polemik akidah dulu ke khilafah dulu dah lama saya dengar.. sama spt ayam dulu ke telur dulu..
kalau dikaji realiti Rasulullah SAW berdakwah pun baginda memang berdakwah memperbetulkan akidah masykt jahiliah kpd akidah Islam. tapi timbul persoalan adakah baginda berdakwah sehingga semua ahli masykt mekah masuk menganut akidah Islam?? Tidak... Ternyata majoriti msykt quraisy baik pemuka2 mahupun rakyat biasa tidak memeluk Islam, termasuklah bapa saudara baginda sendiri. Adalah mustahil kalau kita mengambil satu sikap yang tidak ada keabsahan praktikalnya krn Sirah pun telah menunjukkan perkara itu tidak akan terjadi. Ternyata dalam dakwah baginda selain mengajak kpd Islam, baginda juga melakukan Thalabun Nusrah iaitu meminta kuasa politik penuh utk menerapkan Islam sepenuhnya secara bernegara daripada kabilah2 yg kuat. Realitinya baginda berjaya mendapat nusrah daripada Aus dan Khazraj di Madinah. Perlu diketahui bukan semua msykt Madinah memeluk Islam ketika Rasulullah SAW memerintah Islam. Namun begitu mereka tidak menolak utk menerima Rasul dan Islam utk diterapkan krn mereka sudah ada pengetahuan ttg Islam, disamping itu para pemuka madinah telah pun membaiah baginda walaupun terdapat sekelompok minoriti mrk2 yg tidak bersetuju spt kelompok yahudi. Jadi kalaulah kita perlu menunggu semua umat Islam betul akidahnya baru diterapkan Khilafah, perkara itu adalah mustahil dan tidak praktikal sama sekali. Realitinya, masalah aqidah yg menimpa umat Islam hari ini kian parah kerana hasil daripada penerapan sistem-sistem kufur. sebagai contohnya, kenapa ajaran sesat tidak dapat dibendung?? krn org yg mengamalkan ajaran sesat tidak dihukum dengan hukum Allah menyebabkan mereka berani meneruskn ajran sesat mrk dan setrusnya mendakyahkan kpd org lain. Persoalan selanjutnya kenapa hukum Allah tidak diterapkan?? kerana kita mengamalkan sistem pemerintah demokrasi iaitu manusia berhak menentukan hukum yg merka mahu sedangkan menentukan hukum hanya hak Allah SWT.. maka, disebabkan hal itu mereka mengundi utk menolak hukum Allah dan menerima hukum ciptaan merka sendiri. Maka masalah ajaran sesat dan murtad tak akan selesai malah kian parah. Kenapa anak muda hari ni makin ramai yg murtad dan terjebak dlm gejala sosial?? Jwpnnya yg selalu diberikan adalah kurang didikan agama. Memang benar jwapan ini.. tapi tanya balik kena tanya balik kenapa kurang didikan agama?? Apa yang berlaku pada sistem pendidikan negara?? Sistem pendidikan apa yang kita pakai sehingga makin ramai anak muda terjebak dalam murtad dan gejala sosial?? Sistem pendidikan Islam ke atau sekular?? ternyata jwapnnya sistem pendidikan sekular krn berlaku pemisahan antra subjek P.Islam dan subjek2 lain sehingga mojoriti kita termasuk saya sebelum ini tidak tahu yg Islam mengatur permasalahan sosial, ekonomi, politik, pendidikan, pemerintahan, sains dan teknologi, dasar-dasr luar negara dan sebagainya. Hari ini subjek2 lain yg diajar kpd murid2 kita semuanya diadopsi dari barat. Kesannya lahirlah masykt berakidah Islam tetapi berjiwa sekular. Maka bayangkan betapa rapuhnya jiwa anak muda kita hari ni. sebab tu bila diseru kpd kekafiran, diserang akidah anak muda kita hari ini maka begitu mudahnya mrka tumbang... jadi kalau ditanya pada saya persoalan akidah dulu ke khilafah dulu, saya jawab kedua-duanya perlu berlaku serentak. kerana itu yang Rasulullah SAW lakukan dan baginda adalah uswatun hasanah. Bagi permasalahan wujudnya individu2 dari kelompok2 dakwah tertentu yg menghina kelompok dakwah lain maka individu2 tersebut perlu dimuhasabah. saya yakin penghinaannya itu bersifat individu bukan pandangan rasmi yg kelompok mreka. andaikata dia berdegil juga, pedulikan org2 spt ini. jangan biarkan org spt ini memecah belahkan umat Islam. kalu mampu