Waalaikummussalam

 

FYI

 

Di dalam perenggan keempat... salah surah yang disebut tu. Tu bukan
surah al-Ikhlas. Tu surah al-Ashr ayat 1-3.

Harap maklum. Berhati2 di lain hari.

 

Wasalam

d'Mockza

 

________________________________

From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] On
Behalf Of muhammad haleem
Sent: Tuesday, January 30, 2007 2:26 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ajaklah Kami, Kami Belum Beriman

 

....Assalamu'alaikum.

 

Alhamdulillah, hari ini kita sebagai orang Islam sedar bahawa Islam
bukanlah milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja tetapi adalah untuk
seluruh umat manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai
dari tanggung-jawab yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai
da'wah Islam kepada mereka yang belum terima Hidayah lagi.

Allah swt mencela golongan seperti ini dalam Surah Al-Baqarah 2:140 "Dan
siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan
(saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah),
Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan".
Na'uzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan ini.

Allah swt memberikan penghormatan kepada kita orang-orang Islam didalam
surah Ali Imran 3:110 "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik
umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia". Kita pun rasa sangat
seronok mendengarkan ayat ini. Namun begitu kita lupa bahawa setiap
penghormatan itu datang bersama tanggung-jawab. Lagi besar suatu
penghormatan maka lagi beratlah tanggung-jawab yang harus dipikul.
Tanggung-jawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita orang-orang Islam
yang melayakkan kita di gelar 'sebaik-baik umat' juga disebut dalam ayat
yang sama; "(Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu
pula beriman kepada Allah". Ini bermakna kita harus menjadi masyarakat
'amar maaruf nahi munkar' iaitu melakukan da'wah kepada orang-orang
bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam secara
serentak.

Allah swt mengatakan didalam surah Al-Ikhlas 103:1-3 "Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar". 'Berpesan-pesan dengan
kebenaran' bermakna melakukan 'amal maaruf nahi munkar' yakni melakukan
da'wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama
orang-orang Islam. Ayat ini jelas menunjukkan tanggung-jawab melakukan
da'wah bukan tugas ustaz, imam atau Jabatan Agama sahaja tetapi adalah
tanggung-jawab setiap orang Islam.

Didalam Khutbah terakhir, Rasulullah saw telah bertanya kepada para
sahabah yang tidak kurang dari 110,000 orang "Adakah aku telah sampaikan
pesanan Islam" dan para sahabah pun secara serentak menjawab "Ya
Rasulullah! Kau telah sampaikan". Maka Rasulullah saw seterusnya
memerintahkan mereka "Siapa-siapa yang hadir disini, sampaikanlah kepada
mereka yang tidak hadir". Para sahabat pun faham akan perintah
Rasulullah saw lalu keluar dari negeri Arab menyampaikan da'wah
Islamiah. Maka Islam telah pun sampai ke Negeri Cina, India, Sepanyol
dan seterusnya ke Malaysia. Alhamdulillah, sahabat-sahabat dulu tidak
ada sikap macam kita iaitu hanya mahu bercerita tentang Islam sekiranya
ada yang bertanya tetapi sebaliknya telah bertebaran kepelbagai pelusuk
dunia dalam menyampaikan syiar Islam.

Didalam Shahih Bukhari jilid 4 hadith 667 diriwayatkan dari Abdullah Ibn
Amr bahawa Rasulullah saw telah bersabda "sampaikanlah walau satu ayat".
Kita tidak perlu dapatkan Phd atau ijazah atau menjadi ustaz / ustazah
dalam menyampaikan da'wah Islam. Walaupun kita tahu satu ayat dalam
Qur'an, kita boleh menyampaikannya. Sebagai orang Islam, kita tahu lebih
dari satu ayat. Sekurang-kurangnya kita tahu 'La ilaha ilallah', maka
sampaikanlah ia.

 

Petikan dari tulisan  Shah Kirit Kakulal Govindji

  

________________________________

What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of
your email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship
<http://uk.rd.yahoo.com/mail/uk/taglines/gmail_com/championships/quiz/*h
ttp:/uk.rd.yahoo.com/evt=44106/*http:/mail.yahoo.net/uk/> .

 

*** WORLEYPARSONS GROUP NOTICE ***
"This email is confidential.  If you are not the intended recipient, you must 
not disclose  or  use the  information contained in it.  If you have received 
this email in error,  please notify us immediately by return email and delete 
the email and any attachments. Any personal views or opinions expressed by the 
writer may not necessarily reflect the views or opinions of any company in the 
WorleyParsons Group of Companies."

Reply via email to