Umat Melayu adalah bangsa yang sangat sentimental, sangat sensitif, 
sangat egois...
Orang Melayu sangat sensitif jika ditegur...mudah melenting jika 
dibangkang dan ditegur walaupun ia adalah untuk kebaikan...

Bagi orang Melayu, budaya menegur adalah budaya kurang ajar..budaya 
tidak wajar...bagi orang melayu teguran itu tidak baik, biadap pada 
orang yang lebih tua dan orang yang lebih berpangkat..

oleh sbb itu ada pepatah melayu berbunyi"JGN JAGA TEPI KAIN 
ORANG"..jelas ini membuktikan orang melayu adalah bangsa yang 
individualistik, egois dan sensitif...

orang melayu tidak seperti orang bangsa lain yang mengamalkan budaya 
tegur-menegur...tegur menegur bagi mereka amat baik dalam memperbaiki 
sesuatu perkara...sebab itu mereka berlapang dada dalam menerima 
teguran, tidak sensitif dan tidak melenting...kerana itu mereka maju 
dan kehadapan kerana mengamalkan sunnah rasulullah iaitu saling tegur 
menegur..namun melayu terus kebelakang kerana tidak menerima budaya 
itu sebagai satu budaya yang baik dan memajukan bangsa...

Maka oleh sbb itu orang Melayu PASIF...lihatla dalam meeting dan 
gerak kerja..orang melayu jarang tegur dan memberikan pandangan 
mereka..kerana mereka lebih rela berdiam diri..kononnya khuatir 
menyakitkan hati orang...terutama orang yang berpangkat, pimpinan dan 
orang-orang besar..sebab itu orang melayu jarang menyertai 
perbincangan dengan berkesan...jrang meluah pendapat dan berbeza 
pendapat...kerana itu mesyuarat menjadi hambar..
akhirnya keputusan dibuat oleh orang yang berpangkat tnp penyertaan 
yang berkesan dari semua hadirin..

Budaya orang Melayu, siapa yang berbeza pendapat atau menegur atau 
membangkang ialah mereka yg kurang ajar...mereka yang tidak ada adab. 
sebab itu ia akan dimusuhi, dipinggirkan dan dibuang...

Hal ini juga menjangkit organisasi Islam, NGO Islam dan parti islam..
Keputusan organisasi dikuasai pimpinan, jarang mendapat penyertaan 
setiap ahli, jarang ada percambahan pemikiran dan perbezaan 
pendapat...ahli takut menegur pimpinan kerana khuatir pimpinan akan 
terasa hati...pimpinana jarang menerima teguran ahli kerana egois 
yang tersentap dan berfikir mereka lebih hebat dan orang lain tak 
faham apa-apa...

Maka ahli lebih rela diam, budaya yes man menyerap segenap 
organisasi, budaya membisu menyelinap setiap penjuru..maka jadilah 
oraganisasi yang tidak mantap...reput..rapuh kerana ahli tidak bisa 
bersuara dan pimpinan mencengkap segenap segi...
asal ada yang berbeza akan dicop itu ini, begitu begini...

Lihat contoh UMNO...sesiapa yang berbeza pendapat/ menegur pimpinan 
akan dicop pembangkang, pengkhianat, pelawan parti...mereka akan 
dibuang, disingkir, digam dan sebagainya...budaya YES Man budaya 
amalan...

begitu juga PAS: adakah semasa keputusan boikot diumumkan,pihak yang 
tidak bersetuju menyuarakan isi hati? adakah ruang kepada mereka 
memberikan pandangan? adakah pimpinan dan lidah rasmi memberikan 
ruang kepada mereka memberikan pandangan membantah? adakah pimpinan 
sedia dibantah? yang ada ialah semua bersetuju, mengangguk, yes 
man..walhal kita sendiri tahu, ramai juga yang kurang bersetuju PAS 
memboikot PR..

Hal ini juga berlaku di NGO-NGO Islam...ahli kurang memberikan buah 
fikiran, buah fikiran yang berbeza akan ditolak malah 
dipinggirkan...atau dimusuhi..jarang berlapang dada..pimpinan dengan 
egois yang tebal dan padu...ahli dengan ketakutan yang 
membarah..dalam meeting jarang ahli diberi kebebasan bersuara 
penuh..sering dihambat menghormati pimpinan, cakap bertapis-tapis, 
berlapik-lapik, berpusing-pusing...
akhirnya keputusan yang dibuat ialah pimpinan...ahli hanya YES MAN..

kerana itu lahir budaya mengumpat...kerana orang melayu tidak mahu 
menegur dan akhirnya mengumpat yang dilakukan untuk menyatakan rasa 
tidak puas hati..sebab itu budaya ini subur..menyelinap setiap inci 
umat melayu, membarah di dalam budaya melayu..

persoalannya?
Adakah menegur itu salah? membangkang itu salah?
adakah berbeza pendapat itu biadap?
adakah menegur itu satu kebiadapan?
adakah menegur itu memberikan keburukan sedangkan ia bertujuan baik?
walaupun ia pahit tapi iakan mujarab?
ubat adalah pahit tp ia amat mujarab dalam menyembuhkan penyakit..
begitu juga menegur/membangkang..ia pahit tp ia amat baik untuk 
organisasi membaiki diri...
maka salahkan menegur?

Kesimpulannya, umat melayu terus ketinggalan, orang melayu terus 
kebelakang kerana tidak boleh ditegur,disanggah...terus hanyut dibuai 
mimpi indah dan henyut dibuai angan-angan...budaya islam dipinggirkan 
kerana egois yang menebal...walaupun kononnya berjuang demi islam tp 
amat sukar membuang rasa egois...

Wallahu'alam
KL


Kirim email ke