Assalamualaikum,
Edarkanlah, kiranya sudi.

Wassalam...

Ikhlas,
http://usftamalaysia.blogspot.com/
USFTA-Malaysia Bakal Memincangkan Usaha Strategik Membangunkan Industri 
Asas-Tani?


Perlu dipersoalkan sama ada pegawai-pegawai MITI dan Wisma Putra yang 
merundingkan FTA dengan para wakil Amerika Syarikat (AS) sudah lupa akan dosa 
AS melepaskan stok penimbal minyak kelapa sawit dan kempen anti-kelapa sawit 
terhadap Malaysia tidak berapa lama dulu. Ianya telah memberikan tekanan teruk 
dan menjejaskan eksport komoditi Malaysia yang sangat penting itu, mejejaskan 
secara langsung pendapatan kaum pekebun kecil, peneroka mahupun para perkerja 
syarikat-syarikat perladangan Malaysia.

Adakah sekarang Malaysia sudah bersedia mengampunkan dosa ini dan mempercayai 
akan keikhlasan AS untuk "bersaing secara terbuka", memandangkan juga yang 
mereka merupakan ekonomi yang paling besar dan antara terkuat di dunia?

Bagaimana agenda usahawan Malaysia, yang masih belum berjaya dibangunkan lagi 
oleh pelbagai agensi. Adakah usaha membantu akan dihentikan, kerana 
alasan-alasan remeh temeh yang lain pula? Bukankah sebenarnya USFTA akan 
mengikat kerajaan dari terus membantu usahawan tersebut bersaing dengan 
usahawan AS kelak? Bukankah usahawan Melayu kelak dipinggirkan seolah-olah 
nelayan akan mengharungi Tsunami USFTA dengan berbekalkan sampan yang kecil 
sahaja.

Bagaimana dengan aspirasi Tun Dr Mahathir untuk bangunkan industri pertanian 
negara yang kini dipanjangkan oleh Pak Lah termasuk perancangan strategik untuk 
industri tersebut dimajukan.

Untuk menjayakan cita-cita ini, negara perlu memperkukuhkan asas-asas utama 
kejayaannya iaitu:
Logistik
Pemasaran diperingkat global
Pengetahuan mengendalikan bahan mudah rosak (perishable goods)
Dengan diberikan usaha integrasi logistik, seperti landasan berkembar 
utara-selatan, hub kargo Senai dan PTP, kepada suatu kumpulan perniagaan 
tempatan yang telah membuktikan keupayaannya, keseluruhan sistem logistik 
berintegrasi mungkin berjaya diujudkan dan pengangkutan bahan-bahan pertanian 
yang lancar kelak membolehkan industri asas-tani dibangunkan.

Tetapi sekarang landasan berkembar sudah dibatalkan. Adakah dengan perjanjian 
USFTA ini akan kekal atau binasa keupayaan kerajaan Malaysia:
Untuk memberi kontrak pemulihan atau pembinaan infrastruktur bertujuan 
memantapkan ekonomi negara kepada syarikat tempatan yang lebih setia kepada 
agenda negara dari syarikat AS yang mungkin lebih murah, tetapi jelas akan 
lebih setia kepada agenda AS?
Untuk membangunkan infrastruktur dengan ciri-ciri yang khusus dibangunkan 
dengan niat memajukan kawasan pendalaman dan industri-industri asas negara? 
USFTA akan memberi jalan cara supaya infrastruktur dibangunkan lebih untuk 
kepentingan perniagaan AS.
Untuk membangunkan usahawan sama sekali secara langsung sepertimana sekarang, 
menerusi pelbagai agensi? Atau adakah USFTA akan memaksa kerajaan memberi hak 
pembangunan usahawan yang sama kepada usahawan-usahawan dari AS!
Ini adalah persoalan-persoalan penting yang perlu ditimbang oleh wakil-wakil 
Malaysia dalam perundingan USFTA ini. Kiranya jelas ini diketengahkan sebagai 
isu, nescaya perjanjian USFTA ini akan mampir kearah kegagalan dengan 
dipincangkan sedikit agenda tersirat AS untuk mendominasi ekonomi negara.



___________________________________________________________
Now you can have your favourite RSS headlines come to you with the all new 
Yahoo! Mail. http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Kirim email ke