PENYEJAGATAN memang fenomena yang luar biasa. 
  
  
  Ia pesat dan dikatakan berpengaruh kuat menolak atau menenggelamkan segala 
unsur yang berada di hadapannya, apalagi cuba menghalangnya. 
  
  
Jadi, cara menanganinya, menurut satu pandangan, adalah dengan menunggangi 
fenomena itu ataupun memanfaatkannya.   
  
  Usaha memanfaatkan penyejagatan itu termasuklah merantau ke seluruh dunia, 
mengembangkan bakat dan keteram pilan anda dan sebagai ganjarannya mendapatkan 
imbalan lebih lumayan. 
  
  
  Pilihan ini dikatakan lebih realistik daripada merintih kehilangan atau 
kekurangan peluang berbuat demikian di tempat sendiri. 
  
  
  Bagaimanapun, dalam menikmati kemewahan daripada penyejagatan itu, jangan 
pula anda lupa diri - lupa asal, negara kelahiran dan jati diri anda! 
  
  
  Nampaknya, inilah antara persoalan baru yang kian mendapat perhatian umum, 
termasuk menjadi sebuah lagi agenda baru kepimpinan politik di sini. 
  
  
  Bolehkah penyejagatan dan pelestarian warisan, seperti pengekalan jati diri 
termasuk kesetiaan kepada tanah air, berjalan seiringan? 
  
  
  Penyejagatan biasanya merupakan proses menenggelamkan kepelbagaian dengan 
mengubahnya menjadi satu ciri yang serupa atau bersifat tunggal. Sebaliknya, 
warisan pula sering mengimbas ke belakang, menghimbau sesuatu yang bersifat 
unik atau tersendiri. 
  
  
  Mungkin ini belum lagi menjadi satu kebimbangan dalam masyarakat disebabkan 
belum banyak perbahasan yang timbul dalam memahami takrif penyejagatan dan 
implikasi yang dibawa kannya. 
  
  
  Kini, penyejagatan lebih dilihat sebagai dunia tanpa sempadan (borderless) 
yang menawarkan peluang keluar dari batas sempadan negara sendiri. Ia bertujuan 
meraih manfaat kesejahteraan kebendaan yang lebih lumayan daripada yang dapat 
ditawarkan di tempat sendiri. 
  
  
Padahal, penyejagatan sebenarnya membawa pengertian lebih luas.   
  
  Mary Kaldor, umpamanya, memberikan sekurang-kurangnya tiga takrifan 
penyejagatan dalam bukunya, Global and Civil Society - An Answer to War 
(terbitan Polity Press, Oxford, 2003): 
  
  
  
  Pertama, merujuk kepada penyebaran kapitalisme sejagat (global capitalism) 
dan pemakaian pelbagai dasar seperti liberalisasi, deregulasi dan penswastaan, 
bagi tujuan memudahkan penyebaran kapitalisme sejagat. 
  
  
  Penyejagatan ini dikatakan mewujudkan sebuah masyarakat sejagat (a global 
community) yang menenggelamkan negara-bangsa (nation-state). Inilah takrif 
penyejagatan yang paling banyak dipakai. 
  
  
  
Kedua, merujuk kepada wujudnya rasa saling keterkaitan (interconnectedness) 
dalam semua bidang - politik, ketenteraan, ekonomi dan budaya. Ini terjadi 
daripada perubahan teknologi terutama dalam teknologi maklumat dan pengangkutan 
udara.   
  
  Ciri keterkaitan ini menghasilkan banyak perjanjian antarabangsa sehingga 
merubah banyak watak dan peranan negara-bangsa. Misalnya, kuasa membuat dasar 
bagi sesebuah negara itu telah dibataskan oleh adanya perjanjian-perjanjian 
antarabangsa yang dianggotai negara itu. 
  
  
  
  Ketiga, munculnya satu kesedaran yang sama di kalangan masyarakat 
antarabangsa pada skala dunia. Kunci utama timbulnya kesedaran sejagat ini 
terbit daripada konflik sejagat, seperti berlakunya beberapa peperangan besar 
di abad ke-20, peristiwa Holocaust, dan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki 
(paling terbaru tentunya peristiwa serangan 9/11). 
  
