*JAWATANKUASA BERTINDAK MEMBANTAH US FTA (WILAYAH UTARA)*
*d/a 21, Lintang Delima 15, 11700 P.Pinang*
*Tel ; (6) 04 6596930 Fax ; (6) 04 6596 931 *
*Email ; [EMAIL PROTECTED] www.ftamalaysia.org *
*3 Februari 2007*

*Kerajaan Malaysia harus mendedahkan perundingan US FTA demi kepentingan
Petani dan rakyat *
Jawatankuasa Bertindak mengambil perhatian janji Dato' Seri Rafidah Aziz
bahawa padi tidak akan dimasukkan dalam Perjanjian Perdagangan Malaysia US
(US FTA). Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyidin Yasin dalam satu kenyataan
yang sama telah berjanji bahwa kerajaan tidak akan berkompromi sama sekali
dalam apa jual melibatkan kepentingan petani tempatan.
Walaubagaimanapun terdapat laporan yang mengatakan bahawa US menentang
pengeluaran beras dari perundingan US FTA. Kami menggesa pihak kementerian
(MITI) untuk mendedahkan maklum balas US terhadap permintaan Malaysia untuk
mengeluarkan beras dari perundingan US FTA. Kementerian harus bersikap
terbuka dan telus kepada rakyat selaras dengan seruan Pak Lah untuk Kerajaan
yang lebih telus dan berintegriti. Jika US sebenarnya menentang cadangan
Malaysia berkenaan beras, kami menyeru Menteri terbabit untuk mematuhi janji
mereka kepada kami, para Petani.
Menjadi sesuatu yang penting bagi kami mendapatkan penerangan yang jelas
daripada kerajaan memandangkan Dato' Seri Rafidah telah sebelum ini memberi
beberapa kenyataan yang bertentangan antara satu dengan yang lain. [Seperti
dinyatakan di nota di bawah]
Walaupun Malaysia mampu untuk mendapat pengecualian dalam isu Beras, kami
melahirkan kebimbangan kami terhadap petani-petani lain yang sebelum ini
dilindungi dari kesan subsidi produk peranian US yang boleh menjangkau   nilai
subsidi sehingga 154%. Jika US meminta cukai untuk dikurangkan kepada 0%,
sepertimana semua FTA dengan US sebelum ini, adakah Kerajaan Malaysia akan
turut  bersetuju.
70.6% rakyat Malaysia dalam kategori miskin berada di kawasan desa. Jika
tariff Malaysia terhadap produk pertanian dikurangkan kepada 0%; para petani
akan kehilangan mata pencarian dan kehidupan mereka memandangkan mereka
tidak akan mampu untuk bersaing dengan kebanjiran produk pertanian subsidi
US. Kami menggesa kerajaan benar-benar memikirkan nasib kami, penduduk desa.
Ini dilihat sama sekali bertentangan dengan hasrat kerajaan dalam Rancangan
Malaysia ke 9 untuk "meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan
nelayan dan mengurangkan kemiskinan rakyat".
Apabila Sarawak mengharamkan import ayam proses, kerajaan negeri terpaksa
mengangkat semula pengharaman selepas US membantah sebagai sebahagian
perundingan awal US FTA. Ayam dari US, menerima subsidi yang cukup tinggi
dalam bentuk subsidi makanan ayam (terutamanya kacang soya dan jagung).
Sebagai contoh, subsidi jagung boleh mencapai 47% dari pendapatan sesuatu
ladang. Apa akan terjadi kepada perusahaan ternakan ayam dan telur jika FTA
ditandatangani? Adakah perusahan ternakan ayam boleh berkembang lagi kepada
5.7% sepertiamana yang dinyatakan dalam rancangan Malaysia ke 9 jika
Malaysia dibanjiri ayam subsidi dari US.
Pengalaman penternakan ayam di Ghana apabila mereka menurunkan tariff mereka
sepatutnya dijadikan pengajaran kepada kerajaan Malaysia. Pada 1992,
ternakan ayam tempatan membekalkan 95% daripada keperluan domestic,
menjelang 2001, pegangan pasaran mereka telah jatuh 11% disebabkan
pengurangan tariff dan fenomena pembuangan ayam proses subsidi dari
Kesatauan Eropah (EU). Kebanyakan 400 000 ahli, Persatuan Kebangsaan
Penternak Ayam (Ghana) akhirnya telah gulung tikar.
Selain itu, makanan haiwan adalah 17% dari kos produksi perusahaan lembu dan
boleh mencapai 47% bagi hasil penternakan haiwan lain. Kos ini
walaubagaimanapun disubsidikan di US. Jika tariff Malaysia terhadap lembu
dan hasil daging yang lain dikurangkan kepada 0%, penternak Malaysia
semestinya tidak akan mapu bersaing dengan produk industri daging US.
Kerajaan US, juga telah mengadu bahawa syarat-syarat Halal Malaysia dianggap
terlalu ketat. Dewan Perniagaan US dan Dewan Perniagaan Malaysia-Amerika
juga memberi sokongan kepada pernyataan ini dengan mengatakan "Polisi
Malaysia adalah secara tidak wajar ketat bagi produk Halal. Jika syarat
Halal ini terpaksa dikompromikan untuk disesuaikan dengan kehendak eksport
US, ini secara jelasnya akan memberi kesan besar kepada Industri Halal
Negara ini dan hasrat Malaysia untuk menjadi pusat (hub) Halal serantau.
Melihat semua kerisauan ini, Jawatankuasa bertindak menggeasa Kerajaan
Malaysia mengangguhkan Perundingan US FTA, bersikap terbuka dan mendedahkan
perundingan tersebut kepada rakyat Malaysia dan memulakan disamping terbuka
membincangkan kajian kos manfaat (cost benefit) terhadap impak US FTA kepada
petani dan seluruh rakyat Malaysia. Sikap tertutup ini menunjukkan ketidak
telusan Kementerian Perdangan Luar kepada Rakyat Malaysia dan bertentangan
dengan seruan Pak Lah untuk integriti dan ketulusan.
Jawatankuasa bertindak akan terus membantah dan mengadakan penerangan kepada
petani dan masyarakat desa sehingga US FTA didedahkan secara menyeluruh dan
dibincangkan secara telus dengan semua peringkat masyarakat sebelum apa-apa
keputusan dibuat.

