Assalamualaikum,
Pernah dengar tak dlm drama ade byk. Sorang mak, dia sedar anak dia sibuk 
tolong dia buat kerja. Pastu mak tanya, “ko ni nak bodek ape aa kat mak yang 
sibuk2 cuci pinggan nih?” tak pun di situasi yang lain, sorang mak tak sedap 
sangat2 rasa hati rupa2nya anak dia ditimpa kemalangan? Ataupun, sorang mak ni 
bgtau anak dia yang kekonon nak berahsia dgn mak sendrik kata kat anak dia, 
“Ala, ko kalau tak bgtau aku pun, aku taunye apa dalam hati ko tu.”
  
Aha, nila magic. Kalau mak2 yang membaca ni pernah rasa maka itulah yang 
dinamakan firasat atau bahasa omputehnya intuition. Sebenarnya, dalam kita 
mendidik anak2 ada baiknya jugak kalau kita gunakan gerak hati ni. Sebenarnya 
gerak hati ni ALLAH berikan pada kita sebagai ibu ni dan ada kalanya abah untuk 
memahami anak2. 
  
Gunanya adalah untuk kita memahami anak2 tanpa mereka bgtau kita apa yg mereka 
mahukan. Ok, kalau satu masa tu, kita rasa anak kita ni macam buat benda yang 
tak betul, so, kita nasihat la dari hati ke hati. Jgn abaikan doa sekali sebab 
apa saja yang kita lakukan biarlah harapan kita digantungkan pada Yang Maha 
Kuasa.
  
Selalunya hati kecil kita sentiasa benar dan bersifat suci. Inilah fitrah 
manusia sepertimana juga fitrah seorang anak yang baru lahir, hatinya suci 
bersih seperti kain putih. Tapi ramai yang tak percaya. Ada yang kata aku ni 
jahat, ko buat lah mcm mana pun aku tetap jahat. Sebenarnya itu melawan fitrah. 
Jauh di satu sudut hati kita mahu kita menjadi baik. 

Sabda Rasulullah SAW: "Anak dilahirkan suci bersih. Ibu bapanyalah yang 
menjadikan ia Nasrani, Yahudi atau Majusi." (Riwayat Bukhari)

Mengapa Ibu Lebih Rapat Dengan Anak-Anak?
1. Kerana ibu mengandungkan si anak di dalam rahimnya selama sembilan bulan 
sepuluh hari. Mereka berkongsi saluran pernafasan dan saluran makanan yang 
sama. 
2. Ibu lazimnya mengasuh, membela dan mendidik anak dari kecil hingga dewasa. 
3. Tangan ibu menyuapkan makanan ke mulut si anak. 
4. Anak perempuan mahupun anak lelaki sering bersama, bertemu dan mengadu hal 
kepada ibu. 
5. Ibu lebih bersifat lemah lembut dan lunak hati. Ini yang memudahkan anak 
berhubung dengannya.

Atas sebab tula kalau anak nangis ke sakit ke kan selalu dia panggil mak dari 
panggil abah, kecuali la mak dia ganas ataupun mak dah takde kan. Sebab itulah 
apa yang terlintas dalam minda seorang ibu harus ditanggap dengan cepat dalam 
menangani masalah anak-anak. Apabila ibu melihat dan merasa ada perkara yang 
tidak kena dengan anaknya, ibu harus bertindak cepat dan jangan membiarkan ia 
berlalu begitu sahaja.
  
Apa yang hati kecil kita rasa, itulah sebenarnya perasaan yang mutlak. Hati 
kecil yang sifatnya suci tidak mungkin menipu perasaan kita. Jika hati kita 
hampir dengan Allah SWT, maka Allah akan mendatangkan ilham ke dalam hati kita 
untuk memberi petunjuk atau gerak hati di dalam menangani sesuatu perkara atau 
masalah.
  
Mcm tu la alkisahnya gelombang minda. Sebenarnya bukan mak dgn anak aje yang 
ada gelombang minda. Kita2 ni pun tapi kalau rapat la. Sebab tu, sorang isteri 
yang betul2 cintakan suami dia, akan sentiasa ternampak2 muka suami dia even 
suami dia takdela encem sangat..ahak..
  
Saya ada satu cerita kawan saya. Parents dia mmg nampak okla, takdela 
menunjukkan sangat ciri2 romantik tapi kira ok la… satu hari yg mak tu terasa 
nak beli gunting rumput tu. Ape ntah namanya saya pun tak pandai sangat tapi 
gunting besar tu la. Yang abah dia pulak teringat jugak nak beli benda yang 
sama. Maka, masing2 bawak balik gunting besar masa balik keje. Comelkan? Benda 
yang nampak mustahil tapi ye lah…nampak sangat ade kesatuan dalam pemikiran. 
Pernah rasa tak?
  
Pengalaman saya sendiri, masa nak namakan anak yang baru ni lahir. Saya memang 
berhajatkan nama Uwaiys tapi saje nak tanya abah dia nak letak nama apa ye baby 
kali ni. Bila bukak msg, suami saya pun cadangkan nama yang sama. So, tak payah 
nak berbahas sbb yg sebelum2 ni kami masing2 ada cadangan sendiri. 
  
Tu jelah sekadar panduan untuk diri dan yang membaca. Percayalah pada hati. Jgn 
sampai tersilap dan tak dapat bezakan kata hati dgn bisikan syaitan. Salam!!!


Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah, 
YM : sitisifir10 

  http://sitisifir10.blogspot.com/ 
   

 
---------------------------------
Now that's room service! Choose from over 150,000 hotels 
in 45,000 destinations on Yahoo! Travel to find your fit.

Kirim email ke