Oleh Cikgu Badrul , aktivis masyarakat dari Negeri
Sembilan yang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah
universiti di Korea Selatan.
http://chegubard.blogspot.com/2007/03/kedutaan-hubungi-universiti.html

Wednesday, March 21, 2007
Kedutaan hubungi universiti ! ? 

Semalam tiba tiba aku dihubungi oleh Francis,
Executive Director ARENA yang secara serius nadanya
bertanyakan "Adakah aku ada apa - apa masalah dengan
kerajaan Malaysia ? "
Aku pelik disergah oleh keseriusan Francis yang aku
kenali sebelum ini sebagai orang yang merendah diri,
suka tersenyum dan jenaka kadang kala.
Aku cuba mengelak menjawab soalannya dengan bertanya
satu lagi soalan.

"Kenapa ?" tanyaku.

Francis menjelaskan bahawa pihak kedutaan menelefon
pejabat ARENA dan university bertanya bermacam macam
tentang aku, seperti maklumat penaja, tempat tinggal
dan seumpamanya. Francis mengatakan dia tak melayan
kerana ia kelihatan tidak profesional dan berbau
ugutan tindakan pihak kedutaan Malaysia itu. Dia minta
aku ke pejabat MAINS esok.

Pagi ini di pejabat university aku dijelaskan lagi
sekali mengenai panggilan telefon tersebut. Profesor
Dr Hur (salah seorang tenaga pengajar MAINS)
menyatakan itu kemungkinan perkara biasa bagi
kedutaan. Walaubagaimanapun yang lain tidak bersetuju
dengan pendapat itu kerana ia bukan perkara biasa. Di
bumi demokrasi seperti Korea Selatan ini kerajaan
Korea Selatan pun tidak boleh sewenang - wenang
menelefon atau datang meminta data mengenai seseorang
pekerja atau mahasiswa, itu boleh disifatkan sebagai
ugutan. 

Dan berdasarkan pengalaman mereka menguruskan penuntut
asing perkara ini tidak pernah berlaku. Maka mereka
meminta penjelasan aku jika aku tahu apa yang berlaku.

Lantas aku menjelaskan yang jumlah bilangan aku pernah
ditahan, jumlah bilangan aku pernah bermalam di lokap,
masih mempunyai kes tertangguh di mahkamah dan
kegiatan lain aku di Malaysia. Aku terus menyambung
mengenai kenyataan aku terbaru mengenai lawatan Najib
(Timbalan Perdana Menteri Malaysia). 

Mereka terus tersenyum tanda paham. Mereka mengatakan
kemungkinan Malaysia mahu tahu bagaimana orang yang
selalu ditahan di negara sendiri boleh diterima
belajar dengan tanggungungan biasiswa penuh di negara
lain, atau mungkin pihak kedutaan terkejut apabila
muka aku berjaya menghiasi kebanyakan media tempatan
yang merakam aksi anti perang tempoh hari.

Mereka mengatakan university ini dan badan - badan
yang terbabit mendokong kursus aku ini merupakan
antara gerakan paling progresif di Korea Selatan dan
rantau ini. Aku tidak perlu gusar, aku selamat di sini
cuma pastikan paksi aku terus berjuang melawan
penindasan, menlontarkan kritikan dan pandangan. Di
sini mereka hargai keberanian berjuang menentang
kezaliman dan penyuburan budaya perdebatan untuk
memperbaiki pemikiran dan keadaan.
Aku melangkah keluar pejabat university tengahari ini,
sambil tersenyum bercampur sedih. Tersenyum gembira
kerana aku berada di kelompok progresif yang paham
erti perlawanan menentang penindasan tetapi sedih
kerana ia berlaku bukan di bumi ku sendiri.......
Aku pernah hilang pekerjaan tetap kerana tekanan...aku
pilih jalan payah dan susah untuk perjuangan... aku
tak akan gentar... LAWAN ! Tersenyum merenung hujan di
bumi Kimchi.

p/s : selepas berita Kedutaan Malaysia di Korea
Selatan menghubungi universiti tersebar di kelompok
aktivis tempatan dan antarabangsa, ramai yang mula
menyatakan kurang senang dengan perbagai cara fax dan
email kedutaan sekurang kurangnya terasa hangat
protes. Terima kasih
..http://blackinkorea.blogspot.com/ dan semua comrade.
Pic merupakan gambar Prof. Mohi (Bangladesh), pengajar
MAINS bersama Francis...depa pun join demo gak...

http://chegubard.blogspot.com/2007/03/kedutaan-hubungi-universiti.html


    KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
  Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
  Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
  Sumbangan untuk  PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  
“Bank in slip” boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11, Tingkat 1, Bangunan 
PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S.





 
____________________________________________________________________________________
Looking for earth-friendly autos? 
Browse Top Cars by "Green Rating" at Yahoo! Autos' Green Center.
http://autos.yahoo.com/green_center/

Kirim email ke