  
  Semuanya telah membentuk satu pengongsian kenangan bersama atau secara 
kolektif. Walaupun manusia sejagat melihat abad ke-20 sebagai abad perang, ia 
turut membentuk keinginan bersama yang kuat untuk berdamai dan mengelakkan 
perang daripada berulang, misalnya dengan memeterai perjanjian-perjanjian 
bekerjasama secara aman. 
  
  
  Jadi, menurut Kaldor, walau apa pun takrifan yang dipakai, penyejagatan akan 
membawa implikasi berjangkau panjang terhadap bentuk dan kuasa politik 
negara-bangsa. Ini bermakna, ia menjejas atau memberi kesan kepada pelestarian 
warisan bangsa, termasuk jati diri. 
  
  
  Takrifan pertama, umpamanya, menunjukkan penyejagatan menyebabkan negara 
menjadi lemah. 
  
  
Takrifan kedua pula memaksakan wujudnya keterkaitan (interconnectedness) antara 
negara-negara dunia. Takrifan ketiga pula mengisyaratkan kemungkinan wujudnya 
politik sejagat.   
  
Bagaimanapun, di sebalik semua risiko tersebut, ini tidak bermakna masyarakat 
harus menutup mata kepada fenomena penyejagatan.   
  
  Yang pasti, manusia tidak dapat terlepas daripada menjalani perubahan kerana 
perubahan itu sendiri merupakan satu fitrah alamiah. 
  
  
  Oleh itu, persoalan yang wajar ialah menentukan bagaimana memanfaatkan 
penyejagatan tetapi pada masa yang sama berjaya mengimbanginya dengan 
melestarikan warisan. 
  
  
  Kuncinya, antara lain, terletak pada memilih warisan, atau unsur warisan, 
yang harus dipertahankan, atau dilestarikan, supaya kita tidak selamanya pasif 
menjadi mangsa penyejagatan. 
  
  
  Ketika bercakap di sebuah persidangan ulama di Kuala Lumpur mengenai tema 
penyejagatan dan Islam beberapa tahun lalu, Syeikh Muhammad Tantawi, Imam Besar 
Universiti Al-Azhar, mengetengahkan panduan yang menarik. 
  
  
Katanya, jika penyejagatan menghasilkan pengayaan ciri tempatan yang sedia ada, 
penyejagatan demikian dibolehkan agama.   
  
  Misalnya, apabila penyejagatan membolehkan berlakunya proses pemindahan 
teknolgi sehingga keluaran hasil pertanian masyarakat tempatan bertambah, dan 
pulangan ini membantu kepada meningkatkan taraf kehidupan masyarakat petani 
tempatan. Penyejagatan begini dialu-alukan. 
  
  
  Sebaliknya, ada pula penyejagatan yang bersifat menjajah. Ini berlaku apabila 
proses budaya kuasa besar dunia menjajah atau mengambil alih nilai-nilai murni 
daripada budaya tempatan, seperti menggantikan nilai-nilai agama dan ke imanan 
dengan nilai kepenggunaan (consumerism). Penyejagatan begini, menurut beliau, 
ditolak agama. 
  
  
  Masyarakat Melayu kini turut berhadapan fenomena penyejagatan meskipun 
terdapat peribahasa Melayu yang dianggap mencerminkan tradisi rasa kurang 
selesa orang Melayu keluar dari tempat asalnya (Hujan emas di negeri orang, 
hujan batu di negeri sendiri; lebih baik di negeri sendiri). 
  
  
  Jadi, bagaimana mereka harus menghadapi fenomena ini tanpa me ngorbankan 
warisan dan jati diri? 
  
  
  Para budayawan Melayu mengakui bahawa Islam merupakan ciri jati diri yang 
paling ketara dalam kehidupan masyarakat Melayu. Malah pemakaian kekata 
'Melayu' dan 'Islam' sering saling bergantian yang membawakan maksud serupa. 
  
  
  Di Singapura, umpamanya, Islam diterima sebagai agama orang Melayu. 
Pembentukan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berupa pelaksanaan sebahagian 
tanggungjawab pemerintah melindungi 'kepentingan agama orang Melayu' yang 
termaktub dalam Perlembagaan - mengiktiraf kedudukan istimewa sebagai penduduk 
asal Singapura. 
  
