Bila baca tang ini, kepala otak saya teringatkan kat sebuah negara di timur 
tengah - SDahij pun pernah nyatakan sama juga - yelah, negara mana lagi yang 
sanggup menggunakan atau salahgunakan segala peralatan yang ada?

BN ke BaNisrael? Cam sama je ye 

syed dahij <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                                        
Ramai yakin calon Bebas ditaja BN, lawan 'budak' lagi bacul                     
       
                         
                        
                                       Abu Bakar  Rahman      
         Sat | Jan 20, 07 | 09:43:06 AM                        KUALA LUMPUR, 20 
Jan (Hrkh) - Kalau letak budak-budak bacul, lawan "budak" lebih bacul malah 
antara yang paling bacul dari segala kebaculan.

 
  
Demikian reaksi spontan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar menjawab 
tuduhan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

 
  
Perdana Menteri menyifatkan parti pembangkang "bacul" kerana enggan bertanding 
menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri 
(DUN) Batu Talam.

 
  
Perdana Menteri juga mendakwa pembangkang sanggup meletak calon bebas yang 
masih "budak" semata-mata untuk memastikan berlaku pertandingan pada pilihan 
raya kecil itu.

 
  
Mahfuz menolak dakwaan Perdana Menteri itu sambil menegaskan  tidak bertanding 
bukan bererti tidak berlawan sambil membangkitkan semakin ramai rakyat yang 
mendakwa Umnolah yang menaja calon bebas itu.

 
  
"Memang sifat Umno hanya tahu bermain di atas padang yang tidak rata. Si bacul 
tidak akan berani berlawan di atas padang yang rata (levelled playing field)."

  
"Kalau menang pun kemenangan si bacul. Si bacul yang semakin dituduh tidak 
pernah mempunyai perasaan malu sedikitpun kerana hanya berani meletakkan calon 
yang dianggap lemah sahaja untuk menjadi lawannya semata-mata kerana mahu 
membuktikan berlaku pertandingan pada pilihan raya kecil itu," katanya.

 
  
Menurut Mahfuz, BN begitu gelisah apabila PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 
memboikot pilihan raya itu kerana tindakan itu menjelaskan lagi kepada dunia 
tentang kecacatan demokrasi negara ini yang diletakkan di tangga tercorot dalam 
senarai demokrasi terencat (flawed  democracy).

 
  
"Untuk menutup malu mereka, ramai yang mendakwa BN mencari seseorang untuk 
menjadi lawannya dalam pilihan raya kecil itu."

 
  
"Jika benar dakwaan itu, alangkah baculnya BN kerana hanya sanggup meletakkan 
seseorang yang tidak menyatakan arah tuju yang jelas, tidak dikenali dan 
dianggap lemah sebagai lawan. Seperti kata Orang Putih, 'coward of the worst 
kind'!" katanya.

 
  
Ketika ditanya alasan beliau bertanding, calon bebas itu, Ng Chee Pang, 21, 
hanya menyatakan: “Saya suka bertanding”.

 
  
Bagi bapanya, Ng Kwi Ling pula, alasannya ialah: "Saya mahu kasi bisnes pada 
orang Batu Talam (kerana) kalau ada pertandingan, orang ramai akan datang ke 
sini".

 
  
Mahfuz percaya, walau apa pun yang dilakukan oleh Umno, BN dan Suruhanjaya 
Pilihan Raya (SPR) yang sering dituduh berkerja  untuk memenangkan Umno, 
Malaysia akan tetap berada di nombor paling bawah dalam senarai demokrasi 
terencat.






                
---------------------------------
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

Kirim email ke