Mungkinkah ini berlaku hanya di Kuching atau mungkin di seluruh Malaysia ? Apakah Tahun Melawat Malaysia 2007 akan terjejas akibat banjir dan sekarang geng pukau ?
********************************************* Utusan Malaysia 12 Jan 2007 Bimbang geng pukau pelanggan hotel masih berleluasa SAYA merupakan seorang kakitangan kerajaan di Seremban yang baru-baru ini berkunjung ke Kuching, Sarawak atas tugasan rasmi. Pada 21 Disember 2006, kira-kira pukul 5.30 petang ketika hendak pulang ke hotel penginapan saya di Crown Plaza, Kuching, saya didatangi seorang lelaki Melayu mendakwa beliau adalah kakitangan di hotel tersebut dan mengenali saya. Beliau telah menawarkan saya untuk melihat tempat-tempat menarik dan tempat menjual barang-barang cendera mata untuk dibeli dengan harga murah. Seterusnya beliau membawa saya ke belakang hotel tersebut di Taman Seri Sarawak dan di sana telah menunggu seorang lelaki (kawan beliau) dikenali sebagai wak dengan loghat Indonesia. Kemudian datang dua lelaki lagi dan mereka mengelilingi saya. Salah seorang daripada mereka mula mengeluarkan daun terup dan mengajak saya bermain. Seperti dipukau, saya turut serta. Pada mulanya, saya menang sekali membuatkan saya leka, kemudian saya mula kalah. Semua duit saya dan telefon bimbit saya juga telah diambil. Saya kemudian disuruh pergi ke mesin ATM untuk mengambil wang dengan diiringi dua orang daripada mereka. Saya seperti dipukau tidak mengetahui yang saya telah masuk perangkap mereka. Saya mengeluarkan wang RM1,000 dan kemudian kembali ke tempat mereka tadi. Mereka bertindak merampas wang tersebut dan seorang lagi menunggu di kereta jenis Proton Saga berwarna putih. Walaupun ketika itu saya bergelut dan menjerit meminta tolong tetapi tiada seorang pun mempedulikan saya walaupun tempat tersebut ada orang. Seterusnya mereka melarikan diri menaiki kereta tersebut. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Padungan dengan nilai kerugian saya berjumlah hampir RM2,000. Selepas itu, saya diminta ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simpang Tiga untuk bertemu dengan pegawai penyiasat kes. Di IPD Simpang Tiga, pegawai penyiasat berkenaan memberitahu saya ini bukan kali pertama kejadian tersebut berlaku malah sudah berpuluh-puluh orang sudah menjadi mangsa geng tersebut. Geng atau modus operasi ini dikenali sebagai Potong Babi oleh polis-polis di situ. Geng Potong Babi ini kerap beroperasi di sekitar kawasan hotel-hotel seperti Crown Plaza, Harbour View dan Hilton dan memilih pelancong dari Semenanjung dan juga dari luar seperti Singapura, Brunei dan Indonesia yang menginap di hotel-hotel tersebut. Bersalaman Mangsa biasanya didatangi lelaki yang mengaku kenalan lama mereka dan dipukau dengan cara bersalaman. Saya juga dimaklumkan oleh kakitangan hotel tersebut bahawa terdapat banyak geng Potong Babi di Kuching dan mereka kononnya dilindungi oleh sekumpulan anggota pasukan penguat kuasa di kawasan tersebut (Pandungan). Persoalan saya ialah apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini kerana statistik menunjukkan kes-kes seperti ini tidak pernah didakwa di mahkamah dan jika didakwa pun, kes akan gugur begitu seterusnya menyebabkan kes seperti ini meningkat. Malah jarang tangkapan dibuat bagi kes seperti ini seolah-olah mereka ini memang dilindungi pihak-pihak tertentu. Kenapa kes seperti ini dibiar berterusan tanpa diambil tindakan malah pegawai penyiasat tersebut mengatakan kes seperti ini sudah biasa berlaku, seolah-olah tiada apa tindakan yang boleh dilakukan. Saya ingin mencadangkan agar pegawai-pegawai polis dari Bukit Aman datang memantau perkara ini dengan cara menyamar sebagai pelancong asing dan menginap di sekitar Crown Plaza, Holiday Inn, Harbour View, Hilton dan kawasan-kawasan sekitar. Mereka beserta pihak BPR Kuching juga hendaklah memantau pergerakan anggota-anggota pasukan penguat kuasa daerah tersebut sama ada mereka ada berhubung dengan geng-geng Potong Babi ini dan mengambil tindakan ke atas mereka jika terbukti mereka terlibat. Perkara paling penting sekali ialah kedatangan mereka ke Sarawak harus dirahsiakan daripada pihak di Sarawak. Malah jika perlu, anggota penguat kuasa peringkat daerah perlu kerap ditukarkan bagi menangani masalah seumpama itu. Dengan pengisytiharan 2007 sebagai Tahun Melawat Malaysia, saya bimbang jika ia tidak dibendung akan meningkatkan lagi kes-kes jenayah seperti ini. Saya sendiri secara peribadi menjadi fobia dan takut untuk berkunjung lagi ke Kuching, walaupun saya sukakan bandar raya itu. MOHAMMAD FAUZI RASIB, Seremban, Negeri Sembilan. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521. Bank in slip bolehlah dihantar kepada : Bendahari Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S. ____________________________________________________________________________________ Cheap talk? Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates. http://voice.yahoo.com