  
  Di Malaysia pula, beragama Islam menjadi syarat mengiktiraf seseorang itu 
sebagai orang Melayu yang hak-hak istimewanya dijamin dalam perlembagaannya. 
  
  
  Jika hakikat ini diterima, usaha utama melestarikan jati diri Melayu wajar 
mengarah kepada memastikan tujuan agama itu sendiri dilestarikan. Ini bermakna 
melestarikan segala unsur yang membawa kepada pemeliharaan agama, nyawa, akal, 
harta benda dan keturunan, yang merupakan tujuan-tujuan utama agama Islam. 
  
  
  Jadi, pelestarian warisan masyarakat Melayu boleh berjalan se iring dalam 
usaha mereka mengharungi penyejagatan. Dengan syarat, mereka berupaya 
mengekalkan kemerdekaan diri dengan memelihara tujuan-tujuan utama agama yang 
menjadi ciri penting jati diri mereka sebagai orang Melayu dan beragama Islam. 
  
  
  Di Malaysia, persoalan ini turut timbul dalam membahaskan Islam Hadhari - 
satu gagasan yang bertujuan menjadi model kepada mengetengahkan jati diri 
Melayu Islam dalam berhadapan dengan cabaran dunia moden termasuk penyejagatan. 
  
  
  Seorang idealog gagasan itu, Ustaz Nakaie Ahmad, misalnya, mentakrifkan 
'masyarakat Hadhari adalah masyarakat yang menghargai, menghormati dan sekali 
gus menikmati kebebasan'. (Nakaie Ahmad, 2004, Pem bangunan Negara Islam 
Hadhari. Kuala Lumpur: Millenia Muslim). 
  
  
  Dua dimensi kebebasan, menurut beliau, termasuk, pertama, bersih daripada 
budaya dan peraturan yang mengongkong dan menyekat manusia daripada menggunakan 
potensi kemanusiaannya untuk berkembang menuju kesempurnaan kemanusiaannya; dan 
kedua, individu dalam masyarakat memiliki jiwa yang bebas. 
  
  
  Unsur pertama itu boleh dicapai dengan mengurangkan peraturan dan 
undang-undang yang terlalu banyak sekarang serta menghidupkan budaya yang 
menghargai kebaikan nilai-nilai kemuliaan secara sukarela. 
  
  
  Unsur kedua pula dapat diwujudkan dengan menghakis ciri-ciri mengongkong 
seperti fanatik kepada agama atau berpegang kuat kepada ijtihad lama, 
meningkatkan lagi pengetahuan termasuk menaikkan taraf pendidikan yang rendah, 
dan memperbetul beberapa sifat mazmumah (tidak elok) seperti kurang yakin 
kepada keupayaan diri dan sentiasa berprasangka buruk. 
  
  
  Isu penghakisan warisan dan jati diri dan kekhuatiran kehilangan kecintaan 
kepada tempat kelahiran bukan satu persoalan besar. Pokoknya, selagi ada 
pendekatan yang betul dan menyeluruh berdasarkan prinsip-prinsip yang pokok 
dijadikan landasan, seseorang dapat mengimbangi realiti antara fenomena 
penyejagatan dan pelestarian warisan dan jati diri. 
   


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:          A'kum semua

Saya merupakan ahli baru dalam group ini, semoga dapat mengeratkan lagi 
hubungan silaturahim sesama kita.

Disni saya ingin berkongsi serba sedikit tentang 'survival tips' sekiranya 
berlaku sebarang kecemasan yang tidak terduga contohya:

    - Bagaimana melepaskan diri dari serangan buaya?
    - Bagaimana melepaskan diri daripada kereta yang karam?
    - Bagaimana selamat dalam kebakaran?
    - Bagaimana melepaskan diri daripada pasir jerlus?
    - Bagimana mencari arah tanpa kompas?
    - Bagaimana menghidupkan api tanpa mancis?

Dan banyak lagi info didalam blog saya  http://survival-kit.blogspot.com

nazrimatsom
http://soccergladiator.blogspot.com    
---------------------------------
  Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives. Check it out.  

         

 
---------------------------------
No need to miss a message. Get email on-the-go 
with Yahoo! Mail for Mobile. Get started.

Reply via email to