Seringkali kita dengar usahawan Melayu yang
rata-ratanya beragama Islam ada yang gagal dalam
bidang perniagaan. Walaupun terdapat beberapa agensi
kerajaan yang khusus untuk membantu bumiputera
berniaga namun masih kedengaran suara sumbang yang
mengatakan orang Melayu tidak pandai berniaga, banyak
hasad dengki, tidak pandai melayan pelanggan dan
sebagainya. Mungkin ada kebenarannya dan mungkin tidak
semuanya seperti itu.

Namun terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan
kegagalan perniagaan usahawan Melayu. Faktor tersebut
adanya unsur sihir serta ilmu hitam untuk menjatuhkan
perniagaan seseorang itu. Perkara ini tidak pernah
disentuh secara khusus oleh mana-mana agensi yang
membantu peniaga-peniaga Melayu.

Sebelum ini saya telah mendengar cerita dari sumber
yang boleh dipercayai bahawa ilmu hitam atau sihir
digunakan untuk menjatuhkan peniaga-peniaga yang
meningkat maju untuk mengurangkan persaingan. Antara
cerita yang biasa didengari ialah bagaimana pelanggan
tidak nampak kedai atau premis perniagaan, kalau
nampak pun ianya seperti sudah ditutup atau tidak
beroperasi. Setelah mendapat bantuan alim ulamak dan
dilakukan usaha untuk memulihkan kedai tersebut
menurut syariat Islam barulah kedai yang disihir tadi
pulih semula.

Hari ini saya sendiri melalui kejadian yang serupa.
Saya telah memasang niat untuk pergi ke kedai Melayu
tersebut kerana untuk mendapatkan perkhidmatan, dari
jauh saya telah nampak kedai tersebut. Apabila saya
memasuki kawasan kedai tersebut, entah macamana saya
termasuk ke kedai yang lain. Apabila saya berada dalam
kedai tersebut saya terasa begitu tidak selesa dan
tertanya-tanya kenapa saya berada di kedai tersebut.
Setelah sedar barulah saya tahu saya berada di kedai
yang salah dan beristighfar. Lalu saya keluar dengan
berhati-hati dan mencari kedai yang sepatutnya saya
pergi.

Ketika mendapatkan perkhidmatan di kedai yang
sepatutnya, saya tanyalah kepada Pak Haji (sebab dia
pakai kopiah) yang menjadi taukeh dan pekerja. Saya
tanya dah berapa lama berniaga, dia kata tujuh bulan.
Semenjak berniaga ada tak apa-apa masalah atau orang
kacau. Pak Haji tadi mulanya tidak faham maksud saya.
Lalu saya katakan ada tak orang cuba sihir kedai dia.
Baru dia teringat dia ada ternampak kesan air berwarna
di luar kedainya yang tidak terdapat dikedai lain pada
waktu pagi. Juga beberapa limau nipis.

Setelah panjang berbual dengan Pak Haji tadi, saya
katakanlah kepada beliau, cubalah minta bantuan
daripada alim ulamak untuk mendapatkan perlindungan
daripada sihir yang menutup kedainya. Cubalah jumpa
Sheikh Faiz ( adik Mufti N.Sembilan ), atau Mufti
sendiri atau sesiapa yang mengamalkan perubatan Islam
. Pak Haji tadi mulanya rasa tak berapa yakin, tetapi
setelah dibuka cerita bagaimana dia dulu pun pernah
berniaga di tempat lain orang ramai keliling kedai
tapi pelanggan kurang.

Dalam hati saya mungkin telah ditakdirkan untuk saya
ditarik masuk ke kedai yang pertama tadi untuk melihat
sendiri apa yang berlaku.

Justeru saya berbincanglah dengan AJK Surau supaya
ditekankan perkara sihir dan ilmu hitam ini , dimana
masyarakat Islam kita semakin lalai. Ianya perlu
dibentangkan dalam kuliah, dalam ceramah, dalam
ceramah agar umat Islam mengambil langkah-langkah yang
menurut syariat untuk meminta pertolongan daripada
Allah agar dijauhi daripada keburukan sihir dan ilmu
hitam dalam kehidupan seharian.

Terlalu banyak cerita mengenai sihir dan ilmu hitam
ini yang hendak diceritakan. Malah dalam Al Quran dan
Hadith banyak diterangkan langkah-langkah untuk
mengelakkan sihir dan ilmu hitam ini dengan izin
Allah. 

Oleh itu saya nasihatkan kepada umat Islam semua agar
mengambil serius perkara ini. Dapatkanlah nasihat dan
panduan dari alim ulamak. Hidupkanlah dan makmurkanlah
masjid dan surau di kariah kita. Kerana kemakmuran
masjid dan surau di tempat kita adalah merupakan nadi
untuk mengelakkan daripada keburukan sihir dan ilmu
hitam. Disamping kita menghidupkan rumah kita dengan
solat, solat sunat, zikir, bacaan Al Quran dan
sebagainya.

Antara yang ditekankan oleh pengamal perubatan Islam
kepada saya ialah, sebelum Maghrib pastikan keluarga
kita terutama anak-anak tidak berada diluar rumah.
Sesiapa yang ada hobi memancing malam, hentikanlah,
atau jangan memancing waktu malam, senja, awal pagi,
sebelum subuh. Jangan makan ditempat yang kita tidak
biasa, paling baik makan dirumah, kalau berjalan
ditempat yang kita tidak biasa, bawalah bekal. Dan
beberapa panduan, dengan izin Allah dapat melindungi
kita dari keburukan sihir dan ilmu hitam.

Sehebat mana ilmu hitam seseorang , kita jangan lupa,
Allah adalah lebih berkuasa, yang menjadikan setiap
makhluk di muka bumi dan alam ini termasuk jin dan
syaitan.

Sesiapa yang ada kemusykilan jangan tanya saya, kerana
saya hanyalah insan biasa, tanyalah tok-tok guru, alim
ulamak yang sering datang berceramah di surau dan
masjid berhampiran kita.

Sekian, wassalam.


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   





 
____________________________________________________________________________________
We won't tell. Get more on shows you hate to love 
(and love to hate): Yahoo! TV's Guilty Pleasures list.
http://tv.yahoo.com/collections/265 

Reply via email to