Che Ani Mat Zain
Jurucakap, Jawatankuasa Bertindak
Petani, Nelayan, Masyarakat Desa dan NGO membantah US FTA (Utara)

*Translation*

Dato' Seri Rafidah Aziz has promised that rice will not be included in the
Malaysia-USA Free Trade Agreement (FTA) negotiations. Likewise, Agriculture
Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has promised that the Government will not
compromise on anything that can affect the interest of our farmers.
However there have been reports that the US is opposed to excluding rice
from the FTA negotiations. We call on the Government to disclose the
response of the US, as to whether it agrees to exclude rice from the FTA
talks. The ministry should be inline with the Prime Minister, Pak Lah for a
government that is transparent and with integrity. If the US is opposed to
Malaysia's proposal, we urge the Ministers to keep their promises to us, the
farmers.
It is crucial for us to get clarification from the government as Dato' Seri
Rafidah had given contradictory statement i.e. over the time frame of the
negotiation. [Please see below for quote]
Even if Malaysia is able to obtain this exclusion, we are still worried
about our other farmers who are currently protected from subsidized US farm
products by tariffs of up to 154%. If the US requires all these tariffs to
be reduced to 0%, as it usually does, will the Malaysian Government agree?
70.6% of Malaysia's poor live in rural areas. If Malaysia's tariffs on farm
products are reduced to 0%; Malaysian farmers will lose their livelihoods
because they cannot compete with a flood of subsidized US agricultural
produce, what will happen to us? How will this help achieve 9 th Malaysia
Plan goals of 'enhancing incomes of smallholders, farmers and fisherman' and
reducing poverty?
When Sarawak banned the import of certain chicken parts, it had to remove
the ban after the US objected as part of the preliminary negotiations for
the FTA. US chicken is highly subsidized via subsidies on the feed (mainly
soybean and corn). For example, corn subsidies can be as high as 47% of US
farm income. What will happen to Malaysia's egg and chicken farmers if the
FTA is signed? Can the poultry industry grow by 5.7% as stated in the
9thMalaysia Plan if subsidized US chicken floods in?
We can see what happened to Ghana's chicken farmers when they lowered their
tariffs. In 1992, domestic poultry farmers supplied 95% of the Ghanaian
market, but by 2001 their market share had shrunk to 11% mostly due to a
reduction in tariffs and the dumping of subsidized chicken parts from the
European Union. Most members of the 400,000-member National Association of
Poultry Farmers have now folded.
Furthermore, animal feed is 17% of the cost of production of beef and 47% of
the cost of other meat production, and this is also highly subsidized. If
Malaysian tariffs on beef and other meat production are reduced to 0%, will
Malaysian farmers be able to compete with subsidized US meat?
The US Government has also complained that Malaysia's *halal *requirements
are 'relatively strict'. The US Chamber of Commerce and American Malaysian
Chamber of Commerce support ensuring that 'Malaysia's policies are not
unduly restrictive' for *halal* products. If Malaysia has to reduce its*halal
*requirements to suit American exporters, what will this mean for local *halal
*producers and Malaysian consumers of *halal* products?
Given all these concerns, we call on the Malaysian Government to conduct and
make publicly available a comprehensive cost-benefit analysis about the
impact of the proposed FTA on Malaysian farmers. In the meantime it should
stop the FTA negotiations with the US.
The action committee will continue to protest and educate the farmers and
rural community over the potential impacts of US FTA if and until the
government is open for a full disclosure of the negotiation and to be
discussed wholeheartedly with all level of society before any decision are
to be make.

*Note :*
Dato Seri Rafidah was quoted saying on 23rd January 2007 that "If the talks
are to continue and to come to a good conclusion, the US has to go beyond
July 1" [Bernama], while in Davos as reported in Washington Trade Daily she
was reported saying the Malaysia and US "recommitted to conclude talks by
end of March" on 1 st February 2007.

The action committee also sees there is no coherent communication to the
public between the Minister and US Representative on the negotiation
process. While the Malaysian are reassured by the Minister on 17 th January
2007 as saying "I doubt it very much because July is only a few months away
and we are not negotiating every week. This is a serious broad-based
discussion. I am not very optimistic". In the same while, after the 4
thnegotiation, US Deputy Trade Representative, Karan Bhatia is
reported saying
"the US is optimistic the current free trade agreement (FTA) talks with
Malaysia will be concluded by end-March following positive progress of the
negotiations".

"If they (the US) want to finish by July, I do not see it happening because
of so many issues to cover …" [Rafidah Aziz; 17 th January; BERNAMA].

 Further info Nizam Mahshar [0194777755]

--
M Nizam Mahshar
Institut Latihan Anak Muda (ILHAM),
1313, Jalan Permatang Bertam,
13200 Kepala Batas, Seb Prai (U),
P.Pinang
Tel / Fax : 6 04 5754750
Email : [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to