Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam mempelajari bahasa Inggeris kita mungkin sering tertanya-tanya apakah 
topik-topik yang perlu kita pelajari untuk sekurang-kurangnya dapat menguasai 
asas bahasa Inggeris. Begitu juga apabila kita sendiri ingin mengajar anak-anak 
kita bahasa Inggeris atau kita ingin menghantar anak-anak kita ke kelas tuition 
bahasa Inggeris. Apakah topik-topik yang perlu dipelajari terlebih dahulu untuk 
mengukuhkan fundamentals atau asas kita dalam bahasa Inggeris?
  
 
 Dalam bahasa Inggeris, secara amnya ada  LAPAN aspek atau topik dalam bahasa 
Inggeris ASAS yang perlu anda pelajari secara menyeluruh untuk memastikan yang 
anda dapat menguasai FUNDAMENTALS OF ENGLISH GRAMMAR. Lapan topi ini ialah :-
   
  
   Nouns
   Pronouns
   Adjectives
   Verb
   Adverb
   Preposition
   Conjunction
   Articles
   
  Dalam topik kali ini kita akan melihat tentang Nouns.
  
 
 1. Nouns 
  
 
     1.1. Function of Nouns - Apa fungsi Nouns?
  
 
     Dalam topik ini anda perlu tahu apakah kegunaan nouns dan untuk apa anda 
perlu gunakan nouns. Jika anda ingin pastikan yang sesuatu perkataan itu adalah 
nouns, anda boleh rujuk kepada kamus anda. Pastikan yang kamus anda adalah 
kamus yang komprehensif dan ada menyenaraikan apa jenis perkataan dalam kamus 
itu.Nouns 
  
 
    i. Orang - seperti Ali, Siti, student, teacher, boy dan sebagainya
  
   
  ii. Tempat - seperti Kuala   Lumpur, office, house, city
  
 
 iii. Benda - seperti car, phone, computer
  
 
 iv. Haiwan - seperti GArfield, King Kong, cat, dog
  
 
 v, Abstrak - Untuk menamakan perasaan, keadaan, situasi seperti anger, 
sadness, 
  wisdom, happiness dan sebagainya
  
 
 
     1.2  Common Nouns and Proper Nouns - Kata Nama Biasa dan Kata Nama Khas
 
       Common nouns merujuk kepada nouns yang ditulis dengan huruf kecil 
manakala Proper Nouns pula ialah Kata Nama Khas seperti Putrajaya, Ahmad, Jalan 
Tuanku Abdul Rahman dan sebagainya yang perlu ditulis menggunakan huruf besar.
  
 
    1.3  Count - Countable Nouns and Uncountable Nouns - Kata Nama Boleh Dikira 
dan Kata Nama Tidak Boleh Dikira
  
 
  Countable nouns ialah nouns yang boleh dikira dan boleh ditambah 's' untuk 
menunjukkan bilangan yang lebih dari satu seperti 'one car', 'two cars, 
manakala Uncountable Nouns ialah jenis Nouns yang tidak boleh dikira dan tidak 
boleh ditambah 's' dihujungnya walaupun jumlahnya banyak seperti 'too little 
sugar' dan 'too much sugar'.
 
   1.4  Plural and Singular Nouns - Kata Nama Majmuk dan Kata Nama Tunggal 
 
   Plural nouns ialah nouns yang boleh dikira dan oleh itu boleh ditambah 's' 
atau 'ies', atau 'es' , 'ves' dan sebagainya untuk menunjukkan bilangan yang 
lebih dari satu.
 
 Contoh - one car - two cars   one baby-two babies  one thief-three thieves
  
 
 
  Singular nouns pula ialah untuk menunjukkan bilangan nouns ialah tunggal 
dalam Countable Nouns. Dalam Uncountable Nouns pula ianya cuma dalam bentuk 
Singular dan tidak boleh dalam bentuk plural seperti sugars, cofees dan 
sebagainya.
 
   1.5  Collective Nouns - Kata Nama Berkumpulan atau Penjodoh Bilangan 
Berkumpulan
 
 Collective nouns pula ialah penjodoh bilangan untuk nouns yang banyak. Dalam 
bahasa Melayu kita pun turut menggunakannya seperti sesikat pisang, sekawan 
burung dan sebagainya. Bagaimanapun dalam bahasa Inggeris ianya lebih meluas 
seperti a herd of cattle, a swarm of bees, a troop of monkeys dan sebagainya.
  
 
 Sila rujuk kepada buku Easy English yang ditulis oleh Nor Bi terbitan 
Karangkraf untuk senarai yang lengkap.
  
 
   1.6 Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan
  
 
 Possessive nouns bertujuan untuk menunjukkan yang sesuatu itu dimiliki atau 
dipunyai oleh sesuatu nouns itu dan ianya melibatkan penggunaan ( 's ) ataupun 
sekadar menambah apostrophe ( ' ) sahaja.
  
 
 Kalau singular nouns - tambahkan ('s) kepada nouns itu seperti
  
 
 Ali's car, yusoff's book, the student's work dan sebagainya
  
 
 Oleh itu kalau anda tambahkan 's kepada sesuatu singular nouns seperti dalam 
Ali's car ianya memberi maksud - kereta Ali ataupun kereta kepunyaan Ali.
 
 Kalau plural nouns - Oleh kerana plural nouns sudah secara asalnya mempunyai 
's' dihujungnya maka anda cuma perlu tambahkan ' sahaja  kepada nouns itu 
seperti
 
 the students' car, the teachers' building book, the dogs' owner dan sebagainya
 
 
 Diharap anda boleh memahami penerangan ringkas tentang nouns dalam topik ini.
   
  ***Nota penuh tentang Pronouns ini diberikan kepada mereka yang join Kelas 
English Online dan lain-lain aspek pronoun yang diterangkan termasuklah 
Possessive Pronound dan apa perbezaanya dengan Possessive Adjective.
   
  **Sila layari laman web saya di www.knowledgecentre.wordpress.com untuk tips 
dan artikel percuma tentang bahasa Inggeris.
  
 
---------------------------------
We won't tell. Get more on shows you hate to love
(and love to hate): Yahoo! TV's Guilty Pleasures list.

Reply via email to