Desakan ini boleh bermula dari kita sendiri sebagai ibu bapa, abg atau kakak 
sesebuah keluarga..., jika kita tidak menyokong rancangan2 yang berbentuk 
hiburan ini, maka rancangan hiburan dan separa lucah ini tidak akan timbul...
   
  Saya tertarik dengan kandungan Mastika bulan Feb yang menyentuh mengenai ibu 
bapa yang 'open minded'. Segalanya boleh bermula di rumah apabila ibu bapa 
sendiri di depan anak-anak menonton rancangan hiburan seperti AF, MI dan 
lain-lain drama yang menunjukkan aksi bersentuhan yang melampau dan separa 
lucah. Walaupun tidak secara langsung, ia menunjukkan yang ibu bapa menerima 
budaya tersebut dan secara tidak langsung anak-anak akan menganggap perbuatan 
tersebut diterima oleh ibu bapa mereka. Apabila kekerapan menonton rancangan 
tersebut bertambah, secara automatik, otak kita akan di'set' bahawa perkara 
tersebut boleh dilakukan tanpa ada halangan agama dan lain2 lagi.... Sekian...

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
             setuju sangat kalau desak kerajaan hapus semua tu.tapi soalnya 
siapkah yang patut berada di depan dalam desakan ini? alangkah baiknya kalau 
mufti yang berani lagi lantang yang jadi pemimpin kepada desakan 
sebegini.desakan yang diiringi olih ucapan terima kasih kepada PM mungkin lebih 
afdal.dan sepatutnya tak perlu timbul soal intipan kalau desakan untuk 
menghapuskan semua punca maksiat dan kemungkaran ditujukan terus kepada 
kerajaan olih tok mufti.kalau tak ada lagi punca maksiat maka tak akan ada 
pihak yang bolih mengintip.
  olih itu tok mufti patut membetulkan teguran pasal intipan ini kepada teguran 
yang menjadi pemangkin desakaa menghapuskan punca maksuiat dan mungkar kepada 
kerajaan dan polimik mengenai intipan akan terhenti sendiri.tok mufti yang 
mulakan maka adil tok mufti yang selesaikan sesuai saranan dari pihak yang 
menyokong tok mufti agar desakan dibuat kepada kerajaan untuk menghapuskan 
semua punca maksiat dan mungkar

"nik mohd abduh"@yahoo.com wrote:
          kalau saudari mahukan sangat pandangan ulamak muktabar berkenaan 
"tajassus" ini...ana boleh berikan..dan soal tertangkapnya pasangan suami 
isteri..dah banyak berlaku tapi perkara ni tak disebut dalam akhbar la..malu la 
pihak yg pergi buat intipan sekiranya benda ni dihebahkan..dan paling memalukan 
ada pegawai yang saya sendiri kenali,ambil gambar dan video pasangan2 yg sedang 
berdua2an dan pastuh ditunjuk2 pada kawan2..inikah konsep islam yang kita 
mahukan??in stead of intipan,lebih baik kita semua DESAK KERAJAAN untuk 
hapuskan cerita2 lucah dalam tv,CD2 lucah...kita banteras mende2 macam 
AF,MALAYSIAN IDOL dan segala bentuk punca syaitan dalam diri rakyat malaysia 
nih..ni duk tangkap sana sini,tapi AF,konsert tetap buat...sampai bila nak 
tangkap kawin tangkap kawin tangkap kawin..dah kawin cerai balik..kes2 macam ni 
dah byk berlaku..tak selesai dengan intipan..dan dalam islam pn,ade garis 
panduan..yg kita duk ikut nafsu bila bercakap tu kenapa?
  semoga Allah buka minda dan hati kita..jangan bertindak mengikut nafsu dan 
AKAL semata2..kalau dah para ulamak letakkan syarat2 dan garis panduan dalam 
soal tajassus,kita ni siapa yang nak bersuara dengan akal semata2..nnti sy 
kirimkn pada saudari kenapa tuan mufti bertindak demikian..kalau boleh,bacalah 
sampai habis..jangan kerana kita BENCI dari awal lagi ulamak tersebut,kita 
terus tolak pandangan beliau..kita smua ni dah la jahil,nak lawan ulamak 
pula..astaghfirullah...
  susah nak yakinkan manusia yg tidak mahu rujuk pada pandangan ulamak..yang 
dia nak rujuk,ular dalam semak..
  wassalam


