From: muharikah 
salam,

prompt je benda ni. more towards luahan rasa hati daripada cerpen yang lahir 
dari pengamatan yang teliti. moga2 bermanfaat buat semua insyaallah..

wsalam

______________________________________________________________

Langit mega biru
Oleh: Muharikah



Dia menadah muka ke langit. Memerhatikan kebiruan langit yang mega. Biru yang 
mempersonakan. Dia merasai bayu angin yang mesra  merajut dadanya.
Di balik kotak memorinya tergambar wajah sahabatnya yang sangat dikasihi kerana 
Allah. Sahabat yang baru bersua tetapi terasa rapat bagaikan dia mengenali diri 
sahabat itu seumur hidupnya.
Dia memandang ke langit yang indah itu. Dia tahu Allah mengetahui isi hatinya.
'Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan 
oleh hatinya, dan Kami lebih dekat padanya dari urat lehernya' (50:16)
Allah tahu betapa dia kasihkan saudaranya. Saudara yang menyedarkan dia satu 
kenyataan yang fundamental dalam tatacara hidupnya sebagai seorang daie.
'Apabila hubungan kita dengan Allah kuat, akan selesailah segala masalah yang 
ada bersama manusia lain.'
Dan dia terkesima. Merenung dan merefleksi diri yang jarang bermuhasabah. 
Pelik. Tapi itulah yang dia rasa. Dikatakan dirinya daie, tapi dia jauh dari 
Allah. Jauh dari tawakal kepada Allah swt. Jauh dari ingatan kepadaNya.
Dan dia memerhatikan sahabatnya itu. Nur terpancar dari wajah si sahabat. 
Terdapat kesan-kesan keletihan di balik bebola matanya yang lebam akibat 
kurangnya masa berbaring di atas bantal. Pengalamannya yang luas memudahkan 
lidahnya bertutur dalam bahasa yang sangat mudah difahami oleh manusia. Paling 
penting kata-katanya itu keluar dari hatinya. Kefahaman itu yang jatuh ke dalam 
hati manusia yang mendengar.
'Sungguh bangun malam itu lebih kuat(mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) 
lebih berkesan. Dan sebutlah nama Tuhanmu dan baeribadahlah kepadaNya sepenuh 
hati.' (73:6-8)
Dia melihat Islam itu terjelma pada peribadi sahabatnya itu. Mengakar ke urat 
nadinya sehingga tidak ada dalam jiwa ukhti itu melainkan Islam. Sedangkan dia 
malu melihat kepada dirinya sendiri. Pelbagai buku telah habis ditelaahnya. 
Pelbagai seminar dan ceramah dihadirinya. Dia merasakan dia telah berilmu. Dia 
merasakan dia telah tahu banyak perkara tentang Islam. Dia gembira jika dia 
dapat menjawab persoalan umat. Tetapi dia sendiri kaget, mengapa mudah hatinya 
kering? Mengapa mudah dia merasakan hatinya jauh dari Allah?
'Lihatlah Al-Quran itu, hayati maknanya. Ambil apa yang mahu dikatakan oleh 
Allah. Bacalah dengan hatimu.' Suara Ustaz Mansur tergiang di rongga 
telinganya. Dia seorang mufti muda di United Kingdom ini. Bahasa Inggerisnya 
sangat fasih. Hafiz Quran yang sangat hebat. Dan dia mengajarkan kepada 
pelajarnya akan kepentingan membaca Quran dengan hati, perkara asasi yang 
sering dialpakan umat Islam.
'Maka apakah mereka tidak menghayati ( tadabbur) Al-Quran, ataukah hati mereka 
yang terkunci?' (47:24)
Atau adakah hatiku terkunci Ya Allah dari menerima maksud ayat-ayatMu?
'Dan apabila engkau membaca Al-Quran, Kami adakan satu dinding yang tidak 
terlihat antara engkau dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan 
akhirat, dan Kami jadikan hati mereka tertutup  dan telinga mereka tersumbat, 
agar mereka tidak memahaminya' ( 17: 45-46)
Allah adakan dinding pada hati orang yang tidak beriman kepada kehidupan 
Akhirat agar mereka tidak dapat memahami Al-Quran. Sebab itu mereka tidak akan 
pernah memahami Al-Quran walaupun mereka menghafal seluruh isi Al-Quran itu.
Bagaimana dengan dirinya? Peribadi yang masih liat untuk menjelmakan Islam pada 
seluruh kehidupannya sendiri!
'Pada Allah akan kita temui kekuatan sahabatku. Kita akan jadi manusia tanpa 
ruh, apabila dakwah kita tidak didasarkan dengan iman yang kukuh pada Allah.'
'Sebab itu kita selalu mengadu, mengapa keringnya pertemuan kita. Keringnya 
ukhuwah yang kita banggakan itu. Sedangkan ukhuwah itu tidak datang dengan 
sendirinya. Dia perlu diusahakan. Dan ukhuwah ini tiada makna jika tidak 
didasarkan dengan aqidah kepada Allah swt.'
Dia masih tunduk dengan malu. Dalam hatinya, dia mengucapkan Insyaallah kepada 
seluruh kata-kata sahabatnya itu.
'Saya perlu pulang sekarang sahabatku. Panggilan tanggungjawab di bumi 
kelahiran kita kedengaran kuat. Ingatlah kita perlu selalu menegur 
sahabat-sahabat kita. Perlu mengeratkan hubungan sesama kita. Perlu banyak 
mujahadah. Perlu lebih banyak bekerja. Terlalu ramai umat yang masih belum 
menerima pancaran Islam ini.' Begitulah kata-kata akhir sahabatnya itu.
Dan dia memandang sayu pada wajah sahabatnya. Aduhai, mengapa terlalu cepat 
masa itu berlalu? Dia terlalu teringin berdamping dengan peribadi yang hidup 
seperti dia. Peribadi yang bercahaya dengan nur Islam.
' Ya Ukhti. Ada suatu perkara yang saya ingin lakukan pada awak.' Dia tersenyum 
manja pada sahabatnya itu. Gembira dia melihat sahabatnya berwajah ceria 
menunggu bait-bait kata seterusnya.
Dia menadah ke langit yang masih biru.
'Ukhti, tadah tangan.' Ukhtinya itu menurut.
'Ya Allah, Kau menjadi saksi bahawa, aku menyintai sahabatku ini keranaMu Ya 
Allah. Maka limpahkanlah kasih sayangMu kepadanya Ya Allah, dan ampunilah dosa 
kami berdua!' Suaranya bergempita mengalunkan doa itu. Doa yang lahir dari 
sanubarinya yang syahdu. Syahdu dengan perpisahan yang bakal dihadapi. 
Dan dia memandang sahabatnya yang menangis tersendu-sendu di balik telapak 
tangannya.
Dia masih memerhatikan langit yang biru. Merasai bayu angin yang menerpa 
wajahnya. Sinarilah hati kami dengan Islam Ya Allah seperti mana angin ini 
tidak pernah berhenti bertasbih dan bertiup dengan izinMu..




--------------------------------------------------------------------------------


Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
            RM1 setiap bulan kepada Palestin 
     

      Masukkan derma anda ke dalam akaun: 

      Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 
      Bank Islam Malaysia Berhad 
      Nombor akaun: 12113010005797 
      http://palestinkini.info/ 

http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf


Banjir Donation:
"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Atau masukkan ke akaun JIM Johor di 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Akaun no.  01014010010372 
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com



http://hidayahnet.ourtoolbar.com/

Attachment: 234_60c.gif
Description: GIF image

Kirim email ke