KUALA LUMPUR ( 4 Jan): Kumpulan rock unggul tanah air, Search menarik diri 
daripada menyertai Konsert S2 Celebration yang dijadualkan berlangsung di 
Stadium Merdeka, jam 8 malam esok. Pengurus Besar Tiga Events Sdn Bhd (TESB), 
Alia HM Jally, berkata Search menarik diri pada saat akhir kerana bersimpati 
dan amat sensitif dengan keadaan banjir di Johor.  
   
   "Tempoh hari, kami mengumumkan penundaan konsert Search di Johor kerana 
keadaan yang melanda di negeri itu amat menyedihkan dan ia bakal diteruskan di 
Kuala Lumpur.   
   
  " Namun, selepas difikirkan, Search berasa tidak wajar meneruskan konsert 
bagi menyambut ulang tahun mereka, sedangkan orang Johor masih bersedih dengan 
musibah yang melanda" katanya pada sidang media Konsert S2 Celebration di 
Planet Hollywood Kuala Lumpur, semalam.   
   
   Bagaimanapun, katanya, konsert itu akan diteruskan dengan kehadiran kumpulan 
Slank dari Indonesia yang sepatutnya bergabung dengan Search.     Dalam pada 
itu, TESB juga mengumumkan menjemput kumpulan pop rock tanah air, Spider untuk 
bersama Slank di konsert berkenaan.    
   
  Alia berkata, mereka menghormati keputusan Search menarik diri walaupun pada 
saat akhir.    Penarikan diri Search dikhuatiri menimbulkan perasaan tidak puas 
di kalangan peminat kumpulan rock itu yang sudah membeli tiket.     
   
  Bagi menghadapi situasi ini, Alia berkata, peminat Search yang sudah membeli 
tiket dan ingin mengembalikannya semula boleh berbuat demikian bermula hari ini 
hingga 20 Januari. Borang permohonan boleh didapati di ibu pejabat Axcess 
Tickets Sdn Bhd atau sewaktu konsert berlangsung esok.    "Tiket yang ingin 
dikembalikan mestilah berada dalam keadaan asal atau masih belum digunakan." 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ibu Pejabat Axcess Ticket Sdn Bhd di 
talian 03-77115000.    "TESB juga mengumumkan tiket yang dahulunya berharga 
RM82 diturunkan kepada RM47. Ini bererti semua tiket untuk konsert ini boleh 
dibeli dengan satu harga sahaja iaitu RM47 dan masih boleh didapati di Stadium 
Merdeka sehingga hari konsert," katanya.   
   
   Sementara itu, Slank yang dianggotai Kaka (vokal), Bim Bim (dram), Abdee 
(gitar), Ridho (gitar/keyboard) dan Ivankan (bass) bakal menjadi penyanyi utama 
dan akan menyampaikan 18 lagu popular mereka.    Jurucakap Slank, Abdee 
berkata, mereka pada mulanya amat sedih dengan bencana banjir yang menimpa 
Johor dan penarikan Search pada saat akhir. Namun, selepas difikirkan, mereka 
perlu meneruskan konsert dan memberikan yang terbaik kepada peminat di 
Malaysia.    "Walaupun sedih kerana impian menyanyi di pentas yang sama dengan 
Search tidak kesampaian, ia bukan penghalang buat kami memberikan yang terbaik. 
Kami berharap peminat menghormati keputusan Search dan terus menyokong kami," 
katanya.
   
  Sumber : Harian Metro
   
  Ulasan: 
   
  BERTINDAK KERANA EMOSIONAL, BUKANNYA DIDORONG OLEH HUKUM SYARA'.
   
  Nampak seolah-olah tindakan penarikan diri kumpulan Search itu seperti suatu 
tindakan yang baik. Alasannya adalah simpati dan sensitif dengan keadaan banjir 
di Johor. Persoalan yang ingin kita lontarkan adalah, apakah ALASAN penarikan 
diri itu sesuatu yang syari' ataupun hanya lahir dari luahan emosional 
semata-mata yang terbit dari kejahilan kita mengenai hukum-hakam syara'.      
Dari sudut tidak meneruskan konsert itu adalah suatu yang baik tetapi apa yang 
ingin kita perbetulkan ialah sebagai seorang Islam apabila kita ingin melakukan 
sesuatu perbuatan itu ianya mestilah TERIKAT DENGAN HUKUM-HAKAM SYARA'. Kaedah 
syara' ada menyatakan 'ASAS KEPADA SESUATU PERBUATAN ADALAH TERIKAT DENGAN 
HUKUM-HAKAM SYARA'.      Yakinlah kita bahawa setiap apa yang kita[baik mahupun 
buruk] lakukan walaupun sebesar zarah akan dihisab oleh Allah SWT. Justeru itu 
perkara yang perlu diletakkan asas untuk menarik diri dari konsert itu 
selayaknya didasarkan kepada PERINTAH DAN LARANGAN, DOSA
 DAN PAHALA ATAUPUN REDHA DAN MURKA ALLAH SWT.      Jelas mengadakan konsert 
yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan seperti yang sering berlaku 
didalam konsert-konsert yang biasa dipertontonkan kepada umum saat ini adalah 
terang-terang sebagai suatu perkara yang HARAM. Inilah kekeliruan yang lahir 
dari kejahilan umat Islam itu sendiri terhadap apa yang diperintahkan dan apa 
yang dilarang oleh Allah SWT iaitulah tuhan yang menciptakan manusia, alam dan 
kehidupan.      Apakah selepas hilangnya banjir dan berlalunya kesedihan yang 
menimpa mangsa-mangsa banjir pada tahun-tahun akan datang akan membolehkan kita 
melakukan perkara-perkara yang haram? Sudah pasti jawabannya TIDAK. Inilah 
kesan apabila sebahagian pemikiran umat Islam saat ini tercampur baur dengan 
pemikiran yang tidak Islam.      Pemikiran umat Islam saat ini seumpama sebuah 
gelas yang dipenuhi dengan susu yang bercampur dengan racun. Inilah yang 
melahirkan golongan umat Islam yang keliru tindak-tanduknya
 didalam menanggapi sesuatu perkara itu. Mereka memandang kehidupan ini dengan 
pandangan yang kabur kerana pemikiran dan penglihatan mereka telah diserapi 
dengan konsep-konsep kufur seperti sekularisme, nasionalisme, kebebasan, hak 
asasi manusia dan sebagainya .      Islam adalah suatu mabda yang lahir dari 
aqidah Islam dan dari aqidah inilah terpancarnya sistem kehidupan bagi menjawab 
setiap persoalan yang ditimbulkan oleh manusia itu. Oleh kerana itu sebagai 
seorang muslim adalah wajib bagi kita untuk mengetahui apakah  status hukum 
sesuatu perbuatan itu sebelum melakukannya kerana kita bimbang kita akan 
melakukan dosa yanag sudah pasti akan diazab oleh Allah SWT. Perkara yang HARAM 
akan tetap selamanya HARAM kecuali pada perkara-perkara yang terdapat rukhsah 
didalamnya. Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya semoga apa 
yang kita lakukan ini akan memberikan kebaikan kepada Islam dan umat Islam dan 
bukanya terus merosakkan Islam dan umat Islam itu sendiri.
   
  
sumber:http://www.mykhilafah.com/berita/dalam/terkini_2007Jan5_batal_konsert.htm


       "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, 
Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari 
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, 
lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.  
 

  Amin, ya Rabbal A'lamin."

   
   
  JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
  EKSEKUTIF PEMASARAN TAKAFUL MALAYSIA
019-3635331




 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke