Assalamualaikum,
Bukan sengaja nak mengajar itek berjalan,cuma tak
mampu nak buat itu semua.hiburan terlalu banyak berapa
banyak nak gumpul orang tengok dalam satu masa? kalau
nak gumpul biar satu siaran yang menarik tiap
perminat.Cuma kat AF (astro).
Melayu memang bodoh.
-berapa banyak yang tengok TV1,TV2 dan TV3 kat rumah?
-Channel apa yang menarik kat situ?
Jika nak hebahkan satu berita penting untuk satu
malaysia memang tak boleh.Tapi astro boleh.

Melayu memang bodoh,
Tak banyak yang inginkan syurga,banyak perpecahan
angkara sendiri.
-sebab hiburan terlalu banyak,langsung tak ada citer
yang bermanfaat.
Kita bagi channel AF balik banyak orang tengok,lepas
tu Aznil cakap mari lah Tunai kan solat, sekira nak
berjaya.
Kesimpulan nya,
Berapa orang MELAYU kah yang dengar ketika itu,walau
pun cuma seketika. 

Kita tak mampu gumpul orang melayu, sebab tak banyak
yang nak kan syurga. Thanks Media. astro.






--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

> Assalamualaikum warahmatullah…
> 
> Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku
> bersaksi bahawa tiada
> Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada
> sekutu bagiNya dan aku
> bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan
> pesuruhNya. Selawat
> berserta salam buat Baginda saw yang memiliki akhlaq
> terpuji dan menjadi
> ikutan selamanya berserta ahli keluarga Baginda.
> Juga sejahtera buat kita
> semua dan orang-orang yang beramal soleh.
> 
> Bismillahir Rahmanir Raheem…
> 
> Mungkin ada yang marah-marah sebaik terbaca tajuk
> posting saya kali ini.
> Mana tidaknya, ianya kelihatan celupar dan pasti
> menyakitkan hati mereka
> yang merasakan diri mereka berketurunan Melayu.
> Tetapi, harap bersabar dan
> teruskan membaca. Sebenarnya sengaja saya pilih
> tajuk sebegini. Bukan
> sekadar gimik, tetapi juga sebagai mengikut apa yang
> telah sering disebut
> oleh ramai orang Melayu sendiri bahkan juga para
> pemimpin kita.
> 
> Melayu bodoh! Memang agak kasar tetapi percaya atau
> tidak, inilah yang
> selalu disemat dalam pemikiran orang Melayu oleh
> orang Melayu sendiri.
> Sebenarnya sudah lama saya melihat trend sebegini.
> Hanya, baru-baru ini
> apabila saya membaca email demi email bekaitan
> penentangan terhadap
> ‘Akademi Fantasia’ (AF) yang mengaitkan
> kebodohan Melayu, maka saya
> mengambil keputusan untuk menulis sesuatu
> mengenainya.
> 
> Bodoh sangatkah orang Melayu? Seolah-olahnya hanya
> orang Melayu sahaja di
> dalam dunia ini yang bisa ditipu. Hanya orang Melayu
> sahaja yang gilakan
> hiburan dan hanya orang Melayu sahaja yang pernah
> dijajah? Dan bercakap
> tentang AF, benarkah jumlah orang Melayu yang begitu
> ramai mengundi calon
> kegemaran mereka melalui SMS membuktikan orang
> Melayu ini bodoh-bodoh
> belaka? Jika Melayu bodoh, siapakah yang pandai?
> Inggeris?
> 
> Sebelum berbicara lebih lanjut, suka saya sebutkan
> di sini. AF dan
> rancangan yang sama format dengannya, adalah berasal
> dari rancangan di
> Britain berjudul Pop Star. Rancangan inilah yang
> (setahu saya) pertama
> sekali menggunakan format undian SMS sebagai penentu
> pemenang mingguan. Dan
> rancangan ini telah mendapat sambutan di luar
> jangkaan dengan jumlah
> penonton yang tinggi setiap minggu.
> 
> Kemudian rancangan ini diimport ke Amerika Syarikat
> dengan menggunakan nama
> American Idoldi mana ianya mencatat kejayaan yang
> lebih hebat hinggakan
> dieksport pula ke serata dunia hingga akhirnya
> sampai ke Malaysia dengan
> nama Malaysian Idol. Sementara itu, di Mexico (tak
> silap saya), format
> rancangan telah diubah dan kemudian diberikan nama
> La Academia.
> 
> Dan dari rancangan inilah yang dibawa masuk ke
> Malaysia dengan nama Akademi
> Fantasia. Bukan saya bercerita panjang lebar tentang
> sejarah AF untuk
> mempromosikannya. Tetapi saya mahu semua orang,
> terutama orang Melayu yang
> menuduh orang Melayu lain sebagai bodoh renungkan.
> Apakah betul orang
> Melayu sahaja yang bodoh atau sebenarnya kesemua
> bangsa di dalam dunia ini
> juga bodoh?
> 
> Jika kerana menonton AF orang Melayu secara kolektif
