Orang ramai dipelawa hadiri 'Simposium Ulama dan Cabaran Semasa'          
                                   Nyza Ayob      
         Wed | Mar 21, 07 | 11:03:39 AM                            KUALA 
LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Persatuan Ulama Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan 
akan mengadakan 'Simposium Ulama dan Isu-Isu Semasa' pada 24 Mac 2007 (Sabtu) 
ini.

 
 Simposium yang akan diadakan di Dewan Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bandar 
Tun Razak, Cheras itu bermula jam 9.00 pagi hingga 5 petang.

 
 Objektif utama program adalah untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul 
terhadap isu semasa yang melibatkan hal ehwal Islam termasuk kekeliruan 
memahami istilah tajasus dan kekeliruan memahami penguatkuasaan undang-undang 
jenayah syariah.

 
Simposium ini juga menyentuh isu berkaitan fahaman konservatif yang timbul 
dalam masyarakat sejak akhir-akhir ini. Selain itu Simposium ini akan 
menjelaskan kepada masyarakat agenda dan keutamaan bagi ulama dan institusinya 
terhadap masyarakat yang seringkali disalah tafsirkan oleh segelintir 
masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

 
 Simposium ini akan dirasmikan oleh Timbalan YDP Persatuan Ulama' Malaysia, 
Dato' Sheikh Abd Halim Abd Kader. Manakala pembentangan kertas kerja akan 
disampaikan oleh Profesor Undang-Undang Kuliyah Ahmad Ibrahim UIA, Prof Dr Abd 
Aziz Bari; Ustaz Zamihan Md Zin dari Jakim dan Al-Fadhil Ustaz Mahfuz Moham.

 
   Sementara itu, Presiden Teras, Mohd Azmi Abd Hamid akan turut menyampaikan 
kertas kerjanya berkaitan ulama dan agenda umat.


'Simposium Ulama dan Cabaran Semasa'  
24 Mac 2007 (Sabtu)
Dewan Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, 
Bandar Tun Razak, Cheras
9.00 pagi hingga 5 petang.

  Untuk maklumat lanjut dan penyertaan hubungi
03-7955 4300 (Azmi), 
03-7981 5371 (Hasan) dan 
013-671 4932 (Khairul). 
Yuran penyertaan sebanyak RM 30 dan pelajar RM 20 (kos termasuk makan minum dan 
bahan pengisian). - mks.



---------------------------------
 Jumlah dilihat: 528 | Cetak | Emel

Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di atas sila 
hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, pendapat, 
rencana atau sebagainya, sila emelkan ke   ' );  document.write( addy_text44685 
);  document.write( '' );  //-->\n [EMAIL PROTECTED]  ' );  //-->  Alamat email 
ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk 
melihatnya    ' );  //-->  .

 
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon 
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima 
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

 
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang 
dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan 
dilayan.



  function x () {    return;  }  function ac_smilie(thesmile) {    
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";    
document.akocommentform.comment.focus();  }  function validate(){    if 
(document.akocommentform.comment.value==''){      alert("Please insert at least 
a comment related to the topic!");    } else if 
(document.akocommentform.acname.value==''){      alert("Validate name");   
}else {      document.akocommentform.action = 'index.php';      
document.akocommentform.submit();    }  }
 [input]  [input]  [input]  [input] Hantar Komen AndaNama [input]  [input] 
Subjek [input] Komen

Kod* [input]   [input] 
 [input] 

                
---------------------------------
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

Reply via email to