Saya setuju dengan pendapat Dato' Dr Hassan seperti di bawah ini - UPSR tidak 
wajar dihapuskan!

Selama kurikulum pembelajaran Malaysia wujud semenjak merdeka, perperiksaan 
menjadi kayu pengukur untuk kita mengetahui tahap pembelajaran yang dicapai 
anak-anak kita. Ianya bukan untuk kita megahkan siapa yang paling pandai 
sebenarnya, tapi untuk mengetahui siapa yang kurang pandai dalam pembelajaran 
mereka agar dapat dibantu untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi. Jadi, 
kalau perperiksaan UPSR dihapuskan, bagaimana harus kita mengetahui prestasi 
anak kita? Bagaimana harus kita tahu cara untuk membantu mereka?

Ingin juga saya menambah sedikit: saya minta kepada mereka yang berpengetahuan, 
hentikanlah tindakan melulu oleh sesetengah pihak yang suka mengambil tindakan 
menukar atau memperkenalkan sessatu yang baru tanpa kajian yang menyeluruh. 
Tidak kira samada di bidang persekolahan atau pentadbiran negara, lakukanlah 
kajian yang menyeluruh agar generasi yang akan datang tidak menyumpah generasi 
yang mengubah itu.

Misalan, kurikulum menggunakan bahasa Inggeris dipaksa penggunaannya tanpa 
mengkaji samada guru guru berkaitan mahir dalam bahasa itu. Perbuatan ini 
menyebabkan ramai anak murid yang mempersendakan guru sendiri kerana adakala 
terdapat anak murid lebih fasih dari guru. Ini menyebabkan anak murid hilang 
kepercayaan dan hormat keatas guru tersebut. Dan kini, Malaysia mula mengambil 
'guru' impot dari Australia dan England untuk tujuan mengajar. Walaupun guru 
guru ini kini bertindak sebagai sukarelawan, tanpa syak lagi apabila program 
'sukarelawan' mereka terbukti berkesan, maka kerajaan akan mengimpot guru guru 
sepenuh masa. Apa akan terjadi dengan guru guru kita? Apakah kesan terhadap 
anak anak kita kerana hampir semua guru impot berbeda dari segi agama dan 
budaya? Adakah kajian dilakukan?

Saya berharap benar kerajaan tidak akan lagi memperjudikan generasi yang akan 
datang dengan memperkenalkan perkara baru semata untuk memperoleh sokongan baru 
melalui taktik 'brainwashing'. 

      UPSR tidak wajar dihapuskan - Hasan Ali                            
                         
                        
                                       Roy Rasul       
         Fri | Jan 19, 07 | 09:00:02 AM                         KUALA LUMPUR, 
19 Jan (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali tidak bersetuju 
cadangan supaya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Randah (UPSR) dihapuskan.

 
Katanya, ini disebabkan peperiksaan tersebut adalah untuk menduga kebolehan dan 
menggarap ilmu di kalangan pelajar-pelajar yang bermula daripada tahun satu 
hingga tahun enam.

 
 “Maknanya selama enam tahun belajar, anak-anak ini tidak diduga langsung jadi 
kita tidak tahu sejauh mana pencapaian mereka."

 
 “Mereka ini akan memasuki ke tingkatan satu dan peringkat tingkatan satu ini 
mereka mula melangkah ke alam yang lebih dewasa yang memerlukan kebolehan 
berfikir, mengolah dan mempunyai asas mengira.” katanya yang dihubungi 
Harakahdaily hari ini.

 
Di Kota Bharu semalam, Majlis Guru Besar Malaysia mengesyorkan kepada 
Kementerian Pelajaran memansuhkan peperiksaan UPSR kerana disifatkan terlalu 
mementingkan keputusan akademik.

 
Yang Dipertuanya, Awang Mohmad dipetik sebagai berkata, pemansuhan itu dilihat 
dapat memberi kesan positif dalam membentuk siasah murid.

 
 Menurut Dr Hasan, asas-asas itu mesti diperolehi selama enam tahun di sekolah 
rendah.

  
“Jadi kalau tidak ada peperiksaan macam mana kita hendak tentukan sama ada 
mereka mencapai satu ‘standard’ sama ada mereka mendapat markah yang 
sepatutnya."

 
“Ataupun untuk masuk ke tingkatan satu nanti siapa yang hendak diberi perhatian 
lebih, siapa yang ada kemahiran untuk pertukangan, kemahiran untuk subjek sains 
atau bukan kerana semua tapisan dinilai pada darjah enam,” katanya.

 
 Malah katanya, jika hendak dikaitkan dengan sahsiah pembinaan peribadi bukan 
atas  peperiksaan.

 
Di peringkat universiti pun katanya, peperiksaan diadakan tetapi peribadi 
mahasiswa tidak terbentuk bahkan terdapat juga mahasiswa berdua-dua atau 
bersekedudukan sebagimana dilakukan mereka yang bukan mahasiswa.

 
 Padahal katanya, mereka sudah melalui proses pendidikan berbelas-belas tahun 
tetapi tidak terbentuk juga peribadi dan sahsiah.

 
“Bagi saya sahsiah dan peribadi bukan hanya tertentu kepada sekolah, 
peperiksaan dan sebagainya, ia dibentuk sepanjang musim dan pembentuk utamanya 
ialah ibu bapa."

 
 Malangnya beliau berkata, ibu bapa  tidak berperanan seperti itu sedangkan 
perkara ini amat penting.

 
 Tambahnya, sebagai orang Islam pembinaan akidah, syariah dan akhlak perlu 
digabungkan.

  
Katanya lagi, ibu bapa mempunyai kaitan yang rapat untuk membentuk peribadi 
anak-anak dan golongan ini mesti mendidik  anak mereka.

 
 “Selain boleh membaca dan mengira, mereka perlu mempunyai pemikiran yang luas, 
boleh menggarap, menganalisa, mencerakin masalah. Mereka juga perlu dihidangkan 
dengan makanan yang dinamakan sahsiah pembinaan peribadi,” katanya.

 
 Beliau juga mendakwa sistem pendidikan sekarang tidak ditekan dengan pembinaan 
sahsiah.

  
 Ini katanya, kemungkinan ada orang yang mengambil subjek Sains tetapi tidak 
mengambil agama.

 
 Mereka hanya mengambil subjek teras yang diwajib dalam peperiksaan.

 
 Perkara ini katanya menyebabkan ia lari daripada pendidikan sebenar.

 
 Katanya. apa erti pendidikan bersepadu sebagaimana diuar-uar dahulu jika agama 
dan akademi tidak digabungkan. - mns

 
 Nota: Bagi mempertingkatkan laman ini, kami amat mengalu-alukan   sumbangan 
yang boleh  disalur terus kepada akaun Maybank atas nama   HARAKAHDAILY DOT COM 
(564070000336).    


                
---------------------------------
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

Kirim email ke