    
---------------------------------
  From: Mira W ahmad
Reply-To: hidayahnet@yahoogroups.com
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Terima kasih PM – Mufti
Date: Wed, 14 Mar 2007 03:59:09 -0700 (PDT)

          Selama ni tak pernah sekalipun tertangkap
  pasangan suami isteri??
  Kenapa cerita dan takut kepada perkara yg 
  tak pernah terjadi.  Kenapa?
  Memang nyata lagi bersuluh yg tertangkap hasil intipan tu
  bebudak, bapa budak, pendatang asing, VIP yang buat maksiat di
  bilik khas., di private house, di rumah2 sewa di hotel2.
  Paling kurang ada rasa cemas dan bimbang pada
  lain2 couple nak buat perkara tu. walau bukan takut
  dengan dosa tapi at least dapat juga jadi ugutan pd mereka
  ugutan malu.
  Lagikan intip pun..tak terkawal. Nak mua kan glg ni ke?
  nak suruh mereka cekak pinggang cite ttg hak lak ke?
  Hak kebebasan ..pelikk.
   
   
   
  
"nik mohd abduh"@yahoo.com wrote:
          tuan mufti tak kata pun soal intip premis2 lain tu..yg  dia buka 
minda kita adala berkenaan dengan intipan terhadap mereka yg 
berkhalwat..bimbang2 tertangkap pasangan suami isteri..kalau lah si suami dan 
isterinya sedang bersama,dalam keadaan separa auratnya di tutup,datang pula 
pegawai yg membuat siasatan,tidakkah malu dan aib bagi pasangan tersebut..
  apa saudara sendiri rasa kiranya saudara sedang  bersama isteri dalam keadaan 
saudara sebegitu,datang pegawai dan tanya soalan itu ini dalam keadaan isteri 
saudara jugak tidak mnutup aurat?aib kan?tuan mufti tidak bercakap atas dasar 
kejahiklan..bliau sudah kemukakan hujjah dan dalil..kan islam itu tertegak 
dengan hujjah dan dalil dari al-quran dan sunnah..?
  soal perkara2 maksiat lain,takkan nak suruh smua benda mufti yg buat..dia 
bukannya malaikat ataupun nabi..dia manusia biasa..ader kelemahan..dia bukannya 
ader seribu mulut,seribu tangan..nak buat itu ini..dia baru je naik mufti..kita 
ni dah pndai nak condemn orang..kekadang ilmu kita ni tak cukup..hanya kerana 
kita benci dia,kita terus tak terima ilmu dia walaupun ia 
benar..fikirkanla..jgn ikut nafsu..memperlekekan ulamak besar dosanya..cuba la 
cek dalam byk2 hadis nabi..
   
  wassalam
   
   
  

            mufti ini mungkin alim dalam hal hal ilmu yang tercatit di kertas 
kertas tetapi rasanya dia jahil dalam hal hal berkaitan keadaan semasa yang 
memerlukan perkara ijtihadiyyah...sekiranya tidak perlu mengintip hal berkaitan 
maksiat kiranya tidak mahu mengaibkan manusia yang terlibat dengan maksiat 
itu...maka pihak-pihak lain yang bertugas melibatkan penguasaan undang-undang 
tidak perlulah melaksanakan pengintipan untuk mencari pembuktian kes-kes 
jenayah lain....pihak polis tidak perlulah mengintip dan menyiasat kes-kes 
jenayah yang dilaporkan dan yang berlaku...pihak kastam tidak perlulah 
mengintip kejadian penyeludupan yang dilaporkan dan berlaku... pihak imigresyen 
tidak perlu mengintip dan memeriksa premis untuk mencari pendatang asing dan 
ada 1001 macam lagi kejadian jenayah yang tidak perlu diintip , disiasat atau 
seumpamanya sekiranya kita tidak mahu mengaibkan perlakuan maksiat..maksiat 
bukan sahaja dikhususkan atas perbuatan berdua-duan dalam istilahnya
 khalwat atau perzinaan tetapi maksiat juga meliputi perbuatan mungkar yang 
lain..merogol..membunuh..menyeludup..memasuki negara cara haram , perasugut , 
rasuah dan 1001 lagi perkara kemungkaran yang mana kalau dibuktikan pastilah 
akan mengaibkan si pelaku mungkar tersebut...saranan mufti perlis bukan lah 
satu perkara baru atau membuka minda baru dalam fakta dan 
keintelektualan...tetapi sekadar memperlihatkan bagaimana seorang yang alim 
ilmu-ilmu islam pun masih jumud dan jahil dalam meng instibatkan hukum untuk 
kesesuaian keadaan yang memerlukan ijtihadiyyah baru dalam membuktikan sesuatu 
kemungkaran....
   