tanganilah org spt ini dgn melaporkan kpd pemimpin rasmi pertubuhannya.. Ingat kesatuan umat adalah paling utama. Namun begitu, harus difahami dengan bijaksana antara muhasabah dgn penghinaan. Wallahua'lam, saksikanlah Ya Allah, aku sudah menyampaikan. "nik mohd abduh"@yahoo.com wrote: assalamualaikumm..kepada saudari yati...berhati2lah dalam memperkatakan sesuatu perkara..janganlah diremeh3kan usaha2 para mufti kita..adakah mufti2 kita ada seratus tangan untuk semua masalah dalam negara..kalau mufti kita ada 100tgn sekalipun,mampukah beliau buat semua perkara berseorangan??..mereka membongkar dan kitalah yg mencegah..betul tak???...usaha membongkar masalah dalaman negara adalah usaha murni..kita ni yg duk kata kat mufti,apa yg dah kita buat???kalau setakat tulis emel tuk hentam usaha murni mufti2 malaysia,baik kita duk di rumah banyakkan membaca dan terus bekerja utk islam..ingatlah,ilmu kita ni sikit sangat jika nak dibandingkan dengan para mufti...dan usaha mereka lebih berani daripada kita nih..duk senyap dan tunggu masa nak bom usaha mufti.. berkenaan parti2 politik di malaysia..biarkanlah mereka berpolitik..jangan dinasabkan kepada parti seluruhnya sekiranya ia bukan pendirian parti tersebut..dapat tangkap maksud saya?...kalau ader beberapa individu yg memperjuangkan agenda politik semata2,itu bukan manhaj parti islam di malaysia ni..kene byk mengkaji dan mengenali manusia..kenalilah mereka2 yang terlibat dalam politik tanah air..mereka dah byk beri sumbangan kepada kita..kita je yang terlalu byk membantah..kononnya dah banyak usaha dibuat..kononnya ilmu kita ni banyak sgt..berlapang dadalah saudari.. tentang masalah khilafah ni..ketika Rasulullah memulakan dakwah baginda..adakah baginda duk sibuk membicarakan soal khilafah????apa yang pertama sekali Baginda buat?membersihkan hati2 manusia..akidah2 masyarakat zaman jahiliyah..bukan berusaha utk membina sebuah daulah..!!..adakah dengan adanya khilafah/daulah segala masalah akan selesai??..pokoknya,mantapkanlah iman dahulu..bersihkanlah hati kita ni dulu daripada serangan2 akidah daripada golongan yg sesat macam ayah pin atau syiah..setel kan perkara pokok dulu baru fikir nak tubuhkan daulah/sistem khilafah..ini duk terhegeh2 mengejar sistem khilafah..tapi soal akidah pun tak setel lagi..adakah golongan murtad2 di malaysia nih murtad sebab takdenye khilafah atau sebab kurangnya pemahaman dalam akidah kita?fikirkanlah...wahyu tidak turun sekaligus kepada nabi Muhammad..macam tulah juga dalam pembinaan sistem khilafah..bukan senang nak bina khilafah..saudari ingat buat sistem khilafah macam buat kuih raya..?..dan bukan sistem khilafah utk negara yg kita kejarkan..tetapi khilafah islam dalam diri setiap individu muslim yg kita nak bentuk..biar manusia betul2 faham..ada sistem khilafah pun,tapi manusia kat bawah tak setel akidah..maka bertambah ramailah mereka yang sesat dan murtad..!! berkenaan memperjuangkan "kebodohan" masing2,saya amat tidak bersetuju..siapa lah kita utk berkata demikian...bagi saya,adalah lebih bodoh kalau kita senyap dan tak buat apa2...jangan kerana asyik dan tegar dengan HT kita lupa jasa parti2 atau jemaah2 islam lain..setakat saya kenal orang2 HT,KEBANYAKANNYA hanya pandai meng"condemn" usaha murni jemaah2 islam di malaysia..kalau betul bawa manhaj alquran dan sunnah..ikutlah apa quran kata...jangan kita memandang rendah orang lain..kemungkinan mereka lebih baik daripada kita..janganlah kita menghina orang..jangan kita memanggil orang dengan gelaran2 yg tidak baik..kalau ikut manhaj quran,jgn suka2 hentam orang.. saudari yati..berlapang dadalah dalam menilai sesuatu perkara..jangan pandai berbicara tapi tak pernah berusaha ke arah apa yg dibicarakan..wassalam... --------------------------------- From: Yati Reply-To: