Ajal maut ditangan Allah. Sikap lepas tangan, tuduh
menuduh tidak boleh dibiarkan. Ini kejadian kedua
pelatih PLKN mati mengejut dalam tempoh tak sampai
sebulan. Kedua-duanya remaja perempuan, dari Seremban
pula tu. Mulanya dari Taman Tuanku Jaafar di Kem PLKN
Ayer Keroh Melaka, terbaru dari Temiang, Seremban di
Kem PLKN PDS Pasir Panjang, Port Dickson. Anda tidak
ada anak remaja, perempuan pula tu ??? Berapa ramai
lagi yang akan mati mengejut, mati misteri,
meracau-racau, sakit misteri ?? BOIKOT PLKN ! BOIKOT
PLKN ! BOIKOT PLKN !

*********************************** 
Lagi pelatih PLKN meninggal sesak nafas
Utusan Malaysia SEREMBAN 30 Jan. 2007  – Seorang
pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan
pengsan semasa dalam perjalanan dari rumahnya di
Temiang Jaya, di sini ke Hospital Tuanku Ja‘afar, awal
pagi ini.

Teng Siau Shen, 18, mengikuti program berkenaan di Kem
PDS Pasir Panjang, Port Dickson sebelum dibawa pulang
ke rumah oleh keluarganya pada 18 Januari lalu,
meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Lee
Yuen Fong, Siau Shen mengikuti latihan berkenaan pada
1 Januari lalu. 

Bagaimanapun, menurut beliau, semasa berada di kem
terbabit dia sering menghubungi ibunya dan memberitahu
dia rindu serta mahu pulang ke rumah.

‘‘Beberapa hari selepas itu, dia dikatakan sering
meracau sehingga menyebabkan pihak pengurusan kem
terbabit menghubungi keluarganya pada 18 Januari lalu.

‘‘Dia kemudiannya dibawa pulang ke rumah dan
mendapatkan rawatan di wad sakit jiwa Hospital Tuanku
Ja‘afar,’’ katanya ketika ditemui di bilik mayat
hospital berkenaan di sini hari ini.

Menurut Yuen Fong, remaja terbabit dipercayai
meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital
Tuanku Ja’afar.

‘‘Hasil bedah siasat mendapati dia mati disebabkan
sesak nafas dan tiada sebarang unsur jenayah di
sebalik kematiannya,’’ kata beliau.

Menurutnya, ibu mangsa menerima kejadian itu dengan
hati terbuka dan tidak menyalahkan pihak pengurusan
kem sebaliknya memuji mereka kerana memberikan
kerjasama dalam menguruskan anaknya.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang ditemui Utusan
Malaysia enggan memberikan sebarang ulasan kerana
masih bersedih.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm


Tak Hantar Anak Ke PLKN ! Boikot PLKN ?? 

Begitulah apa yang dinyatakan oleh Encik Azlan ketika
Hj Mohd Taufek Penyelia PAS DUN Paroi serta Sdr Hassan
Setiausaha PAS Kawasan Rembau melawat keluarga Ili
Ameera Azlan yang meninggalkan dunia secara mengejut
ketika mengikuti Program Latihan Khidmat Negara di
Ayer Keroh , Melaka baru-baru ini.

Encik Azlan yang kehilangan anak sulung kini hanya
mempunyai seorang sahaja anak perempuan yang ketika
ini berada di Tingkatan Empat.

Encik Azlan berkata beliau tidak akan izinkan
satu-satunya anaknya yang tinggal untuk mengikuti
program PLKN pada masa akan datang.

Menurut beliau Allahyarham berat untuk pergi ke kursus
berkenaan kerana beliau tidak biasa dengan aktiviti
luar walaupun Allahyarham sebelum ini tidak pernah
mempunyai sebarang penyakit.

Encik Azlan juga agak terkilan dengan pengurusan Kem
PLKN di Ayer Keroh kerana beliau mendapat suasana kem
berkenaan tidak begitu sesuai untuk aktiviti remaja
perempuan.

Menurut Hj Mohd Taufek, PAS Negeri Sembilan memandang
berat kes ini serta akan menubuhkan satu jawatankuasa
khas untuk meneliti balik tahap keselamatan program
serta kem latihan PLKN terutamanya untuk remaja
perempuan.

Ditanya apakah PAS Negeri Sembilan akan menggesa ibu
bapa serta remaja memboikot program PLKN, beliau
berkata perkara itu belum dibincangkan lagi, sehingga
satu kajian terperinci dilakukan.

Dalam pada itu ibu mangsa masih kelihatan sugul dan
terkejut dengan kejadian yang menimpa anak yang amat
dikasihinya. 

http://pasns.blogspot.com/2007/01/tak-hantar-anak-ke-plkn-boikot-plkn.html


    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui 
Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  “Bank in slip” bolehlah dihantar kepada :
    Bendahari
  Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban 
K.Pilah, Ampangan,
  70400 Seremban, N.S.






 
____________________________________________________________________________________
It's here! Your new message!  
Get new email alerts with the free Yahoo! Toolbar.
http://tools.search.yahoo.com/toolbar/features/mail/

Reply via email to