Nampaknya remaja dan masyarakat Orang Asli di Malaysia
ini lebih faham Islam berbanding “Mukhsin” yang begitu
hebat dipromosi sekarang ini. Hanya satu cara untuk
mengelak gejala social yang semakin serius , iaitu
Berkahwin seperti yang dianjurkan oleh Islam. SYABAS
kepada remaja Orang Asli yang berkahwin secara sah dan
halal pada usia 13 tahun kerana lebih berani
mempraktikkan Islam berbanding Melayu professional
yang suka hidup bebas, ber”couple” , serta menetapkan
hantaran perkahwinan yang tinggi, mengadakan kenduri
kahwin bermewah-mewahan sehingga menyusahkan para
remaja Melayu untuk berkahwin.

******************************* 
Pasangan 13 tahun Orang Asli antara 10 kahwin serentak

Berita Harian 9 Mac 2007. KUALA BERANG: Sepuluh
pasangan pengantin Orang Asli, termasuk pasangan
termuda masing-masing berusia 13 tahun dinikahkan
serentak oleh 10 jurunikah di Perkampungan Sungai
Berua, di sini, semalam.

Walaupun majlis yang julung kali itu diadakan secara
besar-besaran dan disaksikan lebih 2,000 masyarakat
tempatan, Syukri dan sembilan lagi pengantin lelaki
melafaz nikah hanya sekali saja.

Majlis akad nikah 10 pasangan itu dianggap bersejarah
apabila pengantin lelaki membaca lafaz taklik dalam
tulisan jawi tanpa bantuan jurunikah. 

Mereka kemudian diarak ke tempat persandingan dengan
paluan kompang.

Majlis akad nikah itu diketuai Pegawai Agama Istana
Negeri, Mohd Shukri Ali yang turut disaksikan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan
Kebajikan negeri, Datuk Rosol Wahid serta Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Telemong, Rozi Mamat.

Hadir sama, Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Shaikh Harun
Ismail; Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Rozali Salleh
serta Tok Batin Sungai Berua, Rusli Desoh.

Rosol berkata, pasangan yang dinikahkan semalam hanya
mengikuti kursus perkahwinan anjuran JHEAT selama
seminggu dan dianggap antara majlis pernikahan
terulung di negeri ini.

"Selepas ini, kita bercadang mengadakan majlis sama
secara serentak di perkampungan Orang Asli Sungai
Pergam, Kemaman dan Sungai Keruak, Besut," katanya.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Nasional/20070308232438/Article/


************************************* 
‘Mukhsin’ bukan budaya Melayu Islam oleh Khairul Anuar
Musa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Berita Harian 12 Mac 2007. PENAYANGAN filem keluaran
terbaru Yasmin Ahmad iaitu ‘Mukhsin’ baru-baru ini
memaparkan kehidupan masyarakat kampung terutama
Melayu Islam wajar dikaji semula kerana ia tidak
membawakan ciri-ciri kehidupan sebenar masyarakat
Melayu Islam di Malaysia, terutama masyarakat kampung.


Tindakan ibu bapa di dalam cerita berkenaan yang
membenarkan anak gadis mereka keluar bersama-sama
seorang budak lelaki dalam keadaan berdua-duaan
menimbulkan persepsi dan kesan kepada ibu bapa dan
golongan remaja khususnya. 

Di dalam filem berkenaan, budak perempuan yang berusia
10 tahun dan budak lelaki berumur 12 tahun di mana
kedua-duanya menghampiri waktu akli baligh boleh
menjuruskan kepada masalah lebih besar iaitu masalah
sosial. 

Cerita itu juga memaparkan kisah percintaan pada usia
remaja. Keadaan ini menyebabkan golongan remaja
khususnya kanak-kanak merasakan percintaan pada usia
muda ini dibolehkan. Ia sama sekali tidak selari
dengan pendidikan akhlak masyarakat Timur. Islam turut
menyebut di mana usia seawal satu hingga 12 tahun
adalah usia untuk ibu bapa mendidik anak dengan akhlak
terpuji bukan dengan membenarkan mereka bergaul bebas
antara lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam keadaan
sunyi dan terpencil. 

Saban hari kita mendengar berita masalah sosial
seperti seks luar nikah, pembuangan bayi dan
sebagainya. Dalam kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil, pada 9 Mac lalu mengenai kepentingan golongan
lelaki harus dihukum sama dalam isu pembuangan bayi,
beliau mengatakan ‘kita amat menyokong saranan Ketua
Polis Negara yang mahu undang-undang dikaji semula
untuk memastikan golongan lelaki yang terbabit dalam
kes itu turut dipenjaraÂ’. 

Ini jelas membuktikan masalah sosial seperti buang
bayi semakin meningkat di negara ini dan golongan
terbabit adalah remaja. 

Adakah filem ini menggambarkan ciri dan budaya sebenar
masyarakat Timur? Wajarkah kita mengikut gaya hidup
kebanyakan masyarakat Barat yang membenarkan anak
mereka bergaul bebas lelaki dan perempuan?

Justeru, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) terpanggil untuk menyuarakan pandangan
disebabkan masalah sosial kini semakin kritikal dan
mencadangkan supaya penayangan filem ‘Mukhsin’ dikaji
semula.

KHAIRUL ANUAR MUSA,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Surat/20070311222905/Article/



     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   






 
____________________________________________________________________________________
Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396546091

Kirim email ke