> boleh direndahkan
> martabat dan kepandaiannya, boleh dihina dengan
> dikatakan terlalu gilakan
> hiburan, bagaimana pula dengan orang British yang
> menonton Pop Star?
> Bagaimana dengan orang Amerika yang berhabisan
> mengundi American Idol?
> Bagaimana dengan orang Jepun yang beriya-iya
> menghantar undian SMS untuk
> Japanese Idol?
> 
> Dan, jika anda ambil tahu perkembangan dunia, anda
> akan dapat Astro juga
> ada mengendalikan rancangan mirip AF untuk kaum Cina
> dan India di saluran
> masing-masing (saya tak berapa ingat namanya).
> Apakah orang Cina dan India
> juga bodoh? Jika Melayu, Cina, India bahkan Jepun,
> Amerika dan Inggeris itu
> bodoh kerana sukakan hiburan, maka siapa sebenarnya
> yang pandai?
> 
> Saya tidak menyokong AF. Sebenarnya, tahun ini saya
> langsung tidak menonton
> AF. Jika dulu ada juga sambil minum-minum di galley
> (kebetulan televisyen
> yang terpasang menayangkannya), tahun ini langsung
> seminitpun tidak. Malah
> saya juga gembira jika Astro menamatkan siarannya.
> Tetapi untuk mengaitkan
> AF dengan kebodohan orang Melayu, saya rasa ianya
> melampau.
> 
> Bukan juga saya ingin mengatakan orang Melayu ini
> pandai-pandai belaka.
> Tidak. Bagi saya, bodoh atau pandainya seseorang itu
> bukan terletak kepada
> bangsa keturunannya walaupun saintis barat cuba
> membuktikannya sebegitu.
> Kerana bagi saya, orang yang pandai adalah orang
> yang beriman. Sepandai
> manapun seseorang itu diperkatakan, namun jika tidak
> mampu menilai
> kekuasaan Allah, maka bodohlah dia.
> 
> Sebenarnya, memang ada kelemahan dalam diri orang
> Melayu itu sendiri. Dan
> kelemahan itu, yang paling ketara, hanyalah sifat
> setia yang membuta-tuli
> kepada pemerintah walaupun zalim. Dan inilah sifat
> yang menjadikan orang
> Melayu terjajah. Kerana lemahnya pemikiran raja
> Melayu ketika itu, yang
> berdiri secara individu, hinggakan menerima ‘madah
> berhelah’ penjajah
> Inggeris. Ianya bukan kerana kebodohan orang Melayu
> secara kolektif.
> 
> Dan jika kita lihat, kelemahan orang Melayu iaitu
> tunduk taat kepada
> pemerintah secara membuta tuli masih kekal hingga ke
> hari ini. Dan
> sebenarnya inilah faktor kejatuhan orang Melayu di
> atas tanah air sendiri.
> Kerana enggan menjatuhkan pemerintah yang menzalimi
> mereka. Bukan kerana
> bodoh tetapi kerana terlalu setia! Seperti Hang
> Tuah, panglima bijak yang
> kerana setia tidak bertempatnya, rela dihukum bunuh
> atas kesalahan yang
> tidak dibuat.
> 
> Di seluruh dunia, anak bangsa kita telah puas
> menunjukkan kebolehan mereka.
> Tidak terhad kepada dalam negeri, bahkan di mana
> sahaja mereka dicampakkan.
> Malah telah beberapa kali anak Melayu kita diiktiraf
> sebagai pelajar
> terbaik di universiti luar negara. Maka apa lagi
> yang kita perlukan untuk
> membuktikan bahawa orang Melayu tidak sebodoh yang
> dilaungkan. Bukankah
> tuduhan ini sesuatu yang cukup zalim?
> 
> Benar, hiburan seperti AF perlu dihapuskan sahaja.
> Dan oleh kerana syarikat
> yang menyiarkannya enggan menamatkannya kerana ia
> memberikan mereka
> pulangan yang lumayan, dan kerajaan pula tidak ambil
> peduli tentang hal
> sebegini kerana tidak memenuhkan kantung mereka
> bahkan mungkin mengurangkan
> ‘populariti’ mereka di kalangan orang muda, maka
> satu langkah yang berkesan
> perlu kita jalankan sendiri.
> 
> Itulah langkah memantapkan iman di dalam jiwa orang
> kita, orang Islam. Dan
> disebabkan seorang Melayu mesti beragama Islam, maka
> tidak salah penumpuan
> diberikan kepada orang Melayu asalkan kaum lain
> tidak dibiarkan tanpa
> perhatian langsung. Melayu sebagai kelompok
> majoriti, mampu mengubah
> suasana sekiranya dakwah ini berkesan dan dengan
> suasana iman, tugas dakwah
> akan menjadi lebih mudah, insyaAllah.
> 
> Itulah langkah yang sepatutnya. Bukan dengan
> mengatakan mereka orang yang
> 
=== message truncated ===



                
____________________________________________________ 
Yahoo! Singapore Answers 
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know at 
http://answers.yahoo.com.sg

Kirim email ke