Batu Talam: Beri peluang kepada PAS - Ketua Muslimat                      
      
                         
                        
                                       Azamin Amin      
         Fri | Jan 05, 07 | 07:45:42 AM                        KUALA LUMPUR, 5 
Jan (Hrkh) - Pengundi dan penduduk Batu Talam   perlu memberi peluang kepada 
PAS untuk memenangi pilihan raya kecil tidak lama lagi   supaya Umno tidak 
sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa dan menindas rakyat pada   masa akan 
datang.

  
Kehadiran PAS, akan mengimbangi kuasa monopoli yang ada pada Umno dan dengan   
adanya pembangkang akan menyebabkan Umno dan Kerjaan Barisan Nasional khususnya 
  di negeri Pahang akan semakin peka dan prihatin kepada masalah rakyat.

  
Demikian menurut Ketua Muslimat PAS, Ustazah Azizah Khatib Mat ketika dihubungi 
  Harakahdaily bagi mengulas perkembangan terkini dan persiapan bagi menghadapi 
pilihan   raya kecil kawasan Batu Talam berikutan kematian Ahli Dewan Undangn 
Negeri Dato'   Tengku Paris Tengku Razlan, 65, pada 27 Disember lalu akibat 
barah usus.

   
"Saya menyeru semua pengundi khususnya kaum ibu dan wanita supaya memberi   
kepercayaan dan peluang sekali ini kepada PAS," katanya.

  
"Betapa pentingnya kehadiran pembangkang untuk memantau dan menegur dengan   
berani segala kepincangan dan kesilapan Umno," katanya lagi.

  
Terkini imej Umno Pahang semakin tercalar berikutan saman terhadap lima 
pemimpin   kanan Umno Raub oleh seorang ahli perniagaan Razali Hassan, 46, di 
Mahkamah Tinggi   Temerloh baru-baru ini berkaitan isu tanah.

  
Antara yang disaman Naib Ketua Umno bahagian Raub, Dato Ir Azinudin Abdul   
Rahim; Ketua Umno Bahagian Raub yang juga Exco Kerajaan Pahang, Dato 
Shahiruddin   Ab Moin dan Setiausaha Umno Bahagian Raub, Abd Aziz Kiram.

   
Turut disaman ialah bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Raub, Hajah Asma Haji   
Ismail sebagai defenden kelima dan Setiausaha BN Raub, Ahmad Sabri Haji Zainal 
Abidin.

  
Tanpa pembangkang, kata Azizah akan membuatkan Umno/BN mudah untuk   melakukan 
apa sahaja untuk memperkotak-katikkan hidup rakyat.

  
Beliau yakin rakyat semakin sedar dan peka kepada isu-isu semasa khususnya    
kepincangan yang melibatkan Umno/ BN selama ini dan tidak mudah untuk rakyat   
terpengaruh dengan pelbagai janji manis serta pelbagai 'limpahan sogokan' yang 
akan   bertaburan tidak lama lagi kepada penduduk Batu Talam.

  
PAS sentiasa perjuangkan dan bela nasib rakyat  
"Tak mengapalah terimalah apa yang diberi kerana itupun adalah duit rakyat 
bukannya   Umno, dan yang penting di peti undi kita memberi sokongan kepada 
PAS," katanya.

  
Dalam masa yang sama beliau mahu masyarakat khususnya pengundi berfikiran 
terbuka   dan mencontohi rakyat Sarawak yang memberi peluang kepada pembangkang 
(DAP) pada   pilhan raya yang lalu.

  
"Dengan adanya pembangkang, saya yakin  kerajaan Umno/BN terpaksa   
melaksanakan pembangunan dengan bersungguh-sungguh dan nasib rakyat semakin   
terbela," katanya lagi dan turut menyatakan PAS sentiasa dikenali sebagai parti 
yang   memperjuangkan nasib semua rakyat khususnya golongan miskin dan 
berpendapatan   rendah.

  
Beliau turut menambah bahawa Muslimat telah bersiap sedia untuk mengembleng   
tenaga membantu jentera pilihan raya PAS dan turut akan bekerjasama dengan 
sayap   wanita Parti KeADILan Rakyat (PKR) untuk memastikan kemenangan calon 
PAS.

  
Pada 10 Januari nanti katanya, semua pimipinan PAS peringkat negeri Pahang akan 
  'turun padang' ke Batu Talam untuk menggerakkan jentera pilihan 
raya,menziarahi, memberi   penerangan serta pendedahan dan membantu dari sudut 
kerja-kerja amal manakala pada 12   Januari dijangka semua pimpinan PAS Pusat 
akan turut sama ke Batu Talam.

  
"Kita akan berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan di samping   
berdoa kepada Allah agar cita-cita kita tercapai hendaknya," katanya.

  
"Biarpun kelengkapan, sogokan dan jentera Umno lebih hebat, kita tidak gerun,"  
 katanya.

  
Beliau turut mendapat maklumat, persiapan Umno telah pun bermula dan lambakan   
wang sudah kedengaran malah di tempat-tempat tertentu Umno menyewa rumah banglo 
  untuk dua minggu sejumlah hampir RM200,000.00 untuk kegunaan pilihan raya 
nanti.

  
Banglo tersebut dakwanya tersebut disewa untuk menempatkan petugas-petugas dan  
 difahamkan sekitar Raub, rumah kebanyakan hampir habis disewa oleh Umno untuk 
tujuan   tersebut.

  
Beliau yakin dengan usaha yang berlipat ganda daripada PAS dan semua penyokong 
di   samping kesedaran rakyat terhadap salah laku Umno/BN selama ini, PAS akan 
meraih   kemenangan dalam pilihan raya tersebut.

  
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon bagi pilihan 
raya   kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Batu Talam di Raub, Pahang 
pada 16   Januari ini dan hari pengundian telah ditetapkan pada 28 Januari.

   
Dalam pilihanraya umum 2004, BN menewaskan calon PAS Dr Muhammad Nilam   Abdul 
Manap dengan kelebihan 2,761 undi. Terdapat 10,886 pengundi berdaftar pada   
masa itu.

  
Manakala pada tahun 1999, BN dengan calon yang sama menang hanya dengan   
majoriti 931 undi sahaja.

  
Sebagai rekod, peratusan penduduk mengikut bangsa di kawasan Batu Talam dengan  
 majoriti Melayu 79 peratus, Cina (11 peratus) India (5 peratus) dan lain-lain 
(5 peratus). -   mns    

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke