jambatan tersebut, katanya, penduduk terpaksa bergantung kepada sebuah jambatan gantung yang menghubungkan Kampung Gersing ke Kampung Sengkala dan untuk ke pekan Batu Talam. Tidak puas hati “Kerana kecewa ramai penduduk yang berpindah walaupun mereka sudah berpuluh tahun tinggal di Kampung Gersing dan Kampung Sengkala,” katanya. Sulaiman berkata, 20 tahun lalu jumlah penduduk Kampung Gersing dan Kampung Sengkala serta beberapa kampung sekitarnya dianggarkan seramai 200 keluarga, tetapi kini sudah meningkat kepada 700 keluarga. Katanya, kegagalan kerajaan negeri membina jambatan tersebut menjadi buah mulut penduduk setempat termasuk ahli-ahli Umno sendiri, yang tidak puashati dengan kelewatan pembinaannya. “Rakyat bosan kerana kerja-kerja mengukur tanah di Kampung Gersing untuk projek pembinaan jambatan tersebut sudah dilakukan beberapa kali, tetapi sehingga kini satu tiang pun tidak ada,” katanya lagi. Penduduk juga, katanya, turut menghantar surat rayuan kepada kerajaan negeri melalui ketua Umno bahagian itu, Datuk Shahiruddin Ab Moin yang juga Exco Kerajaan Negeri, tetapi juga tidak berhasil. Selain itu, tambahnya, penduduk di kebanyakan tempat di kawasan Batu Talam merungut kerana telefon bimbit tidak boleh digunakan di kawasan itu kerana tidak ada liputan. Liputan telefon bimbit Menurut Sulaiman lagi, isu pembinaan jambatatan serta masalah liputan telefon bimbit telah dibangkitkan dalam beberapa mesyuarat cawangan Umno Bahagian Raub pada Mei dan Jun tahun lalu. “Saya rasa pihak-pihak berkenaan perlu memberi perhatian terhadap kedua-dua masalah tersebut menjelang pilihanraya kecil nanti,” katanya lagi. Ditanya mengenai peluang BN dalam pilihanraya kecil itu, Sulaiman yakin BN akan menang kerana pengaruh PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sangat kecil kerana ahlinya tidak ramai. Semalam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan hari pembuangan undi untuk pilihanraya Dalam pilihanraya umum 2004, Tengku Paris mengalahkan calon PAS Mohamed Nilam Abdul Manap dengan majoriti 2,761 undi. Ada 10,866 pengundi berdaftar ketika itu. Bagaimanapun, jumlah itu menurun kepada 10,525 termasuk 14 undi pos yang terdiri daripada anggota polis yang berkhidmat di kawasan tersebut. Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com