hidayahnet@yahoogroups.com To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Luahan rasa - Orang Islam mesti baca Date: Sun, 4 Mar 2007 18:10:34 -0800 (PST) Terasa sedih betul hari ni. Air mata tak berenti meleleh dari tadi. Dada pulak asyik sebak je. Kat tangan ni masih lagi menggenggam SN terbaru keluaran HT Malaysia. SN 111 MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB. Terasa kecik sangat diri ni. Lalai, pentingkan diri, tak berguna dan macam-macam lagi. Rasa-rasa waktu ni nak pi duk kat tepi jalan nak tarik baju semua orang ISLAM yang lalu ajak supaya bersama dan cepat-cepat dapat tegakkan semula DAULAH KHILAFAH. Bila di kesat air mata barulah diri ni nampak jelas realiti yang ada. Oh ..aku duk kat Malaysia rupanya. Kan aman kat sini. Yang ada pun cuma parti-parti politik periuk nasik. Yang masing-masing pentingkan agenda politik sendiri. Ada yang membela BANGSA YANG SAH-SAH RASULULLAH HARAMKAN dan ada pulak yang membela Islam tapi Islam yang dibentuk sendiri supaya boleh masuk dengan keadaan sekarang. Yang kalau salah satu dari mana-mana yang berkuasa pun tak akan dapat mengembalikan kemuliaan ISLAM tu sendiri. Sebabnya ..remote control untuk setiap negara bangsa kat dunia ni ada kat tangan kafir-kafir Amerika, Britain dan Yahudi. Jadi kalau berkuasa mana-mana parti pun berani ke sorang diri sebatang kara nak tegakkan Islam ikut Quran dan Sunah????Besar mana la sangat Malaysia ni. Dah la tu, umat Islam kat dalam ni pun berpuak-puak. Setiap ahli dari parti-parti ni yang majoritinya orang Islam, tak habis-habis berperang satu sama lain menegakkan kebodohan sendiri sambil diperhatikan oleh kafir-kafir dalam dan luar negara. Maka bertepuk tangan dan ketawa bergulung-guling la kafir-kafir ni tengok acara perang antara umat Islam ni. Ternyata, jarum assobiyyah yang disuntik telah menjalankan ubatnya keseluruh urat saraf umat-umat ni menjadikan mereka pengikut jumud dan jahil tegar. Tak sudah dengan tu, masing-masing berlumba-lumba mengangkat dan menjunjung Mufti-mufti kesukaan masing-masing. Maka berlumba-lumbalah para Mufti dengan isu-isu hebat semasa, membongkar isu murtad, nak intip orang khalwat dan macam-macam lagi. Tak ke kita semua sedar bahawa sangat la besarnya tanggungjawab Mufti ni pada umat. Keja dia bukannya membongkar masalah-masalah yang wujud tapi mencegah dari wujudnya masalah tu. Kalau betul la semua mufti yang ada sekarang ni benar-benar menjunjung Islam dan sanggup mati keranaNya, dah lama perkara maksiat akan tercegah hukum uqubat Islam terlaksana. Kita sekarang ni dok sibuk menguis-nguis masalah yang datang yang sebenarnya berpunca dari sistem buatan kafir yang rosak. Jadi kita dok tolak masalah yang akan datang balik suatu masa nanti sebab ibu sawatnya tak diganti. Kita sekarang sedang mengubat penyakit bukan mencegah. Kita dok rawat masalah dengan sistem buatan manusia yang ada, bukan mencegah dengan menukar kepada sistem yang telah Allah turunkan, SYARIAT ISLAM. Nak tulis panjang lagi, rasa-rasanya, nanti ramai pulak yang kena serangan darah tinggi. Aku sendiri pun nak pi cari siapa yang boleh bawak aku supaya cepatnya tertegak KHILAFAH ni supaya aku ada perisai untuk berlindung. Aku takut mati lebih-lebih lagi kalau mati sia-sia dalam keadaan jahiliah. Abdullah bin Umar meriwayatkan, Aku mendengar Rasullullah mengatakan, Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan di pundaknya tidak ada baiah(kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahilliyah (HR Muslim). --------------------------------- Get your own web address. Have a HUGE year through Yahoo! Small Business. --------------------------------- Block pop-up ads with MSN Toolbar. --------------------------------- The fish are biting. Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.