  Apa yang kita tidak bersetuju adalah pengintipan atau pengintaian yang 
dilakukan oleh para dalam istilahnya " mat skodeng " yang sememangnya mengintai 
dan mengintip sesuatu perlakuan maksiat itu bukan untuk pencegahan dan 
penguatkuasaan undang-undang atau seumpamanya tetapi lebih kepada keseronokan 
nafsu semata-mata..sudah tentulah hal ini terlarang...
   
  Adalah tidak adil sama sekali menyamakan tugas pegawai Jabatan Agama yang 
membuat pengintipan mahupun pemeriksaan atas seseorang ataupun premis atas 
tugas dan tanggungjawab pencegahan maksiat dan kemungkaran mahu disamakan 
dengan perbuatan mat-mat skodeng yang jelas melakukan perbuatan tersebut untuk 
tujuan kenafsuan semata-mata...disinilah menampakkan kejumudan pentafsiran 
mufti perlis dalam hal-hal berkaitan dimana beliau telah menjadi jaguh kepada 
golongan islam liberal atau yang seumpamanya yang sememangnya mahukan kebebesan 
hak untuk sesiapa pun di pelihara tanpa di nilai dengan neraca keimanan serta 
syariat islam yang syumul.
   
  Adalah lebih adil kiranya mufti perlis menjuruskan segala daya kemampuan 
ilmuannya dalam usaha memartabat dan mendaulatkan syariat Allah swt agar 
benar-benar dilaksanakan di negeri yang telah di istiharkan sebagai Perlis 
Darul Sunnah daripada mengelirukan ummat dengan pentafsiran jumud beliau dalam 
hal yang berkaitan hukum yang boleh di ijtihadkan lagi...
   
  Adalah adil bagi mufti perlis untuk melipatgandakan usaha beliau untuk 
membenteras dan mengharamkan dalam kapasiti beliau sebagai seorang mufti dalam 
perkara-perkara maksiat yang jelas berlaku yang merupakan dosa-dosa besar 
seperti seperti sport toto , kedai-kedai nombor ekor , casino judi di genting 
highland , premis-premis arak dan maksiat-maksiat lainnya yang besar sekiranya 
mufti perlis ini mendokong pegangan Al-Quran dan As Sunnah serta begitu yakin 
bahawa negeri yang beliau menjadi mufti sekarang ini sebagai negeri yang begitu 
kuat melaksanakan peraturan Al Quran dan A s Sunnah..
   
  Saya menasihatkan kepada mufti perlis janganlah kiranya atas faktor pangkat 
dan kedudukan kamu takut untuk menyentuh perkara-perkara yang lebih 
dasar...janganlah sekadar untuk menjaga periok nasi dan kemuliaan penghormatan 
dari manusia kamu takut untuk menyatakan yang HAQ walaupun pahit...janganlah 
kamu rasakan pandangan dan ilmu kamu lebih hebat dari orang lain kerana itu 
akan menjadi hijab antara kamu dengan Allah swt...
   
  Saya adalah antara mereka yang sering menjemput anda berceramah diperingkat 
awal lagi sewaktu anda dalam proses pengajian PHD anda...saya dapat rasakan 
berbezanya pandangan anda pada waktu itu dengan pandangan yang lebih bebas 
dengan hujah keilmuan anda tanpa takut menyatakan kebenaran dengan pandangan 
-pandangan anda sekarang...
   
  Adalah lebih benar kiranya anda membuktikan diri anda sebagai pelaksana 
pegangan salafiyyah dan dengan kapasiti anda sebagai seorang mufti perlis 
sekarang menutup premis-premis perjudian seperti kedai ekor dan seumpamanya di 
negeri yang anda menjadi mufti sendiri....kiranya ini tidak berlaku..kami faham 
anda bukanlah sebenarnya apa yang diharap-harapkan tetapi sekadar mereka yang 
telah berlalu sebelum anda yang sekadar memanaskan kerusi yang anda duduk 
sekarang dan mencari glamor dalam isu-isu yang mengelirukan ummat dan 
menguntungkan para mungkarat.
   
  

 
                                 

    
   
  Terima kasih PM – Mufti 
      
KANGAR 23 Feb. – Mufti kerajaan negeri Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainul Abidin 
(gambar) berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad 
Badawi yang mengarahkan supaya usaha mewujudkan kumpulan pengintip untuk 
mengesan perbuatan sumbang atau maksiat dihentikan.

Dr. Mohamad Asri memberitahu Bernama di sini, arahan yang dikeluarkan Abdullah 
sejajar dengan pandangan kerajaan Perlis sendiri yang awal-awal lagi tidak 
bersetuju terhadap tindakan mengintip bagi mengesan perbuatan maksiat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tempatan yang memetik 
kenyataan Abdullah pada sidang media di Jakarta, Indonesia sebelum berlepas 
pulang pada akhir lawatan kerja dua harinya ke republik itu.

Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa pasukan pengintip tidak perlu 
ditubuhkan untuk mencegah maksiat walaupun setiap negeri mempunyai bidang kuasa 
undang-undang di bawah Jabatan Agama Islam.

Abdullah berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan Terengganu 
mempertahankan tindakannya menggunakan khidmat individu tertentu sebagai 
pemberi maklumat kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi 
mengatasi kes maksiat di negeri tersebut.

Mohamad Asri berkata, beliau bersyukur kerana pandangan yang pertama kali 
dicetuskannya sebelum ini mendapat sokongan daripada pucuk pimpinan negara 
walaupun timbul pelbagai pendapat dan spekulasi berhubung cadangan beliau itu.

Mohamad Asri berkata, beliau juga hairan terhadap tindakan kerajaan Terengganu 
yang selama ini melaungkan konsep Islam Hadhari tetapi mengambil pendekatan 
menggunakan kumpulan pengintip bagi mengesan perbuatan sumbang atau maksiat di 
negeri tersebut.

‘‘Saya sangkakan ini sebagai sesuatu yang direstui oleh kerajaan pusat tetapi 
dengan adanya arahan Perdana Menteri yang meminta semua negeri supaya 
menghentikan penggunaan kumpulan pengintip tersebut, barulah saya sedari bahawa 
tindakan itu bukanlah arahan di peringkat pusat,Â’Â’ katanya.

Mohamad Asri berkata, orang ramai boleh merujuk kepadanya untuk mendapatkan 
enam garis panduan yang disediakan dalam membanteras perbuatan sumbang atau 
maksiat tanpa menggunakan kumpulan pengintip.

– Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_03.htm&arc=hive


  
---------------------------------
  Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. Do it now...   



    
---------------------------------
  Any questions? Get answers on any topic at Yahoo! Answers. Try it now.   


  




  
---------------------------------
  Find singles online in your area with MSN Dating and Match.com!   






    
---------------------------------
  Now that's room service! Choose from over 150,000 hotels 
in 45,000 destinations on Yahoo! Travel to find your fit.   








  
---------------------------------
  Block pop-up ads with MSN Toolbar.   



    
---------------------------------
  8:00? 8:25? 8:40? Find a flick in no time
with theYahoo! Search movie showtime shortcut.   

         




TUdiN


                
---------------------------------
 Now you can scan emails quickly with a reading pane. Get the new Yahoo! Mail.

Kirim email ke